Monday, January 19, 2009

Ice skating

Jumaat lepas, aku dan 3 kawan yg lain pegi main ice skating.Mula-mula macam tak percaya jugak sebab tak pernah main game ni. Lagipun semua tak ada pengalaman ber'ice skating' kecuali Teah. Apa-apa pun kami dah berjaya melakuknnya walaupun mula-mula agak terkial-kial juga nk berdiri dan berkali-kali jatuh sampai belakang aku sakit. Itu saja mahu cerita. hehehehe


Nota tangan; Harap-harap lepas ni boleh main ice skating lagi.

Sunday, August 17, 2008

Suatu Pemberian

Jika tangan ini menghulur,
pasti ada yang menyambutnya,

Jika tangan ini memberi,
pasti juga ada yang menerima,

Jika tangan ini menyerah,
pasti ada yang kalah,
kalah pada sinaran kebahagiaan,
menang pada kegelapan derita,

Namun,
manusia sering alpa,
pada si penghulur yang kalah,
dibanding penerima yang menang,
betapa si penghulur mengulumkan,
sebuah senyuman harapan,
untuk penerima yang kesuraman.

Nota tangan: Dah lama sajak ni, tapi baru post dalam blog. Sebagai pendahuluan.