Jumaat yang indah..
Aku pulang ke rumah. Ada lebih kurang seminggu lagi untuk kertas terakhir. Jadi, aku mengambil kesempatan ini untuk pulang dulu, mengumpul segala tenaga dan semangat...hehhehe..
Tiket aku pukul 9 malam sebabnya tiket petang semuanya dah habis. Dan keadaan di luar sana, hujan lebat. Jadi, disebabkan aku mempunyai masa yang panjang lagi dan keadaan di luar hujan serta ditambah perasaan malas mahu berjalan ke tempat lain, aku merewang-rewang di dalam pudu, mencari kedai yang best untuk disinggah. Dan, sesungguhnya aku terjumpa kedai buku. Tak sangka juga ye, dalam pudu pun ada kedai buku. Dan faham-faham sajalah kalau dah masuk, mesti ada buah tangan yang akan dibeli. Huishhh.Walaupun sebenarnya, sekarang aku tengah kering!
Maka terbelilah aku sebuah novel baru kerana kasihankan buku itu dan perasaan membuak-buakku yang tak dapat dibendung. Sudah ku pujuk hati ini supaya sabar agar dapat ku tumpukan saja pembelian buku di pesta buku nanti, namun tidak berhasil jua. Makin meronta-ronta adalah. Sehingga sebuah novel berjaya juga jatuh ke tangan ini. *hahaha-ayat sentimentaL*
Kemudian aku ke hentian pekeliling dan menunggu bas di sana. Tepat pukul 9 malam, bas bergerak. Disebabkan kerusi aku adalah di bahagian belakang sekali, maka aku tidak dapat meneruskan kebiasaanku ketika pulang ke rumah dengan jayanya iaitu perkara paling faveret TIDUR. Sebabnya, tidur aku tidak lagi tertumpu pada telengan ke kiri atau ke kanan sahaja tetapi juga seluruh badanku turut menari melompat-lompat mengikut rentak pergerakan bas. Ditambah lagi, di kanan aku seorang cina tomboy dan di kiri aku seorg lelaki melayu yang boleh dikira kiut(kiut kot... ha ha)jadi terpaksalah aku mengawal pergerakan kepala aku ketika tidur agar tidak jatuh di bahu si tomboy atau si kiut. Kesimpulannya, aku boleh kira dengan jari berapa kali aku betul-betul melelapkan mata. (2 kali mungkin). Dan selebihnya aku memejamkan mata buat-buat tidur dan mengelamun sendiri dalam bas sambil memerhati seluruh isi bas dari belakang. Kelakar bila tengok orang tersengguk-sengguk kiri kanan sampai terlebih dari tepi kerusi mereka dan tertunduk-tunduk kepala sehingga kalau boleh leher dan dagu dapat disatukan. (hehehe).Aku siap boleh tersenyum lagi dalam kegelapan malam tu. Kalau ada orang perasan, mesti disangkanya aku ini kurang siuman. Nasib baiklah, aku duduk belakang.
Padahal perkara yang tak boleh dikawal itulah selalu berlaku pada diriku.Sama ada di kelas atau dalam bas. Kalau tertidur tu, kepala nak terteleng ke kanan, kiri atau tertunduk pun dah tak perasan. Hanya orang yang memerhati je akan gelak sendiri. Dan akulah salah seorang manusia yang selalu tidur macam tu dan gelakkan orang lain bila mereka tidur macam tu juga. Mungkin orang lain pun juga begitu. Ini bermaksud, kita sama-sama gelakkan diri masing-masing. Nak buat macam mana, nama pun dah tidur, minda dan fikiran pun tidur sekali.Tak sedar gaya tidur pun.Sama ada tidurnya dengan kepala statikkah? tersenggukkah?Jatuh di bahu si kiutkah? atau terlena di bahu si tomboy?heeheh
Nota tangan: Selamat melelapkan mata dengan lena tanpa kelenguhan di tengkuk atau leher akibat telengan dan senggukkan.

1 sen?!:
sha sha sha
ala sha, qla slalu tgk sha tido dlm cls la, nk gelak kt org kunun..haha next time nk rakam lah sha tido
nape kamo xbuat2 lentok kat mamat kiut?cnfrm die rela punyelah..
p/s: sebaik sja kaki ni jejak kat umah, lepak n tidur n makan n nonton tv jek
haha
gaya cam anak tokey balak
ahahaha
buku?laptop?
jgn araplah!
terperap sja mereka dlm beg.xusik n xtengok pn
kejam..kejam
Post a Comment