Wednesday, March 25, 2009

I want to eat cake!!!!!

Dah lama rasanya tak makan kek. Kalau dulu, aku rajin buat kek sebelum balik asrama. Kek Coklat lembap. Haishhh,rindu pada kek coklat yang aku buat dengan bantuan resepi umi. Walaupun tak profesional sangat tapi kek itu tetap menjadi dan yang penting sedap.Maklumlah, masuk dapur pun bukannya selalu. Tak kisahlah,kemahiran dan kepakaran boleh belajar. Mana tahu, ada rezeki nanti boleh buka kedai kek.(Kuatnya berangan).

Bilalah masa-masa seperti dulu dapat wujud kembali?Ketika zaman muda remaja dan belia...
1. Cuba resepi baru.
Teringat aku dulu waktu sekolah menengah tapi tak ingat tingkatan berapa, aku cuba buat kek yang roll-roll tapi tak jadi, kuih tu jadi leper.(hahahha)Tapi rasa boleh tahan lar.
2. Buat puding gula hangus dengan umi.(Bahasa omputih, caramel)
3. Buat kek coklat dan makan dengan kawan-kawan sebilik.
4. Tiap-tiap petang rabu makan kuih atau kek resepi baru yang umi belajar dari kelas dia dan kalau senang kami boleh cuba.
5. Buat bepang dengan adik-adik ketika waktu boring sangat dan umi tak ada di rumah. Kami menggunakan kesempatan dan bahan yang ada di dapur sepenuhnya.

Sekarang, aku cuma boleh menikmati kek-kek ni di kedai saja. Dan aku dah beli satu semalam untuk hilang rasa teringin. Walaupun rupanya cantik, tapi rasanya tetap tak boleh lawan yang buat di rumah. Dan membazir sikit kek aku semalam kerana semut lebih dulu dapat rasa dari aku. Konon nak makan kek waktu petang tapi sayang,semut lagi pantas dari mulut aku.Alahai la semut, rezeki kau.

Nota tangan;
Kek Yang diKongsi dengan Sang Semut...

4 sen?!:

qlachan said... Reply Comment

alahaii sha..
sedihnye tgk keadaan kek tu.
nasib xde pic sblm(after beli kek)ngn kek slpas(kek yg dkongsi bersama sang semut).
cnfirm nampak perubahannya..macam sadis je tgk kek tu, cam kena cubit cubitan, ketercubitan haha

Sha. N. said... Reply Comment

haah..die tergolek ke kiri dan ke kanan mase dlm perjalan nk balik semalam.. Cam tengah menari2..hahha

qlachan said... Reply Comment

lorrr
awat dahsyat sgt??
cm kena punch jekk!! remuk sana sini

Sha. N. said... Reply Comment

hahah..
punch dng sang semut....huhuu