Wednesday, March 30, 2011

Sejak kebelakangan ni..

Blogger
Sejak kebelakangan ni dah jadi trend blogger boleh popular macam selebriti. Kebanyakannya, mestilah dari golongan kaum perempuan yang muda remaja. Gadis blogger ini tergolong dalam golongan cantik, skeaping (oh, maaf speaking london campur malaysia) dan mempunyai follower yang beribu-riban. Dan yang paling penting perlu update gambar cun dan comel selalu. Ok, itu bukan jenis blog yang aku nak jadi follower. Sebab itu aku. Bukan sebab aku jeles cuma aku rasa serabut baca blog manglish (malay +english) dan gambar macam-macam angle cun mereka. Kalau orang lain suka, i dont give a damn. Aku cuma penat tengok blog-blog gadis sebegini yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Terlalu obses dengan penulisan syok sendiri. *Macamlah aku tak syok sendiri kan* hahaha

Fesyen Tudung
Sejak kebelakangan ni tudung dah macam-macam fesyen. Yang menutup aurat yang sepatutnya ditutup tu baguslah. Tapi yang dah macam shower cap, nampak leher, nampak rambut apa gunanya? Aku bukan nak kata aku muslimah sejati. Tapi kalau benda yang haram tetap haram jugak. Paling terbaru punya trend, sanggul tinggi dalam tudung. Konon nak tunjuk rambut mereka panjang sangat. Tapi dah macam bonjol unta dalam tudung. Ada sesetengah ustazah dan ustaz kata benda ni haram dan ada yang kata benda ni tak berdosa. Jadi andalah yang buat keputusan sama ada nak nampak berbonjol atau tak.hehehe



Entertainment KORIYA

Sejak kebelakangan ni sana-sini orang tulis pasal entertainment Korea. Walaupun aku minat korea, tapi aku rasa serabut. Masalahnya, berita yang ditulis tu dah basi, lapuk dan tersangatlah outdated. Paling kelakar, gambar orang lain, nama orang lain. Sakit hati tau kami yang minat korea ni baca. Dan ditambah lagi bila berita itu ditranslatekan macam guna Google translator. Rosak Bahasa Melayu. Baik suruh budak darjah satu buat karangan. Nak lagi senang, google saja berita tentang artis korea dalam internet. Lebih cepat, pantas dan efektif. Paling penting free.
Ingat tak dulu- dulu sebelum korea naik? Apa yang popular?
  • Drama dari Amerika Latin (La Usurpadora, Rosalinda, Maria Mercedes dan segala macam cerita zaman aku sekolah menengah)
  • Drama Filipina ( Sanay Wala Nang Wakas, Pangako Sayo, Kahit Kailan dll)
  • Drama berjela-jela Indonesia ( Bawang putih bawang merah, Mutiara hati dll)

Kemudian, apa jadi pada trend cerita-cerita diatas? Sekarang orang so-so je nak tengok. Tapi drama melayu tak ada pulak yang jadi trend meletup macam cerita-cerita di atas kan? Mungkinlah ada satu dua macam Nur Kasih. Eh, Nur kasih aje?? Maksudnya baru satu drama yang berjaya jadi trend. Oh, nampaknya orang Malaysia tak berapa minat tengok cerita sendiri.
Jadi, kesimpulannya orang Malaysia tak payah ikut trend. Trend ni sekejap saja. Lama-lama akan hilang macam fenomena Mawi..(tak ada kaitan).

Nota tangan: Aku jarang update blog sebab bilik aku tak dapat internet bukan sebab trend. hehehe.

Friday, March 18, 2011

Resepi Muffin Blueberry.


Disini, aku nak kongsi satu resepi yang mudah dan menarik untuk semua. Silalah cuba.


3 biji telur

1 cawan minyak masak

1 1/4 tepung gandum

3/4 cawan air

500 grm tepung muffin blueberry


Pukul telur. Kemudian masukkan tepung muffin, tepung gandum.

Kacau sehingga sebati.

Masukkan air. Gaulkan.

Kemudian masukkan minyak.

Akhir sekali, masukkan dalam paper cup dan Bakar.



Nota tangan: " Blueberry my favourite" sambil tangan bergerak-gerak ala usop wilcha