Wednesday, September 26, 2012

4 TAHAP MENDIDIK ANAK MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH SAW.

PERTAMA:
Umur 1-7 tahun. Pada masa ini, Rasulullah SAW menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak berbatas. Biarkan anak-anak bermandik
an kasih sayang pada tahap ini.

KEDUA
Umur 7-14 tahun. Pada masa ini Rasulullah SAW menyuruh kita untuk mula menanamkan DISIPLIN kepada anak-anak dengan mengajar dan menyuruh mereka untuk mengerjakan solat. Bahkan apabila umurnya sudah sepuluh tahun, seorang ayah boleh memukul anaknya jika enggan mengerjakan solat.

Rasulullah SAW bersabda. "Perintahkanlah anak-anak kamu untuk sembahyang pada usia tujuh tahun; dan pukullah mereka kerana meninggalkannya pada usia sepuluh tahun; dan pisahkanlah di antara mereka (anak-anak kamu) di dalam tempat tidur." - Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Berdasarkan pakar-pakar jiwa anak, sememangnya pada umur 7-14 tahun ini masa terbaik untuk menanamkan disiplin dan pembentukan sahsiah seorang anak. Pada fasa inilah seorang ayah akan menjadikan anak itu seorang muslim atau Yahudi, Nasrani dan Majusi seperti yang dikatakan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya bahawa setiap anak yang lahir dalam keadaan suci. Maka, ayah dan ibulah yang akan mencorakkannya.

KETIGA
Umur 14-21 tahun. Pada masa ini orang tua sudah MENUKAR penanaman disiplin dengan cara yang agak KERAS kepada yang RASIONAL. Orang tua sudah semestinya mendidik anak dengan cara menjadikannya sahabat dalam berdiskusi, mengajaknya ikut dalam membincangkan masalah keluarga dan diberikan satu-satu tanggungjawab dalam hal-hal tertentu di rumah. Hal ini penting agar anak berasa dirinya punyai tanggungjawab mengambil berat hal-hal dalam keluarga.

KEEMPAT
Umur lebih 21 tahun. Pada masa ini, orang tua sudah boleh melepaskan anaknya untuk belajar menempuh hidup akan tetapi tetap melihat perkembangannya dan memberikan nasihat serta peringatan-peringatan apabila anak tersalah atau terlupa.

Dalam kehidupan kita sebagai orang Islam, kadang-kadang pendidikan yang diajar oleh Rasulullah SAW itu tidak benar-benar diamalkan, bahkan ramai yang tidak mengamalkannya sama sekali.

Ada orang tua yang terlalu memanjakan anak sehingga umur 14 tahun dan baru mula mengajar dan menyuruhnya solat pada usia mereka 15 tahun sehingga mereka bukan sahaja enggan melakukannya malah marah kepada ibu bapanya. Jika kewajipan yg tertinggi (iaitu solat) yang telah diperintahkan ALLAH SWT Yang Maha Agung diabaikan apatah lagi dengan perintah dan suruhan orang lain termasuk ibu bapanya.

Kesimpulannya, masalah disiplin dan jenayah remaja dan pelajar muslim berkemungkinan terjadi kerana rapuhnya pendidikan iman dan cara didikan yang salah. Sebahagian ibu bapa menafikan hal ini kerana mereka tidak sedar kekerasan dan cara pendidikan yang mereka terapkan kepada anak-anak adalah secara membuta tuli tanpa melihat perkembangan umur anak-anak sehingga anak terasa dizalimi dan seterunya membesar dengan perasaan marah dan dendam kepada ibu bapa.

Sekiranya sebelum ini anda leka....Ianya masih BELUM TERLAMBAT...ajarlah dan ajaklah anak-anak anda untuk SOLAT....kerana ianya kunci bagi segala-galanya permasalah didunia ini...

Sabda Rasulullah SAW : “Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mengerjakannya maka ia menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya ia meruntuhkan agamanya.” - Hadis riwayat Al-Bahari dan Muslim

Dari Abdullah r.a., sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Ditegakkan Islam atas lima perkara: pengakuan syahadah iaitu tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan ALLAH, pengakuan bahawa Nabi Muhammad itu Rasulullah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan fardhu haji dan berpuasa di bulan Ramadhan.” - Hadis Riwayat Muslim

Diadapatasi semula oleh RP.
https://www.facebook.com/rahsiaperkahwinan



Nota hati : Sedih bila ibu bapa tak ambil peduli pasal anak-anak..

Monday, September 17, 2012

Kenapa ek dalam drama melayu...

.....nak menunjukkan hero tu hensem, kaya dan ala-ala eligible bachelor mesti kerja pilot, tak pun pengarah syarikat.  Doktor,cikgu, pensyarah tak kaya ke?

Pilot tu cool meh..
Spoiled brat
.... Heroin perempuan kampung. Perempuan kampung yang baik, pandai masak,boleh urus rumah tangga tapi tak educated. What the heck? Perempuan kampung tak boleh belajar tinggi sampai pergi oversea ke?

Saya adalah calon yang sesuai untuk  jadi isteri awak. *hihihi*
.....Perempuan jahat mesti orang bandar, pergi clubbing, menyeksi 24 jam, make up sekati tebal. Tapi educated, belajar oversea. Hohh? What the what the...
I'm hot and sexy... you know!
....Minah kepoh yang bawak mulut 24 jam. Mengumpat je kerjanya, apa masalah dia entah yang sibuk sangat jaga tepi kain orang. 
Geng gossip.
....Kalau watak tu budak sekolah atau muda, gigih jugak pilih pelakon yang berusia jadi watak muda. Aishh, my brain cannot function well.
Dah tua-tua macam ni pun, nak suruh jadi budak sekolah ke?grrrr
....Kahwin paksa. Belambak sangat cerita tema macam ni sekarang. Boring. Stress aku tengok.

I lock you for the rest of my life.
....Watak perempuan kalau nak tidur, sekati makeup kat muka dah macam opera cina, rambut siap wavy lagi. *Untuk semua drama asia* Tepek bedak nipis-nipis sudah la.Nak tidur pun cantik lagi. pfftt. Fail untuk crew makeup dorang ni.
Saya kena maintain cun walaupun tidur!

Nota hati: Dah tak terfikir dah, kalau ada lagi aku akan tambah.

Sunday, September 9, 2012

Quote men'quote'




Jangan sedih-sedih.

Allah sentiasa ada untuk makhluk ciptaan-NYA



Saturday, September 8, 2012

Bayar PTPTN melalui online

Bagi yang dah habis belajar, mesti sesakkan fikir nak bayar balik hutang ptptn tu. Yelah, nak kena pergi bank isi borang itu ini. Tapi sekarang dah ada cara mudah dan senang tak payah keluar pun. Cuma perlu klik je butang yang berkenaan.

Mula- mula google PTPTN ->  laman web rasmi -> E-Pinjaman -> isi no.IC -> penyata kira-kira pinjaman konvensional -> isi no.IC dan no. Pinjaman (ni kena Call Hotline PTPTN untuk tahu no. pinjaman kita -  03 2080 4455) ->Isi amount bayaran pada kotak  -> Lastly just follow the instruction given.

Senang kan? Nak bayar berapa pun ikut suka hati.

Tapi kena ada Maybank2u atau CIMB click atau apa-apa MEPS yang boleh bayar online la.
Nama pun bayar online kan? Kena la ada kad-kad macam ni.

Nota hati: Selamat membayar hutang. Kalau kita dah berhutang, pandai-pandailah bayar semula yek kawan-kawan.