Tuesday, January 18, 2011

Laskar Pelangi

Entry untuk waktu sekarang memang banyak pasal movie. Harap maklum. Sebabnya, hari-hari aku menghadap laptop tengok cerita. Bukan buat kerja. Untuk kali ni, cerita dari negara jiran Malaysia, iaitu Indonesia.(hehehe)

Ceritanya mengisahkan sebuah sekolah yang dibina khas untuk budak-budak miskin. Sekolah tu ditubuhkan untuk memberi pendidikan percuma dan membantu taraf kehidupan golongan miskin kat sana. Malangnya, walaupun sekolah free tapi tak mendapat sambutan golongan miskin sebab bagi diorang, baik anak-anak mereka diajar jadi kuli daripada pergi ke sekolah. Dan cuma 10 budak saja yang masuk sekolah tersebut.

Kemudian timbul cerita tentang kisah cinta monyet Ikal, Mahar si ahli seni, Lintang si genius dan yang lain-lain. Keseluruhan jalan cerita memang boleh agak tapi yang penting pengajaran dalam cerita ni. Aku seronok tengok zaman budak-budak diorang. Memang memorable. Part diorang menari ala-ala afrika. Hahaha, lawak. Tak lupa jugak part sedih bilamana, Lintang terpaksa berhenti sekolah untuk menyara keluarga.

"Hidup ini perlu lebih banyak memberi daripada banyak menerima"


Nota tangan; Tunggu cerita Malaysia yang bermakna.

Sunday, January 16, 2011

The Man From Nowhere


Cerita nih aku rate 4/5. Sebab jalan cerita yang menarik dan laju. No wonderlah filem ni banyak menang award dekat Korea and international.

Filem nih tentang watak Won Bin (Tae Shik) yang misteri dan memang sesuailah dengan tajuk from nowhere tu. Sebab awal-awal cerita kita tak tahu siapa dan apa dia buat. He is the man with few words. Susah betul nak dengar suara seksi beliau. hahaha. Kemudian, ada watak budak perempuan (So Mi) yang datang dari broken family cuba nak rapat dengan Tae Shik. Konflik bermula bila mak So Mi & So Mi kena tangkap dengan geng jual dadah. Dan Tae Shik sedar yang dia patut tolong selamatkan So Mi sebab budak tu telah berjaya masuk dalam kehidupannya yang sebelum ni dia keseorangan.


Wah, it's good to see Won Bin again. Seingat aku cerita pertama yang aku tengok dan jatuh hati pada korea adalah Autumn in My heart. Bilamana semua fan girl suka dekat hero En. Song Seung Hun, aku suka lagi Won Bin dalam cerita tu. (Tapi tak lah pulak aku tak suka hero tu kan). Sesungguhnya aku nak dua-dua. Aku perempuan tamak. hahaha. Dan aku harap Won Bin ada drama baru untuk tahun 2011 instead of dia berlakon movie saja. At least boleh lama aku tengok dia. 16 episod woo. Sedangkan Song Seung Hon pun ada drama baru tahun 2011, My Princess.







Nota tangan: Haaaishhhh..

Oh, aku suka makan!

Dekat 10 minit aku fikir makanan kegemaran. Banyak sangat yang pop-up dekat kepala. Last-last yang ni yang keluar.

  • Nasi minyak + Opor daging yang mak aku buat. Satu hari nanti, akan aku pastikan aku pandai buat lauk ni.hehehe
  • Roti manis mak aku buat jugak.Sedap weh.
  • Puding jagung.
  • Puding berkuah.
  • Sambal bilis petai
  • Mee kari
  • Tomyam
  • Sushi
  • Segala jenis kek dan roti
  • Others.hehhe
Nota tangan : Emak akulah yang paling sedap masak. Aku rindu nak balik rumah. Nak makan sedap.

Sunday, January 9, 2011

Sweet, menarek dan simple.

Aduhaii..

Nak tukar layout blog pun kemain payah. Tak boleh terlalu fancy, berbunga-bunga, girly, dan semualah. Masalahnya, banyak layout yang wujud dalam internet nih memang macam tu. Kalaulah aku pandai buat design layout sendiri, dah lama aku buat ikut taste aku.

Huh, akhirnya bila dah berjam-jam depan laptop cari layout, maka terhasillah layout yang nih. Itupun ada lagi aku tak masuk gadget.Nantilah.

Nota tangan; Sudah 10 hari dalam 2011.

Friday, December 31, 2010

Am I ridiculous?

Sedar atau tak, dalam dunia ni banyak benda yang ridiculous!
Ok, dalam erti kata lain, mengarut atau nonsense atau tidak masuk akal.
Contoh:
Cerita mengarut.
Cakap mengarut.
Kerja mengarut.
Orang mengarut. (er, ada ke orang mengarut?)

Betul kan?
Sebab benda-benda ridiculous ni lah yang buat hidup jadi sangat komikal.

Nota tangan; Entry mengarut. Abaikan.

Saturday, November 6, 2010

Mabuk "Coffee House"


Dalam musim-musim perah otak nih, boleh lagi layan drama korea kan? Adeh. Tapi memang drama ni, sangat best. Sungguh sedap.*mashta*

"Coffee House- Page one."

This is not typical Korean drama. This cracks my stomach so much. Twisted storyline and believe me, you will love it if you love me. ha ha ha . Comedy as well as love story. (standardlah genre cerita korea kan). And as usual, i've downloaded the OST. Really love it. (Jawapan standard untuk orang yang gila OST)

Nota tangan; Oh, pening kalau ada watak macam Lee Jin Soo. Selamat menonton.

Saturday, October 30, 2010

Writing is my interest.

Tapi aku ada sindrom M yang melampau-lampau buat masa sekarang. Itu yang jadi blog tak update. Cis betul! Bukan setakat blog, thesis aku pun tengah di awang-awangan. Oh umi, aboh tolong aku!

Nota tangan; Cukuplah setakat ini. Sindrom M sudah datang. Entah bila encik R ni nak datang. =p