Saturday, December 10, 2011

Minat atau obses?

Sana-sini orang minat artis korea, dan sana- sini jugak orang benci artis korea. Jadi,gigihlah si peminat tegar korea mempertahankan artis kesayangan dorang dari kena kutuk dengan haters kpop ni. Kenapa sampai macam ni? Faham tak konsep rambut sama hitam, hati lain-lain. Setiap orang ada fikiran yang berbeza. Masing-masing ada kesukaan dan kegemaran sendiri. Apa yang aku minat, tak semestinya kau minat. Sama jugak macam apa yang kau minat, tak semestinya aku minat. Faham tak? Tak faham lagi? Meh sini aku bagi contoh: ramai orang minat Aaron Aziz sebab dia hensem, pandai berlakon. Tapi aku tak minat pun. Aku rasa dia kayu masa berlakon. hahaha. Lain orang, lain pendapat kan?

Jadi kenapa die hard fan (kipas susah mati) cepat nak melatah? Buat bodoh lebih baik dari jadi bodoh. Kalau kita pekakkan telinga, buat tak tahu tak adalah sampai bergaduh. Aku peminat cerita/lagu korea dan ramai je kawan aku yang tak minat korea ni. Kata dorang, hero korea macam gay, tak macho, jalan cerita tipikal dan macam-macamlah. Tak ada pulak aku rasa nak pergi bunuh dorang. Itukan pendapat masing-masing.

Tapi masalah sekarang, bila dah terlalu obses dengan sesuatu benda sampai tak boleh terima pendapat orang lain. Asyik nampak semua betul saja. Cuba letak diri kita jadi haters. Contohnya, aku tak minat sinetron Indonesia. Jadi aku kutuk sinetron ni pada kawan aku yang minat sinetron. Aku cakap aku tak suka sangatttt cerita beratus episod, pelakon jahat suka buat mata terbeliak dan gambar yang suka zoom in and zoom out. Perasaan dia sama macam orang yang kutuk kpop ni jugak. Dorang beritahu sebab kenapa dorang tak minat korea. Itu saja.

Kita nak minat boleh tapi perlu berpada-pada. Cuma jangan obses melampau-lampau. Apa yang kita nampak dalam kotak tv tu memanglah semuanya sempurna. Hero jahat boleh jadi baik. Heroin miskin boleh jadi cinderella dan macam-macam lagi.Tapi semua ni fantasi. FANTASI. (Ingatan diri sendiri) Dan idol yang kita puja ni takkan datang melutut menagih cinta macam dalam drama. Jadi jangan berangan nak cari bf artis korea.hahaha.

Nota tangan: Dua sen dari aku. No offense.

7 sen?!:

Azza Azman said... Reply Comment

Saya tak rasa semua ni sebab K-Pop..saya rasa akhlak mereka sudah runtuh..dan K-Pop menjadi pencetus kepada mereka utk menunjukkan siapa anak2 kita sekarang..

mielajasmin said... Reply Comment

macam2 dunia skrg.

Sha. N. said... Reply Comment

@Azza Azman

Betul, aku sokong. Bukan sebab kpop ke, justin bieber ke, ini semua masalah sosial, soal akhlak budak sekarang. hishhh

Sha. N. said... Reply Comment

@mielajasmin
Itulah... macam-macam.

Juliet_iRa~" said... Reply Comment

minat je..xobses..heee;p

محمد رازيق said... Reply Comment

rasenye pokok pangkal diri sendiri.. boleh nak tgk, tapi jgn obses.. nice entry sha. N :)

soooooour said... Reply Comment

say no to kafir korea....