Sunday, October 18, 2009

Pandorum oh Tidur...

Dek terlalu banyak aksi dan laju sangat ceritanya, aku boleh tertidur dalam panggung. Itu pun babak-babak yang nak akhir.. Aduhai...
Nak kata, malam sebelumya aku tak tidur, nyenyak aje aku tidur.Yang pasti, aku tak faham cerita nih.. Mungkin perlukan seseorang untuk menerangkan kat aku. Cerita nih tak best bagi aku. Mungkin aku yang tak pay attention.(Maklumlah kan aku di dunia khayalan).



Nota tangan; Dalam panggung pun boleh tidur..haishhh

Wednesday, October 14, 2009

Kosong

Dah lama aku perasan yang blog aku nih, banyak huruf dari gambar. Banyak cerita. Nanti aku cuba masukkan sekali gambar yang berkaitan.

Nota tangan; Dalam proses pembikinan dan mencari ilham baru

Tuesday, October 6, 2009

Summer Day

Hari ini sungguh panas.
Terik tak terkata.
Kain yang dijemur pasti kering..
Putaran kipas pula
walaupun laju turut tak dapat menyejukkan bilik.
Sah, bumi makin parah.
Panas sekarang tidak lagi sama seperti dulu.

Nota tangan; Biarlah aku menikmati musim yang sepoi-sepoi indahnya..

Wednesday, September 30, 2009

My mom is the best!!

Pagi ahad hari tu, aku bangun dan dalam hati teringin nak makan sarapan nasi lemak sebelum aku naik bas pukul 10. Kalau dapat makan nasi lemak memang sedap sangatlah. Sambil-sambil aku mengorek kuih dalam balang kuih untuk dibawa balik uia, mak aku tanya sempat nak masak nasi lemak tak? Aku sepantas kilat jawab sempat dengan keterujaan bak kera medapat bunga.hehehe..

Dalam hati, macam tahu-tahu aje mak aku nih yang aku megidam nak makan nasi lemak sebelum balik gombak. Dengan kepakaran memasak mak aku yang dah lama, akhirnya nasi lemak siap dan aku sempat makan +dapat bawa balik bekal lagi. Banyak. Boleh makan tiga kali pusingan dalam bilik.( petang, malam, tangah malam)...hehe

Nota tangan; Sedap..

Tuesday, September 29, 2009

Karya tak fokus

Dah masuk 3 hari aku balik dari cuti.Belek buku nota tadi, terjumpa kertas conteng aku dalam kelas. Macam-macam aku tulis. Nampak sangat tak fokus dalam kelas..Haishhhhh..

Seandainya kau tahu,
aku bukan untukmu,
Biarlah aku sendiri.

Mencari sesuatu yang pasti,
tanpa perlu kau,
Aku masih teguh berdiri,
Kukuh,
Tabah.

Biar dilanda badai ombak,
Pantai setia menemaniku,
Pantai adalah sahabatku,
menemani sepi, memecah sunyi.

Nota tangan; Apakah?

Sunday, September 20, 2009

Selamat Hari-hari Raya!!!

Esok hari raya..
Lusa hari raya...
Tulat hari raya....

Raya kan sebulan???

Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Nota tangan; Ralat la tahun ni, cerita dalam tv pun x besh sangat untuk raye..isyhhh..

Kuih Oh Kuih>>>

Berlalulah sudah ramadan,
sebulan berpuasa,
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira,
anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa,
ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira....
Lalalalalalalalalalalalala....

Pejam celik, dah pun raya.
Mulai esok tiada lagi waktu untuk membuat kuih raya iaitu lebih kurang dalam pukul 12 tengah hari. Semenjak aku cuti lama, inilah kerja aku. Buat kuih raya. Bukan untuk dijual, tapi untuk kami. Kalau tak buat, mak aku akan membebel. Satu hari, satu jenis kuih. Paling koman pun, dua jenis.

Kalau tak buat kuih raya, tak meriahkan raya?? Keluarga aku memang jarang beli kuih raya dari bazar atau mana-manalah. Dari kecil sampai dah boleh buat kuih ni, memang kami buat sendiri. Kadang-kadang je ayah aku beli kerepek atau apa-apa yang bergoreng dari luar.

Sebab tu, bila masuk bulan puasa, ayah aku dah bersiap sedia belikan mak aku semua bahan-bahan seperti tepung, gula dan sebagainya secara pukal...hehhehhe..
Tak kisah lah macam mana persiapan buat biskut@kuih raya yang penting kita gembira dengan kedatangan syawal ini..

Nota tangan; Akan merinduimu....hukhukhukk