Saturday, December 31, 2011

2011 in review.

Dah macam drama/ movie pulak ada review. Mari aku rungkaikan cerita, kenangan dan segala perihal hidup aku 2011 secara ringkas.

Januari. Februari. Mac:
Hidup macam biasa. Pergi kelas, balik kelas. Buat questionnaire sampai rasa fed-up!Tak ada yang menarik.

April:
-Super duper final exam. Bulan terakhir dimana aku ambil periksa dan jawab periksa. Sob sob sob. Dan juga, bulan dimana aku berkampung di mahallah buat questionnaire survey. Orang lain cuti balik kampung, aku cuti lambat.
- Dapat anak saudara kedua. Si Qhaireen yang comel dan bulat.
Gambar dia dah besar sikit.
May. June:(bulan kritikal tahap pecah kepala)
- Masuk short sem, start balik projek paper, pergi site lagi, pecah kepala buat analisis, tiap-tiap minggu jumpa supervisor yang super duper nice. Dia sangat baik!
-Guling-guling struggle project paper. Kurang bersosial sebab asyik terperap dalam bilik, menghadap lolovo dan sentiasa termenung pada words 24 jam. (Cis banyak jugak entri aku dalam bulan-bulan ni = Makin stress, makin banyak merapu dalam blog)
- Bulan dimana, aku jeles dengan kawan-kawan yang hantar projek paper awal.Tekanan!

Julai:
-Abang sulung aku bertunang. Pergi Negeri Sembilan masa tengah sesak buat projek paper lagi.
-Julai terindah. Tepat tarikh birthday pada jam 4.46 pm, aku hantar hardbound thesis. Dengan segala susah- payah, akhirnya berjaya! Tahniah juga kepada Geng Dr. Aziz yang sama-sama bersusah payah sampai ke akhir. Ini moment kita bersama, jadi geng paling lambat hantar thesis dan yes, we suffered a lot! I mean literally, but we LEARNED a lot too! Terima kasih pada supervisor yang memang super duper baik. Hardwork never fails. *kata-kata keramat*
Page Dedication
Ogos. September:
-Bercuti.Yeay!! Sambut puasa sebulan dekat rumah, tebus balik bertahun yang tak dapat puasa penuh di rumah. Raya dan raya!
-Benda mengarut berlaku.hahaha.

Oktober:
-9.10.11 hari konvokesyen! Konvo dan konvo! Jumpa kawan-kawan semula. Sweet memori.
-Secara rasminya bukan lagi pelajar, tak ada lagi perjumpaan di kafe aminah dan sesi gosip bersama kawan-kawan.
-Benda mengarut terkubur.
Simbolik: Bunga @Cinta tolak tepi.hahaha
November. Disember:
Kerja part time. Full time? Tunggu 2012.

Nota tangan: Bitter sweet of life, 2011.
.

Friday, December 30, 2011

Teori Bunga api.

Cantik yang tak kekal lama. 




Nota tangan: Wonderful moment! Aku suka tengok bunga api.

Monday, December 26, 2011

Conan @ Shinichi a.k.a first crush

Bila agaknya Conan boleh jadi Shinichi semula? Tak besar-besar pun. Dah banyak skip manga ni. Haisshhh. Suka watak Shinichi. Dia jenis yang cool. Nak Shinichi satuuuuu...!

Hai saya Edogawa Conan. *Imagine dengan suara alih bahasa dalam tv*
Bilalah aku boleh jadi besar semula?
Nota tangan: Dulu die-hard-fan Shinichi. Sekarang tak berapa die, tapi hard fan tetap ada! haha

Wednesday, December 21, 2011

Akibat pengguna handset yang tak bertop-up.

Padan muka pada diri sendiri sebab dah lamaaaaaa tak top-up. Terima kasih kepada syarikat C yang berjaya mematikan perkhidmatan handset aku. Cis cis cis. Dia tak kira ke berapa untung aku bagi dulu  masa aku selalu top up. Disebabkan 55 hari aku tak top-up nombor aku dah dimatikan.

Kalau nak aktifkan balik, aku kena pergi Call Centre. Sayang pada nombor lama ni sebab aku dah lamaaaaaa pakai. Dari zaman 3310 hingga Sony E k770i.Dulu masa belajar bila ramai pakai M, aku gigih setia dengan si C ni dengan alasan tak mahu tukar nombor. Kawan-kawan cadangkan pakai dua nombor. Tapi aku tak suka ada dua handset. Banyak hal bila dua-dua nak kena charge, bawak kemana-mana pergi. Yang satu handset pun tak larat nak jaga inikan pula nak pakai dua hanset. Setelah mengambil kira banyak aspek, kekallah aku dengan nombor C ni dan gigihlah aku mereload kredit untuk membalas mesej kawan-kawan M ni. Dahlah rate tinggi, nak call pun fikir 15 kali. Kalau duit tu boleh cetak sendiri, aku tak kisah nak call hari-hari. Tapi masalahnya Bank Negara yang cetak duit. pffftt..

Sekarang nampak gayanya, tak kekal juga aku dengan nombor lama ni selepas disuakan nombor Upax oleh adik aku. Bila difikirkan,baik guna nombor dia yang kosong ni. Dahlah tak ada expired date, rate rendah, umur Upax dia pun sampai 28 tahun dia. Bukan ikut tahun aku. Kalau aku tak top up lebih dari 55 hari pun nombor aku takkan dimatikan perkhidmatan.hahaha. What a good idea!

Nak pakai public phone pun susah sekarang sebab susah nak jumpa. Haishh. tak pakai handset pun susah.

Nota tangan: Rajin-rajin lah top-up handset bila rasa macam dah nazak sangat!


Monday, December 19, 2011

Cacat yang comel?

Ini bukan entri kpop.

Walaupun saya tak berapa hensengg, tapi saya sweet. haha
Comelkan lesung pipit saya.haha
Apakah persamaan lelaki di atas? Ya, mereka artis Korea. Tapi bukan yang ini jawapannya. Persamaannya adalah mempunyai lesung pipit. Aku tahu, aku tepek gambar lelaki korea, ramai yang kata aku kipas-susah -mati korea.hahaha. Tapiiiiiii ini bukan pasal kpop, mpop atau apa-apa pop pun.

Ini pasal lesung pipit. Tahukah anda lesung pipit ini sebenarnya suatu kecacatan? Menurut laman web Gemini Geek:
Anatomically, dimples are caused by the facial muscle called zygomaticus major. Dimples are caused when your facial muscle – zygomaticus major, is shorter than normal; it pulls on your skin and forms the indentation in your facial skin. Cheek dimples are formed by the double or bifid zygomaticus major muscle.
Maksud lebih mudah, otot utama zygomaticus lebih pendek daripada biasa atau terbelah dua dan membentuk lekukan pada pipi. Jangan tanya aku otot zygomaticus tu macam mana sebab aku pun copy paste. haha. Dulu tak pernah belajar benda ni dalam kelas Bio atau mungkin aku yang tidur dalam kelas.
Sumber: Google
Menurut kajian lagi, lesung pipit ini adalah gen dominan. Bukan kereta gen 2 tapi genetik. Bermaksud, kalau salah seorang dari mak ayah mempunyai lesung pipit, anaknya berkemungkinan 50% lahir berlesung pipit. Untuk bacaan lanjut, baca sini. Tapi  ada juga kes mak ayah tak ada lesung pipit, tapi anak ada lesung pipit.Ini disebabkan lesung pipit juga boleh skip satu generasi dan muncul balik untuk generasi lain. Contoh kes terdekat, adik bongsu aku yang ada lesung pipit. Dia saja yang ada lesung pipit.

Jadi siapa-siapa yang tak ada lesung pipit nak anak berlesung pipit,bolehlah cari pasangan berlesung pipit supaya anak mewarisi lesung pipit.hahaha.(cuba kira berapa ulangan lesung pipit)

Walaupun lesung pipit ini terjadi disebabkan kecacatan otot tapi ada juga yang sanggup buat pembedahan untuk mendapatkan lesung pipit. Ini disebabkan mereka mahu lesung pipit untuk mencantikkan lagi senyuman. Beauty lies in the eyes of the beholder. Lain orang, lain persepsi pasal cantik.

Nota tangan; Sweet.

Thursday, December 15, 2011

Kami sama-sama dah tua.



Dari kiri: Ashton Chen and Kok Siu Man
Pernah tengok tak budak ni? Dulu masa kecil, selalu main filem HK dalam tv yang mana dua budak ni selalu berlakon. Si Ashton selalu berlakon budak muka serius dan pandai kung fu. Kok Siu Man pulak berlakon jadi budak nakal, macam Shin Chan yang suka perempuan cantik, licik dan gatal. Dia selalu bawa masalah dan si Ashton yang banyak tolong dia. Dorang ni kelakar lebih-lebih lagi si Kok Siu Man ni.

Menurut carian aku di google, rupanya Ashton Chen ni lahir pada 6 Januari tahun 1988. Woot -woot, sebaya! Manakala Kok Siu Man pula sebarang data biografi dia tidak dapat diperolehi. Mungkin umur dia pun sekitar tu jugak. Aku ingatkan dorang ni dah tua, umur 30-an sebab tengok pada filem-filem dorang macam tahun 1980 an. Tapi rupanya, banyak filem dorang 1994, 1995. Bermakna umur waktu tu 6-7 tahun. Aku pun baru masuk sekolah. hahaha

Ashton Chen ni memang pandai kung fu sebab dia masuk Shaolin Temple masa kecik, sebab tu dalam filem nampak real dia berlawan.Dia dah habis belajar di New York City dan sekarang bergiat semula dalam bidang lakonan. Tapi Kok Siu Man tak ada sebarang berita tentang dia. Cuma dorang pernah disatukan semula pada tahun 2008 dalam satu talk show di Taiwan. Nak tengok muka dorang dah besar?
Kami dah besar dan tuaaaa..weeee
"Nah ambik sebijik. Dulu masa kecik suka susahkan aku,"kata Ashton pada Siu Man
We have been friends since we were young yowwww..
Siu Man: Aku rindu zaman kita kecik dulu berlakon jadi nakal.  Ashton: Aku pun, tapi aku tak nakal macam kau.


Peace untuk kawan-kawan yang sebaya kami.hahahaha
Gambar di atas adalah carian banyak laman web. Bukan aku punya. 

Nota tangan:Kami dah besar.haha

Saturday, December 10, 2011

Minat atau obses?

Sana-sini orang minat artis korea, dan sana- sini jugak orang benci artis korea. Jadi,gigihlah si peminat tegar korea mempertahankan artis kesayangan dorang dari kena kutuk dengan haters kpop ni. Kenapa sampai macam ni? Faham tak konsep rambut sama hitam, hati lain-lain. Setiap orang ada fikiran yang berbeza. Masing-masing ada kesukaan dan kegemaran sendiri. Apa yang aku minat, tak semestinya kau minat. Sama jugak macam apa yang kau minat, tak semestinya aku minat. Faham tak? Tak faham lagi? Meh sini aku bagi contoh: ramai orang minat Aaron Aziz sebab dia hensem, pandai berlakon. Tapi aku tak minat pun. Aku rasa dia kayu masa berlakon. hahaha. Lain orang, lain pendapat kan?

Jadi kenapa die hard fan (kipas susah mati) cepat nak melatah? Buat bodoh lebih baik dari jadi bodoh. Kalau kita pekakkan telinga, buat tak tahu tak adalah sampai bergaduh. Aku peminat cerita/lagu korea dan ramai je kawan aku yang tak minat korea ni. Kata dorang, hero korea macam gay, tak macho, jalan cerita tipikal dan macam-macamlah. Tak ada pulak aku rasa nak pergi bunuh dorang. Itukan pendapat masing-masing.

Tapi masalah sekarang, bila dah terlalu obses dengan sesuatu benda sampai tak boleh terima pendapat orang lain. Asyik nampak semua betul saja. Cuba letak diri kita jadi haters. Contohnya, aku tak minat sinetron Indonesia. Jadi aku kutuk sinetron ni pada kawan aku yang minat sinetron. Aku cakap aku tak suka sangatttt cerita beratus episod, pelakon jahat suka buat mata terbeliak dan gambar yang suka zoom in and zoom out. Perasaan dia sama macam orang yang kutuk kpop ni jugak. Dorang beritahu sebab kenapa dorang tak minat korea. Itu saja.

Kita nak minat boleh tapi perlu berpada-pada. Cuma jangan obses melampau-lampau. Apa yang kita nampak dalam kotak tv tu memanglah semuanya sempurna. Hero jahat boleh jadi baik. Heroin miskin boleh jadi cinderella dan macam-macam lagi.Tapi semua ni fantasi. FANTASI. (Ingatan diri sendiri) Dan idol yang kita puja ni takkan datang melutut menagih cinta macam dalam drama. Jadi jangan berangan nak cari bf artis korea.hahaha.

Nota tangan: Dua sen dari aku. No offense.

Friday, December 9, 2011

You, I, Ehhhh... (Literal meaning: U. I. A)

Semalam godek laptop, terbuka folder gambar-gambar masa belajar tak lamaaaa dulu. Macam dah lama, padahal tak sampai setahun pun lagi.Tiba-tiba rasa rindu pulak.
Cantikkan?haha


Uia tempat yang panas, sejuk dan nyaman. Pagi-pagi time nak pergi kelas, rasa air sejuk macam dari bukit. Kalau masa hujan, lagilah rasa kesejukan melampau-lampau. Tapi bila masa panas terik, 24 jam bawak payung pergi kelas. Kalau nampak pelajar perempuan jalan kaki bawak payung pergi kelas itu perkara biasa di Uia. Aku tak tahu la tempat lain, tapi kebanyakkan pelajar perempuan tempat aku ni akan stand by payung dalam beg.Contoh paling dekat kawan-kawan aku yang lain pun akan ada payung dalam beg.  Jarang nampak orang tak berpayung kecuali orang yang berkereta dan student foreigner.

Uia jugak tempat aku belajar macam-macam. Berubahnya dari tudung bawal sampai tudung syria atau tudung 5 ringgit(tudung jojet). Maksudnya dari berseterika sampai tak berseterika. Cepat masa berlalu. Masih ingat lagi perasaan tak suka pergi studio sebab otak aku cramp kalau duduk studio lama-lama. Pantang waktu rehat pukul 1, aku dengan geng tak berapa suka studio gigih jalan kaki balik bilik walaupun panas terik. Pastu, masuk studio semula dalam 2 lebih sikit atau aku ponteng terus bergantung pada situasi lecturer pada waktu pagi. Kadang-kadang aku sengaja tak bawak laptop dari pagi sebab nak balik bilik.  (jahat)

Dalam studio nilah kami bergosip, kongsi cerita, tengok cerita, buat lawak dan macam-macam. Kalau dulu aku cuma tengok drama korea je, kat studio ni lah aku belajar dengar KPop, tengok variety show korea dan segala macam korea. Pengaruh Kpop dalam studio aku ni memang kuat. Lagi satu, tidur dalam studio? Itu perkara biasa. Terutama bila nak dekat hari presentation. Studio dah ibarat bilik walaupun tak suka sebab terpaksa ikut arahan group leader yang suka buat discussion waktu malam sampailah ke tengah malam atau paling teruk sampai pagi. Mata pun naik lebam esoknya.
Semakkan? Meja pun kongsi-kongsi. Tapi sekarang studio budak junior cantik macam ofis.

Studio ni bukan kelas. Lecturer tak ajar tapi lebih kepada consultation hour. Budak fakulti architecture/landscape/planning mesti faham macam mana. Lecturer biasa datang nak tengok progress projek dan dengar presentation. Benda yang terkesan belajar dari studio ni ialah jadi heartless(tak ada perasaan) terutama bila lecturer condemn presentation kita. Heartless ni macam tahan jelah apa yang lecturer condemn. Paling senang, senyum dan terima kita salah. hehehe
Gambar first year: Planning standard and guideline (studio project) kat Greenwood.


Dulu bangga pakai safety jacket sambil jalan-jalan. hahaha.
Tempat paling kool dan best dalam uia selain bilik sendiri adalah Center Uia. Tempat di mana ada library dan masjid uia. Tenang dan sejuk je. Dulu masa ambil kelas university requirement (UNGS & BM) dalam tahun first and second year, aku selalu duduk sini sementara nak tunggu masuk kelas. Dan waktu nilah aku rajin pinjam buku cerita dekat library. Buku literature BM dan english. Paling tak tahan aku baca buku Wiliam Shakespears, Hamlet. Tapi tapi tapi, aku tak boleh pergi dengan bahasa sasteranya yang tinggi. Jadi, aku belek jelah sampai habis. Seronok godek library Uia ni sebab macam-macam ada. Ditambah lagi suasana yang selesa dan tenteram.

Dekat Uia jugak aku belajar kelas Mandarin dan Korean. Sanggup jalan jauh dari mahallah(kolej)  sampai ke AIKOL(Kulliyyah Law) lepas maghrib semata-mata nak belajar dua bahasa ni. Kalau sempat, naik bas shuttle Uia. Walaupun belajar basic tapi aku seronok pergi kelas ni dengan kawan aku yang best! Lepas tu, lepak dekat kafe HS dengan geng kleypot order roti canai gerai mamak sambil beli air buah seringgit kat gerai sebelah.  Tertubuhnya geng kleypot ni masa kelas parenting di Edu. Lepas saja habis kelas parenting, konfirm geng kleypot akan duduk HS cafe sambil borak-borak sebelum gerak pergi studio. Tapi sayang, geng kleypot tak berapa nak jadi bila dah naik third year dan final year. Kan Cik Chem?
Sempat snap gambar sebelum pergi kelas parenting.
Dekat bangunan HS. Abaikan pose kayu masa second year dalam gambar
Lagi benda yang aku tak boleh lupa dan selalu buat dalam Uia ialah menconteng dalam buku. Kalau dalam kelas orang lain sibuk catat benda-benda penting, aku pulak sibuk tulis kata-kata semangat macam Stay-focus. Bila aku cek balik buku nota aku yang lama-lama, banyak conteng dari menulis. Kalau aku tulis pun, satu-dua baris ayat jer.Macam-macam aku conteng masa lecturer ajar dekat depan.
Nota aku masa lecturer ajar. Pictures tell everthing.=)
Apa yang boleh aku kata, Uia memang sweet walaupun kadang-kadang bagi aku pening jugak. Biasalah pening-pening lalat. Walaupun sungai Uia tak cantik, tapi ia kenangan yang cantik bagi aku. hahaha (tak berkait)
Sungai Uia yang macam teh ais basi. Ditambah dengan kehadiran biawak-biawak hidup.


Depan CCAC. Pose tak berapa kayu masa konvo.
Nota tangan: 1001 cerita.Terima kasih kawan-kawan untuk segala memori.

Wednesday, December 7, 2011

Klise dalam drama ?

Stereotaip.
Sama.
Berulang-ulang macam Astro.
Tak kisahlah dalam mana-mana drama (korea, melayu, cina, pinoy, lakorn,latin, hindustan), mesti ada bahagian-bahagian ni. (Dialog di bawah tak ada kena-mengena dengan mana-mana gambar)

(1) Cemburu buta,pekak dan bisu:
Sambil memaut lengan heroin.
Si Hero: Awak, jangan salah faham dengan saya. Saya dengan dia tak ada apa-apa. Tadi kami bincang pasal kerja.

Heroin: Ah (sambil menepis tangan hero tersayang), saya nampak dengan mata kepala saya sendiri. Awak dengan dia bukan main mesra. Saya tak sangka awak buat saya macam ni.

Berlari meninggalkan hero tersayang sambil mengesat air mata.Termangu-mangu hero di depan restoran..........................................................

Perempuan kedua: Yesssss, aku berjaya!!! (Sambil senyum dengan lebarnya)

(2) Hero playboy, kaya, hensem dan kacak bergaya.

Datuk Mariah: Riz nak pergi mana tu?Kan baru balik dari London. Rehatlah dulu kat rumah. Lagipun, mommy ada hal nak cakap sikit. Riz, kenalkan dengan Jezzaline? Mommy dah ajak dia datang makan malam kat rumah kita. So, make yourself available tonight. Jangan lupa tu.

Mukhriz; Ok.. ( Jawab sambil lewa sebab nak jumpa kawan lama minum-minum dan berlalu pergi  dengan kereta sportnya...................)

(3) Heroin cantik tapi lembik.

Tunang hero: Kau perampas. Dasar orang kampung tak ada duit. Paaaaaaaaappppppppppp!! 
Heroin: (Menangis sambil memegang pipinya yang sakit) .

Tunang hero puas hati dapat tampar heroin. Heroin pulak jatuh terjelopok atas lantai.....................................

(4) Hero kedua selalu nampak kebaikan heroin. Tapi hero selalu buta dan dungu.

Hero kedua: Tak patut Riz buat macam ni pada awak. Kenapalah dia boleh percaya pada Jezzaline tu?
Heroin: Biarlah, nak buat macam mana. Dah nasib saya.................................(Kan dah kata watak dia lembik)

(5) Hero seorang bad boy.

Jahat macam mana pun, heroin tetap sayang. Eiiii, tak faham aku!


(6)Watak perempuan kedua yang psycho

Heroin psycho: Sampai mati pun aku takkan biarkan mereka hidup bahagia. Kalau aku tak dapat Riz, orang lain pun takkan dapat. (Sambil terjerit-jerit macam nak tersembul biji mata)
  
(7) Watak mak mertua jahat

Mak mertua: Sampai bila-bila pun aku takkan terima kau sebagai menantu aku dalam rumah ni.
Heroin:................................. (Mengesat air mata yang mengalir)

Nota tangan: Tengok jugak. hahahaha. Tapi tak tahan kalau baca novel macam ni. Rasa nak baling ke dinding. 



Monday, December 5, 2011

Cerita boleh tahan mengarut dalam dunia!!

Part 1;

 "Serius angah nak putus tunang ni? Bab putus tunang ni bukan main-main", kata abah selepas aku menyatakan hasrat aku untuk tidak meneruskan perhubungan ini. Umi pula datang menghampiriku sambil memegang erat tanganku. Lalu, aku menundukkan kepalaku perlahan-lahan.Tanda bersetuju.

Abah mengeluh panjang. Mati kata untuk terus berkata-kata. Kemudian, abah mengambil tempat di atas kerusi sofa," Habis, kenapa angah terima pinangan ni dulu? Intisar pula mati kata walaupun dia mempunyai alasan yang konkrit. Melihatkan keadaan yang terus sunyi, Intisar terus memberanikan diri untuk memberitahu alasannya.

"Abah, sebenarnya angah terima pinangan ni dulu sebab nak tolong kawan angah kahwin. Abah kenalkan kawan angah yang namanya Farah. Farah nak kahwin, tapi mak dia tak benarkan dia kahwin lagi. Katanya, kahwin masa belajar ni susah. Untuk tolong Farah, angah dan Syahid buat keputusan untuk bertunang. Konon-konon untuk menyakinkan mak farah supaya benarkan dia kahwin." kata Intisar dengan panjang lebarnya.

"Tapi apa kaitannya pertunangan angah ni dengan keputusan kahwin dari mak Farah? Abah masih tidak puas hati dengan alasan yang diberikan Intisar. Intisar beredar dari tempatnya berdiri untuk menghampiri abah.

" Abah, mak Farah akan terima Farah kahwin bila ada sesiapa yang terdekat dengannya boleh buktikan pada dia yang kahwin masa belajar ni takkan menggugat pelajaran sama sekali. Kelihatan muka abah berkerut-kerut untuk memahami apa yang direncanakan oleh anak perempuannya itu.

"Bila angah dah bertunang, mak Farah boleh tengok dan nilai kami yang bertunang ni sambil belajar. Dan bila dia tengok keputusan angah tak jejas langsung walaupun dah bertunang, dia mula terbuka hati sedikit semi sedikit', jelas Intisar lagi. Umi yang sedari tadi hanya pemerhati, terus mengeluarkan pendapat, "Dengan cara angah menipu bertunang ni? Angah sedar tak apa yang angah lakukan ni? Macam mana angah boleh samakan keadaan kahwin dengan bertunang ni untuk mak Farah menilai?" panjang kata-kata Umi.

Intisar faham dengan kekalutan umi dan abahnya. Lalu, dia menerangkan lagi, "Umi, selepas enam bulan angah dan Syahid bertunang, mak Farah dah bersetuju untuk kahwinkan Farah pada bulan depan. Katanya, dia percaya yang perkahwinan mereka takkan mengganggu study Farah. Ini disebabkan apa yang dilihatnya pada pertunangan angah dan Syahid. Dia mula yakin, sesuatu ikatan yang serius, kalau dibawa ke arah kebaikan, Insya Allah akan mendatangkan kebaikan juga." Intisar menghabiskan kata-katanya.

Abah mengeluh panjang. Begitu juga umi. Intisar yakin dia telah memberikan penjelasan yang jelas kepada kedua-dua mereka. Dalam keyakinannya itu, abah mula bersuara semula, " Kenapa angah buat semua ni? Kenapa tak berbincang dengan kami? Umi mengangguk- angguk tanda setuju pada persoalan abah.

Intisar sudah mengagak persoalan ini akan timbul. Dia sudah bersedia dari awal lagi." Abah, umi pada mulanya angah juga agak keberatan untuk terima cadangan dari Farah, tapi sebab dia beriya-iya nak berkahwin dan untuk mengelakkan perkara buruk berlaku, angah terima. Dan Syahid juga tahu tentang plan ni dari awal lagi. Kami cuma bertunang sehingga Farah berkahwin."

 "Angah tahu kalau angah beritahu awal-awal, abah dengan umi takkan setuju bulat-bulat. Jadi, terpaksa kami buat cara ni. Angah minta maaf sangat-sangat. Angah tahu angah buat silap, sebab itu angah nak putuskan pertunangan ni cepat-cepat." suara Intisar makin bergetar.

Lama ruang tamu menjadi sepi tanpa suara selepas Intisar menerangkan alasannya. Kemudian abah berkira-kira untuk bersuara, "Baiklah, kalau keputusan ni angah rasa betul, abah ikutkan. Cuma angah kena pastikan Syahid  boleh ceritakan hal sebenarnya juga pada keluarga dia. Abah tak mahu kita gaduh-gaduh." abah memberikan kata putusnya.

Intisar berasa lega mendengar kata abah, lalu dia segera mencium tangan abah dan uminya. "Terima kasih abah, umi. Nanti angah beritahu Syahid tentang perkara ni." Intisar beredar ke biliknya dengan perasaan lega.


Kah kah kah.. 

Nota tangan: Mimpi dipinang dan putus tunang.grrrrrrrrrrrr. 

Ini bukan video lawak


Aku suka dengar lagu Arwahyarham Tan Sri P.Ramlee. Lembut dan menusuk kalbu. Bait-bait lirik penuh makna. Aku rasa kalau nak tunjuk lagu Melayu macam mana pada orang luar, lagu P.Ramlee yang paling bagus dibuat rujukan. Bunyi 100% Melayu dengan muzik yang lembut dan lirik yang cukup puitis.

Kalau nak bandingkan dengan sekarang, jauh sangat beza. Sangatlah sikit lagu yang betul-betul best. Banyaknya lagu pasal aku cinta kau separuh mati,lagu putus cinta, kekasih curang, kekasih gelap dan macam-macamlah. Lirik pun bahasa pasar saja. Budak darjah empat pun boleh buat lirik lagu dan upload dekat youtube. Tapi yang ni lah jadi kegilaan ramai orang sekarang. Kenapa yek? Dalam kepala aku terfikir mungkin sebab zaman sekarang serba pantas. Orang dah mula naik lrt, pakai blackberry, tulis sms - semua ni kan laju. Dan tak ramai orang yang naik basikal atau pos surat. Sama jugak dengan lagu. Kena lajuuuu. Mana orang nak dengar lagu slow dan kena berfikir ni kan?

Nak dengar lagu melayu yang lain. heeeee


Nota tangan: Al-Fatihah untuk Tan Sri P.Ramlee - Di mana kan ku cari ganti.





Saturday, December 3, 2011

What is love?

Nota tangan: Lupa pada perkara yang tak nampak.

Sunday, November 27, 2011

Menarik tentang Shenzhen, China

Pak Cik pun suka naik basikal. Sihat!
Parking basikal di University of Shenzhen

Basikal banyak digunakan oleh penduduk tempatan. Tak kira nak pergi mana pun. Pergi kelas kat kampus pun dorang naik basikal. Tak ada yang sibuk nak bawak kereta dalam kampus. Basikal pun dah memadai. Aku suka environment ni.



Studio Architecture di Univercity of Shenzhen
Ini studio bagi student architecture. Macam ofis kan? Mesti dorang yang belajar dekat sini rasa macam pergi kerja hari-hari.

Window of the World, (WOW, Shenzhen)
Replika bangunan menarik dari seluruh dunia pun ada dekat Shenzhen. Tapi sayang, kami tak sempat pergi. Ambil gambar dari dalam bas jelah.

Mesin pinjaman buku
Salah satu cara untuk menarik minat orang ramai baca buku. Letak mesin pinjam buku kat luar library. Cool idea kan?
Library of Shenzhen
Hebatkan design dia?Futuristik habis. Kalau nak tahu, banyak design bangunan yang pelik dan unik ada si Shenzhen. Mungkin sebab dorang tak ada had dalam design.

Civic Hall / Civic Centre of Shenzhen
Satu lagi design yang futuristik di Shenzhen. Civic Centre pun menarik kan?


Di kiri kanan jalan raya, kita akan nampak banyak rumah pangsa/ apartment/ kondo di Shenzhen. Kebanyakan rumah ni adalah public housing di Shenzhen.

Urban Planning, Land and Resources Commission of Shenzhen Municipality
Taklimat ringkas tentang Shenzhen.
Gambaran 3D planning di Shenzhen pada masa depan. Nice.
Kagum tengok cara mereka nak bangunkan dan majukan Shenzhen. From zero to hero. Dari kampung nelayan yang tak ada apa-apa kepada sesuatu yang baru.


Kalau dekat Malaysia, kiri kanan cuma ada bunga tapi di Song Shan Lake, ada bola besar sebagai hiasan. Cool stuff! Menarik.
Productivity Building di Song Shan Lake. Ini sebenarnya high tech incubator.
Elemen nature di Song Shan Lake.
Song Shan lake ni merupakan High Tech park. Dibangunkan sebagai bandar baru industri. Masa sampai sini, banyak lagi yang tak siap. Masih dalam pembinaan.

Vanke
China Vanke di Da Mei Sha. Ini adalah real estate developer terbesar China dan merupakan mix used building (Apartment, hotel dan ofis). Design bangunan ni berdasarkan character dalam bahasa China. Sangat green building!
Bangunan ni mengurangkan penggunaan air-cond. Dibina tinggi untuk membenarkan angin melalui kawasan lapang dan menyejukkan bangunan. Juga untuk mewujudkan lebih banyak kawasan teduh untuk public.
Banyak guna buluh tempatan untuk hiasan dalaman.
Tingkap dengan jalur hiasan yang automatik. Untuk pencahayaan dan blocking glare. Lebih kurang macam bidailah.
Lantai pejalan kaki yang sangat environmental friendly. Menyerap air hujan untuk greywater system (untuk kegunaan menyejukkan bangunan).

Masa untuk shopping di Dong Meng.

Buah Berangan Dong Meng.
Tempat shopping di Dong Meng

Glemer sekejap masuk blog.heeee


Dong Meng ialah syurga beli-belah bagi orang perempuan. Serius harga barang sangat murah. macam-macam ada. Dari barang elektronik sampailah pakaian. Kita boleh tawar-menawar dengan penjual Cina. Masalahnya, mereka ni tak faham english, nasib ada kalkulator yang jadi perantara. Dia akan tunjuk harga pada kalkulator, kita letak pulak harga yang kita nak. Macam tulah urusniaga di sana.

Beli- belah di Shenzhen ni seronok sebab kita boleh dapat pada harga yang kita nak. Tipsnya, masa awal tawar-menawar tu memang dah letak harga yang paling rendah (Agak-agaklah letak harga rendah). Bila si penjual tak nak bagi, kita pun buat olok-olok pergi dari situ. Dalam 2-3 minit, konfirm mereka akan panggil semula kita dan setuju dengan harga kita. Bagi mereka, kalau ada pembeli masuk kedai, tapi tak beli barang macam bad luck/ bawak bala.

Cuma kena berhati-hati bila beli-belah di Dong Meng. Menurut pemandu pelancong kami, ada sesetengah penjual tipu pelancong dengan wang kertas palsu. Bila dia nak bagi duit baki, mereka akan bagi yang palsu. Kawan aku hampir nak kena tipu, tapi nasib baik kami dah tahu taktik macam mana nak kenal duit betul Yuan. Jadi, kami mintak tukar balik duit baki. Mula-mula dia tak nak bagi, tapi kami ugut nak report polis. Sebab takut bila dengar perkataan polis, jurujual tu pun bagi balik duit yang betul. Mereka ni memang fobia dengar perkataan polis atau undang-undang. Yelah, China kan memang terkenal dengan undang-undang yang dahsyat.

Lagi satu kes popular ialah pukau pembeli di Dong Meng. Ini berlaku bila pembeli tak sedar yang dia dipukau dan berikan duit kepada penjual. Bila sedar, tak ingat apa yang berlaku. Aku rasa kes-kes menipu pelancong ni berlaku sebab tekanan hidup yang tinggi di China. Kebanyakan rakyat mereka memang hidup untuk survive. Bukan untuk jadi kaya. Asal cukup makan, pakai, semua itu dah memadai bagi mereka. Sebab tu, kita nampak sesetengah dari mereka ni garang, tak berperi-kemanusiaan, susah nak senyum dan sombong. Mungkin juga kurangnya ilmu agama dan pengetahuan am/ sivik. Lagi satu, dasar komunis yang diamalkan selama ni memberi kesan dalam hidup mereka.

Sayangnya Shenzhen, China ni tak berapa mesra pelancong dan susah nak berkomunikasi. Masalah besarnya, mereka tak tahu langsung berbahasa Inggeris. Perkataan senang macam iron, restaurant, shop pun mereka tak tahu. Susah nak bercakap walaupun dengan staff hotel. Satu hal lagi, mereka pelik dengan pemakaian tudung. Yang mereka tahu, orang pakai tudung ni dari Pakistan dan tak ada idea langsung Malaysia tu negara mana dalam dunia. Kami secara ringkasnya kaitkan Malaysia dengan Lee Chong Wei. Sekejap saja terus mereka kenal. Hebat betul penangan Lee Chong Wei.

Kalau ada rezeki, aku tak kisah nak pergi lagi Shenzhen sebab semuanya murah dan aku suka cuaca Shenzhen yang redup dan nyaman.

Nota tangan: Sekejap saja setahun yang lalu. Wǒ xiǎng nǐ, peng you!