Sunday, August 25, 2013

Michael Scofiel, why?

Dia dah mengaku yang dia gayah.

Ok, bye!!


p/s: Rugi sorang lelaki dalam dunia ni. Errr, termasuk partner dia,dua orang lelaki dalam dunia ni.


Monday, August 12, 2013

I'm so happy for her tapi .......

Syawal ke 3 haritu, kawan baik saya dah dirisik orang.
Tahun depan insyaallah kahwin.
Sedih.

Sebelum ni pergi kenduri kawan lain tak ada perasaan sangat, tapi bila kawan baik nak kahwin rasa sedih sangat. Rasa diri mencanak-canak tua. Haish.

p/s; Nak calon sorang! hehe

Friday, February 8, 2013

Crush, datang dan pergi

"After awhile, waiting gets boring.Your crush doesn’t seem so attractive anymore and you realize you need to stop wasting your time"

Haaaah, pernah tak rasa macam ni?
Hari ni crush dekat orang ni, 3 minggu lagi crush dekat orang lain..

Saya ada banyak koleksi crush terutama crush di alam fantasi/ dramaland.
Dalam real life, saya tak fikir sangat pasal crush ni sebab buat semak fikiran je.
Lagipun crush je. Dia datang dan pergi.

Kalau saya nak dekat dia pun, saya ni bukan berani orangnya.
Awak jadi crush saya je la selama-lamanya....*wink-wink*
 Nota hati:  Crush yang fragile


Friday, February 1, 2013

Social Networking Service. (SNS)

Social Networking Service. (SNS) kalau tambad D jadi SNSD.
Ini kumpulan SNSD. *tak minat pun dorang ni*

Ini baru SNS

Dulu Friendster, Myspace, Hi5, yahoo messenger sekarang facebook, twitter, instagram, blog, tumblr, whatapps dan macam-macam lagi. Agak-agak 5 tahun akan datang apa yang popular eh?
Handphone sekarang
Handphone akan datang

Nota hati:Pakai telefon rumah je.






Wednesday, January 2, 2013

I miss my 20's.

Rasa tak nak tua. Tapi realitinya umur memang makin meningkat.  Anak sedara Harraz yang umur 4 tahun  pun dah start sekolah.  Ohhh.. let's look forward. No turning back.  Memories are sweet, just cherish them.
Sister Night catwalk. Weks..



Projek first year dekat Greenwood.
Studio raya duduk bawak board. Apakah?
 
Geng Klepot dengan fesyen bibik indon.
Piknik geng klepot dekat Chamang
Leadership dengan Kayode
Studio projek Local Plan Pangkor


Comparative Planning Disneyland HK. Heh?

Konvo 9/10/11. 


Nota hati : I feel old. Hello 25 series. Happy Silver Jubilee.





Thursday, December 20, 2012

Sebab dorang comel

Si hensem abang long.

Si manis kakak

Si comel adik




Nota hati: Eh, eh, eh, saya tak kahwin lagi. Ini semua anak saudara yang kiut-miut.

Wednesday, December 5, 2012

10 perkara perempuan selalu buat yang ... errr, i just don't get it.

1. Simpan resit atm, resit beli barang giant, jusco, mydin lepas shopping. Dengan harapan, akan tengok semula bila sampai rumah untuk buat kira-kira. Tapi hakikatnya, jadi sampah dalam purse.

2. Diet. Makan-makan lepastu kata nak diet padahal berat ok jer. Kalau boleh nak kurus macam model. *Obses nak jadi kurus*

3. Kalau keluar ramai-ramai dekat shopping mall, mereka akan pergi tandas secara berjemaah. Mengeratkan ukhwah katanyeww..

4. Mereka sangaaaaaaaaaat laaaaaaaaaaaamaaaaaaaaa shopping.  Kalau boleh nak duduk dalam kedai tu sampai buka esok harinya.

5. Perempuan cakap apa yang diorang nak tapi dengan ayat berpusing-pusing. Contoh : "Sedap jugak kalau makan sushi king ni, padahal ayat senangnya " Jom makan sushi king"

6. Bila seseorang perempuan cakap sesuatu benda tu comel, yang lain pun ikut sama "A'aaaaa, comellah kucing tu.''  (padahal  kucing tu kurus kering je.)

7. Pantang jumpa benda-benda yang bercermin. Pintu cermin, cermin mata, tingkap kereta asal bercermin.  Sebab nak cek tudung kelepet ke tak.

8. Sentiasa ada perut untuk dessert. Benda-benda yang comel dan mahal macam macaroon, pavlova, cupcakes, tutti fruti, dan banyak lagi.

9. Baju penuh dalam almari tapi tetap kata tak ada baju nak pakai.

10. Dalam almari,  ada beratus-ratus koleksi tudung dari sekolah sampai universiti tapi tetap tak ada yang matching kaler dengan baju.

Nota hati : Unikkan perempuan ni. hahahaha