Bahasa Malaysia = Tahap expert. Aku tak boleh tahan kalau ada orang guna BM macam google translate. Tolonglah. Aku ada baca satu majalah BM pasal entertainment Korea, tapi Masyaallah, BM macam google translate. Tergelak aku baca. Baik bagi budak darjah satu buat karangan. Kalau susah nak cari editor BM untuk majalah, ehem ehem aku boleh jadi editor dengan kelayakan A1 SPM. *Bangga*
English? I can speak and write english way better than most of Korean artist.hahaha. Ini statement nak dapat lempang dari artis sana. Qualification ?? Ehem ehem A1 SPM. But frankly speaking grammar aku pun kadang-kadang atau most of the time lintang pukang. Belajar dari sekolah rendah sampai masuk U pun tak boleh nak expert. Maklumlah tulis ikut sedap hati dan mulut je kan?! kalau rasa bunyi macam sedap, aku rasa betullah tu grammar dia. Padahal banyak hukum-hakam grammar yang aku dah lupa. Maaf cikgu, saya terlupa apa yang cikgu ajar dulu.
Bahasa Arab? Tahap beginner. Ralat sangat sebab aku belajar masa dekat matrik je. Dah banyak benda lupa. Setakat Ana, Anta, Anti boleh lagilah. Sayang kan?
Bahasa Mandarin?Juga tahap beginner. Cuma boleh cakap tapi tak boleh tulis dan baca. Itu pun percakapan biasa-biasa. Contoh: Ni hao ma? Wo hen hao. Ni chiao shen ma mingxi? Ni chong na li lai? Dan sebagainya. Isyh, kan bagus kalau zaman aku sekolah dulu wajib belajar mandarin. Kan satu Malaysia. Patut semua rakyat belajar tiap-tiap bahasa yang ada di Malaysia. Kalau orang Cina boleh belajar BM, takkan orang melayu tak boleh belajar Mandarin kan? Mesti senang nak tahu orang cina mengumpat kita lebih-lebih lagi bila pergi shopping. Aku cakap nih sebab dah terkena dekat batang hidung sendiri. Promoter cina boleh mengumpat dengan "rakan sejawatannnya" pasal aku. Kata diorang, kalau orang macam aku masuk kedai akan tengok saja barang, tapi takkan beli. Hellooooo, dia ingat aku tak ada duit agaknya. Aku survey dululaaaah. Aku pengguna yang berhemah bukan berhelmet! Kalau pakai helmet, dah lama aku cepuk kepala amoi tersebut.
Korean? Aku baru belajar. Dah kenal huruf tapi masih merangkak-rangkak mengeja dan membaca. Vocab pun masih kurang. Setakat yang senang-senang bolehlah.
Motif tulis benda nih?
Saja nak bagitau seluruh dunia yang aku tahu banyak bahasa walaupun tak pandai.hahahaha
Nota tangan: Guna google translate pun lagi senang walaupun tak faham benda yang ditranslate.