Saturday, February 13, 2010

Diri ini rasa...

Diri ini,
Rasa mahu tukar layout blog ~~sudah tukar pun~~
Rasa mahu tambah label untuk setiap post ~~ nanti dulu~~
Rasa mahu tulis tentang setiap drama atau movie yang ditonton ala-ala chapter review ~~ perlukan masa dan komitmen~~

Nota tangan; Rasa mahu...

Cuti lagi

CNY datang lagi..
Cuti pun datang lagi..
Jadi, apa lagi~~Selamat bercuti~~


Nota tangan; Cuti yang tak cuti..

Tuesday, February 2, 2010

Sempatkah?

Perasaan ini memang distrated aku. Pagi tadi, aku dapat mesej classmate aku dah pergi buat selama-lamanya..
Ya Allah, terkejutnya!

Sesungguhnya, hidup ini memang singkat.
Mati itu pasti. Tapi by that time, sediakah kita dijemput olehNYA?
Aku takut,sedih.
Kita yang hidup nih, tak tahu bila masa kita akan sampai.

Aku takut bila masa aku sampai, aku dalam keadaan TAK sedia.
Aku takut aku tak sempat ucap SAYANG pada semua orang.
Aku takut aku tak sempat MINTA MAAF untuk perkara yang aku sedar atau tak sedar aku silap.
Aku takut aku tak sempat ucap TERIMA KASIH utk segala bakti orang pada aku.
Aku takut untuk merasa kehilangan, kesedihan.

Ya Allah, berikanlah kekuatan.
Aku SAYANG semua. Ahli keluarga, sahabat-handai, saudara-mara,orang sekeliling.
Aku MINTA MAAF untuk kesilapan yang aku lakukan secara sengaja atau tak sengaja.
TERIMA KASIH semua untuk segalanya.

.::.Bila dah tak ada, baru terasa. Al-Fatihah.