Sunday, December 20, 2009

Do I need these??

Dah masuk 2 minggu, aku start sem baru. Banyak juga yang aku 'habiskan'. Ini semua gara-gara keluar. Kawan aku kata, aku ni shopaholic! Tapi, taklah!!!!!! Aku cuma selalu keluar saja. Teman si Jenab la, si Kiah la, beli barang dapur la, beli itu ini.(Banyaknya alasan untuk keluar)
Itu pun jarang-jarang.(Errrr, macam tak boleh terima je ayat ni,rasa macam tiap-tiap minggu saja aku keluar.Erghhh.....)

Oklah,memang betul aku selalu keluar, tapi aku cuma beli barang yang MURAH. Itu yang selalu nampak macam aku banyak shopping.Sebenarnya, berkira-kira jugak aku kalau mahu beli barang yang mahal. Sayang Wehhh....Kadang-kadang bukan guna sangat pun, tapi sebab cantik, TERbeli jugalah...So,Do I need these???

Jalan penyelesaiannya, jangan keluar.Sebab kalau tak keluar, duit takkan keluar jugak. As simple as 123,ABC.



Nota tangan; Jom simpan duit untuk terbang!!

Saturday, December 19, 2009

Sila Berpijak di bumi yang nyata



Aku baru habis baca satu novel nih. Dan terus aku jatuh cinta pada watak lelaki dalam cerita tuh. Aku tahu story is a story and Movie is a movie things.Hanya imaginasi pembikinnya. Tapi,perasaan suka itu takkan dapat lari kan??Memang betullah, bila bab feeling-feeling nih, manusia selalu fail. Senang terpedaya.

Dan tersangat betul, perempuan cari lelaki idaman berdasarkan data requirement dalam checklist yang ada dalam kepala otak mereka. Mestilah ada ciri-ciri begitu, begini, dan bla bla bla bla.Konon, mahu yang kewwl, encem, sedap mata memandang, baik hati, ada sense of humor, bla bla bla.Ha, kan da macam checklist. Dan ini adalah fantasi!

Tapi bila bab realiti, checklist tuh dah tak berapa dipandang walaupun sebelah mata sebabnya kalau dah jatuh cinta,alamatnya semua jadi indah belaka. Dunia kami yang punya.Aku ada dia(wah giler jiwang).

Cuma, dalam hidup nih feeling-feeling juga, tapi kita hidup dalam realiti yang bukan fantasi. Yang bukan seperti cerita dongeng; sinderella, puteri salju atau rapunzel.

Nota tangan;~~ Selamat tahun Baru hijrah~~

Friday, December 11, 2009

Kau Hebat --Aku??

Kita selalu lupa atau jarang ingat dengan apa yang kita ada, tetapi kita selalu ingat apa yang orang lain ada..

Nota tangan; Betulkan??

Tuesday, December 8, 2009

Hatiku


Apa perasaan kau sekarang??
Sama seperti dulukah??
Atau terasa sesuatu?
Apa?? Apa dia??
Tolonglah wahai hati, jangan mainkan perasaanku..


Nota tangan; Bila mahu tulis cerita cuti sem break???

Monday, December 7, 2009

Aku rindu pada kau!!! Sangat!!

Aku rindu mahu menulis dalam blog. Aku baru naik cuti sem, 2 minggu lepas. Balik rumah tak dapat nak online disebabkan broadband tak berbayar. Jadi, aku tak dapatlah nak menulis. Yang pasti, kalau dah namanya cuti, mestilah seronok walaupun tak kemana-mana.

Nota tangan; Mahu sambung cerita cuti...

Wednesday, November 18, 2009

Break

Out untuk ke Genting..
Saja-saja...
Main-main...
exam kan dah habis>>
hehhe

Nota tangan; Nanti kalau rajin, aku upload gambar..(kalau rajin)

Thursday, November 5, 2009

Musim stress-paper

Sekarang musim exam...
Mulalah macam-macam ragam study..
Stress dan tension meninggi-ninggi..
Baru sedar diri..
Apapun, Slamat berjaya untuk mereka yang menduduki exam..

Nota tangan; Study ikut suka hati..Yang penting enjoy!!