Sunday, November 20, 2011

Dunia tanpa sesawang.

No facebook,
No twitter,
No blog.

No likes
No tweets
No followers.
How's life?

........

Me? I'll survive.

Saturday, November 12, 2011

Sakit hati siapa yang tahu.

11.11.11

Sedih.

Sunday, November 6, 2011

Cookies try and error


Bahan-bahan:

1 biji telur
1 buku butter
1 cawan gula kastor
3/4 cawan gula perang
3 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil baking power
coklat chip

1. Putar telur dengan butter. Masukkan gula kastor dan kacau.
2. Masukkan gula perang dan kacau lagi.
3. Masukkan coklat chips. (Kalau nak lagi rangup masukkan conflake yang telah dikisar.)
4. Kemudian masukkan tepung gandum yang telah dicampurkan dengan sedikit baking powder.Dan kacaukan.
6. Skopkan menggunakan sudu ke atas dulang pembakar.
7. Akhir sekali, bakar dalam ketuhar 180'C .

Nota tangan: Lebih kurang macam Famous Amos. wahahaha

Wednesday, November 2, 2011

They are beautiful and so are you.

Jennifer Lopez diiktiraf sebagai wanita tercantik oleh Majalah People untuk tahun 2011.


Bagi aku, untuk diiktiraf sebagai paling cantik, tak kot. Ada ramai lagi yang cantik dari dia. Tapi, cantik ni kan subjektif macam orang putih cakap "Beauty is in the eye of the beholder".

Apa yang kau rasa cantik, mungkin tak bagi orang lain. Dan begitu jugak, untuk orang lain. Fitrah manusia memang sukakan pada kecantikan. Yang penting kita perlu pandai menjaga diri dan kebersihan. Nak jadi cantik bukan bermakna perlu memakai make up tebal, mengikut fesyen semasa dan memakai pakaian branded. Malah ada yang sanggup menghabiskan duit buat pembedahan plastik, cucuk botox sana sini. Kalau cantik plastik buat apa kan? Tetap tak ori.

Hakikatnya, cantik dalaman yang penting sebab ia menaikkan seri pada kita. Kalau kita cantik luar tapi dalam kita hodoh dan jahat, yang terlahir pada luaran tetap hodoh jugak . Tapi, kalau kita cantik dalam, pasti kita cantik jugak pada luaran.

Jadi, bersederhanalah dalam menghias diri. Modesty is pretty.

Nota tangan: You are beautiful!

Wednesday, October 26, 2011

No no!

Assalamualaikum.

Masa cuti ni, terfikir pulak nak delete blog ni. Sebab aku rasa macam nak buat blog baru. Something yang fresh. Tapi Sayangnya.....

Mungkin aku patut upgrade yang ini dari buat yang baru. Setelah ditimbang tara, aku sayang nak buang blog ni. Sekian.

Thursday, August 11, 2011

Blankless

Assalamualaikum,

Selamat berpuasa.
Lama tak update blog.
Tak sibuk,
Tapi.....
Saya malas!


Nota tangan: hehehe

Monday, July 4, 2011

Mother

Entry ini bukan cerita pasal emak saya atau emak awak. Tapi Kmovie yang dibintangi hero pujaan hati Sha.N yang bernama Won Bin.

Aku bagi 3/5 bintang untuk cerita ni. Mulanya aku ingat cerita ni satu cerita sedih yang akan membuatkan aku menangis teresak-esak. Tapi lain pulak yang jadi. Selesai tonton filem ni, perasaan ganjil singgah dalam hati aku. Tak tahu nak suka atau tak suka cerita ni. Pelik.

Rasanya storyline cerita ni macam pelik sikit. Ceritanya berkisahkan Do Joon (Won Bin) seorang pemuda yang mentally retarded. Kemudian dia dituduh melakukan pembunuhan terhadap seorang gadis sekolah tinggi. Jadi, emaknya lakonan Kim Hye Ja berusaha untuk membantu keluar anaknya dari penjara. Sebab dia percaya yang Do Joon tak bersalah.

Bagi dia, Do Joon tak mampu untuk bunuh seorang gadis. Dia berusaha kumpul bukti, jumpa orang sekeliling mangsa untuk membantu Do Joon keluar dari penjara. Ending cerita ni? korang tengoklah sendiri.

Aku rasa tema yang nak diangkat untuk filem ni ialah pengorbanan seorang ibu untuk anaknya. Tapi dengan cara yang berlainan dan sesuatu yang jarang kite tengok. Mungkin sebab storyline yang berbeza. Serius, mula-mula aku ingat mak dia yang akhirnya akan masuk penjara yang mana storyline macam ni sangat tipikal kan?Tapi untuk cerita ni tak.

Nasihat dari hati, kalau korang peminat Won Bin, bolehlah tengok dengan hati terbuka sebab dia memang comel dan pandai berlakon. Tapi kalau korang tak berminat dengan dia, dan ingat cerita ni best, aku harap korang berfikir dua-tiga kali lagi.

Nota tangan: Mesti korang akan rasa apa yang aku rasa.