Saturday, February 13, 2010

Diri ini rasa...

Diri ini,
Rasa mahu tukar layout blog ~~sudah tukar pun~~
Rasa mahu tambah label untuk setiap post ~~ nanti dulu~~
Rasa mahu tulis tentang setiap drama atau movie yang ditonton ala-ala chapter review ~~ perlukan masa dan komitmen~~

Nota tangan; Rasa mahu...

Cuti lagi

CNY datang lagi..
Cuti pun datang lagi..
Jadi, apa lagi~~Selamat bercuti~~


Nota tangan; Cuti yang tak cuti..

Tuesday, February 2, 2010

Sempatkah?

Perasaan ini memang distrated aku. Pagi tadi, aku dapat mesej classmate aku dah pergi buat selama-lamanya..
Ya Allah, terkejutnya!

Sesungguhnya, hidup ini memang singkat.
Mati itu pasti. Tapi by that time, sediakah kita dijemput olehNYA?
Aku takut,sedih.
Kita yang hidup nih, tak tahu bila masa kita akan sampai.

Aku takut bila masa aku sampai, aku dalam keadaan TAK sedia.
Aku takut aku tak sempat ucap SAYANG pada semua orang.
Aku takut aku tak sempat MINTA MAAF untuk perkara yang aku sedar atau tak sedar aku silap.
Aku takut aku tak sempat ucap TERIMA KASIH utk segala bakti orang pada aku.
Aku takut untuk merasa kehilangan, kesedihan.

Ya Allah, berikanlah kekuatan.
Aku SAYANG semua. Ahli keluarga, sahabat-handai, saudara-mara,orang sekeliling.
Aku MINTA MAAF untuk kesilapan yang aku lakukan secara sengaja atau tak sengaja.
TERIMA KASIH semua untuk segalanya.

.::.Bila dah tak ada, baru terasa. Al-Fatihah.

Sunday, January 31, 2010

Ai

Ai can but Ai won't

Ai pretty but ugly

Ai lazy but hardworking

Ai do but Ai don't

Ai love but Ai hate

Ai see but Ai blind

Ai hear but Ai deaf

Ai deadpan but clumsy

Ai brave but Ai fear

And Ai remain I...

Nota tangan; ABC-Z takkan lengkap tanpa I.

Wednesday, January 13, 2010

SeNYummm

Smiling is infectious,
you catch it like the flu.
When someone smiled at me today
I started smiling too.

I passed around the corner,
and someone saw my grin.
When he smiled I realized,
I'd passed it on to him.

I thought about that smile,
then I realized its worth.
A single smile just like mine,
could travel round the earth.

So, if you feel a smile begin,
don't leave it undetected.
Let's start an epidemic quick,
and get the world infected!

By; anonymous

Nota tangan; Just Smile =)

Thursday, January 7, 2010

Kusut

Betullah kalau bab hati dan perasaan, manusia selalu 'fail'. Kenapa yek??? Cakap memang senang, tapi bila kena batang hidung sendiri?? Macam mana??


Nota tangan; Saya tak faham dengan perasaan sendiri!!Mahu tapi malu.

Sunday, January 3, 2010

Puding caramel

Sebelum aku nak kongsi sesuatu, aku nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2010. Umur pun makin banyak, tapi masa makin pendek.

Ingat tak dulu, aku pernah tulis resepi dalam blog nih. Sebenarnya kali nih, aku nak kongsi resepi puding. Puding Gula hangus. Sah! kalau aku tulis nama bahasa melayu saja, mesti orang tak tahu, puding jenis apa nih.Sedap ke tidak? Jadi untuk menamatkan kekeliruan dan kemusykilan tentang puding nih, nama glamer dan omputihnya adalah Puding Caramel!(confirm mesti orang tahulah)

Ala, yang jual dekat pasar malam sepotong RM2 tuh.Ha, yang itulah!!Mahalkan? sepotong saja dah RM2. Untung si penjual puding nih, padahal nak buatnya senang sangat dan bahan pun senang cari.



Bahan-bahan;
5 biji telur
1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanilla
3 sudu tepung jagung
3/4 cawan gula

untuk kuah,
5 sudu gula

Cara-cara;
1. Putar gula dengan telur sehingga kembang
2. Masukkan susu cair dan esen vanilla.
3. Gaul tepung jagung dengan sedikit air dan masukkan dalam bancuhan tadi.
4. Untuk kuah, goreng gula dalam loyang sehingga cair
5. Kemudian, tuangkan bancuhan 1,2,3 dalam gula yang telah cair (kuah).
6. Kukuskan puding dalam masa 15-20 minit.

Nota tangan; Senang sangat puding nih.. sekejap jer!!Tak sempat nak tidur pun!!hehe