Saturday, April 11, 2009

Sengguk-sengguk, teleng-teleng..

Jumaat yang indah..
Aku pulang ke rumah. Ada lebih kurang seminggu lagi untuk kertas terakhir. Jadi, aku mengambil kesempatan ini untuk pulang dulu, mengumpul segala tenaga dan semangat...hehhehe..

Tiket aku pukul 9 malam sebabnya tiket petang semuanya dah habis. Dan keadaan di luar sana, hujan lebat. Jadi, disebabkan aku mempunyai masa yang panjang lagi dan keadaan di luar hujan serta ditambah perasaan malas mahu berjalan ke tempat lain, aku merewang-rewang di dalam pudu, mencari kedai yang best untuk disinggah. Dan, sesungguhnya aku terjumpa kedai buku. Tak sangka juga ye, dalam pudu pun ada kedai buku. Dan faham-faham sajalah kalau dah masuk, mesti ada buah tangan yang akan dibeli. Huishhh.Walaupun sebenarnya, sekarang aku tengah kering!

Maka terbelilah aku sebuah novel baru kerana kasihankan buku itu dan perasaan membuak-buakku yang tak dapat dibendung. Sudah ku pujuk hati ini supaya sabar agar dapat ku tumpukan saja pembelian buku di pesta buku nanti, namun tidak berhasil jua. Makin meronta-ronta adalah. Sehingga sebuah novel berjaya juga jatuh ke tangan ini. *hahaha-ayat sentimentaL*

Kemudian aku ke hentian pekeliling dan menunggu bas di sana. Tepat pukul 9 malam, bas bergerak. Disebabkan kerusi aku adalah di bahagian belakang sekali, maka aku tidak dapat meneruskan kebiasaanku ketika pulang ke rumah dengan jayanya iaitu perkara paling faveret TIDUR. Sebabnya, tidur aku tidak lagi tertumpu pada telengan ke kiri atau ke kanan sahaja tetapi juga seluruh badanku turut menari melompat-lompat mengikut rentak pergerakan bas. Ditambah lagi, di kanan aku seorang cina tomboy dan di kiri aku seorg lelaki melayu yang boleh dikira kiut(kiut kot... ha ha)jadi terpaksalah aku mengawal pergerakan kepala aku ketika tidur agar tidak jatuh di bahu si tomboy atau si kiut. Kesimpulannya, aku boleh kira dengan jari berapa kali aku betul-betul melelapkan mata. (2 kali mungkin). Dan selebihnya aku memejamkan mata buat-buat tidur dan mengelamun sendiri dalam bas sambil memerhati seluruh isi bas dari belakang. Kelakar bila tengok orang tersengguk-sengguk kiri kanan sampai terlebih dari tepi kerusi mereka dan tertunduk-tunduk kepala sehingga kalau boleh leher dan dagu dapat disatukan. (hehehe).Aku siap boleh tersenyum lagi dalam kegelapan malam tu. Kalau ada orang perasan, mesti disangkanya aku ini kurang siuman. Nasib baiklah, aku duduk belakang.

Padahal perkara yang tak boleh dikawal itulah selalu berlaku pada diriku.Sama ada di kelas atau dalam bas. Kalau tertidur tu, kepala nak terteleng ke kanan, kiri atau tertunduk pun dah tak perasan. Hanya orang yang memerhati je akan gelak sendiri. Dan akulah salah seorang manusia yang selalu tidur macam tu dan gelakkan orang lain bila mereka tidur macam tu juga. Mungkin orang lain pun juga begitu. Ini bermaksud, kita sama-sama gelakkan diri masing-masing. Nak buat macam mana, nama pun dah tidur, minda dan fikiran pun tidur sekali.Tak sedar gaya tidur pun.Sama ada tidurnya dengan kepala statikkah? tersenggukkah?Jatuh di bahu si kiutkah? atau terlena di bahu si tomboy?heeheh

Nota tangan: Selamat melelapkan mata dengan lena tanpa kelenguhan di tengkuk atau leher akibat telengan dan senggukkan.

Tuesday, April 7, 2009

Layout...Erm, Nope??!!

Masih dalam pembikinan..Masih mencari layout yang sesuai..

Nota tangan; Internet melambatkan kerjaku menukar layout ini.

Monday, April 6, 2009

Tiada Tajuk..

Kita adalah apa yang kita tulis.
Kita adalah apa yang kita baca.
Kita adalah apa yang kita lihat.
Kita adalah apa yang kita lakukan.
Kita adalah apa yang kita katakan.
Dan kita adalah kita.
Yang menuju ke arah kesempurnaan dari ketidak sempurnaan
dan
Yang selalu alpa terhadap kasih-sayangNYA

Nota tangan; Aku lagi sibuk sekarang dengan exam. Jadi inilah hasil aku semasa menelaah buku..Sama pening seperti mana aku pening sekarang. Mahu explain tapi, nantilah..Semoga berjaya.Ameen..

Sunday, April 5, 2009

Selingan yang sengal

Cuma mahu mengambil beberapa minit saja.

Aku mahu meluahkan kata.
Aku bosan.
Malas nak buat report ini.

Nota tangan; Ada sesiapa yang nak tolong? Bosan + Penat nak analisis dan buat report. Aku nak baca traffic.

Saturday, April 4, 2009

Satu, Dua, Tiga,...Bertukar..

Aku nak tukar latar belakang blog ni tapi aku malas. Malas yang teramat sangat sebab kena pilih yang baru dan setting segalanya semula. Mungkin apabila aku ada mood nanti, aku akan tukar juga. Tunggulah. Sekarang yang penting, biar isinya dulu.

Nota tangan; Mahu menulis apa saja yang aku rasakan.

Friday, April 3, 2009

Psychology ''Kehidupan Itu''

Aku tak suka kehidupan itu. Kitarannya, sekitarnya dan sekelilingnya serta benda alah itu.

Benda alah ini hanya digunakan sebagai alat untuk menembak dan mengenakan orang sehingga tak boleh nak berkata apa-apa. Tempat untuk mencari kesalahan dan nak provoke masing-masing. Aku selalu terfikir, selepas berjaya mengorek cerita (menpsycho), apa yang boleh dilakukan? Marah orang yang berkenaan? Menggagalkan orang berkenaan dengan sebab musabab yang tak diketahui? Menembak pula orang berkenaan dengan machine gun sehingga tak boleh defense diri sendiri ketika diprovoke atau membuat senarai hitam yang takkan jadi putih selama-lamanya?

Jadi? Dimana rasionalya? Adakah keputusan yang diambil berdasarkan rasional pemikiran? Permainan emosi? Sandiwara?Dan Kalau kita berterus terang pun adakah membantu?Tetapi,

Membantu siapa? Diri sendiri? Orang lain? atau orang itu? Banyak soalan yang takkan terjawab dan aku hanya boleh bersabar dan menghadapi kehidupan aku dengan cara sendiri. Tanpa mengganggu dan menyakiti orang lain.

Nota tangan; Tutup sajalah buku ini dan bakar terus menjadi habuk hitam dan bertebangan ditiup angin. Malas dah nak fikir.Bukan boleh buat duit pun!

Do Re Mi Fa So La Ti Do...

Sementara aku sangat rajin nak tulis, baik aku mengarang lagi. Mengarang untuk kepuasan hati. Mengekspreskan diri sendiri. Meluahkan pendapat. Menyejukkan hati dan segalanyalah.

Dan dalam kepala aku sekarang sangat berlegar-legar dan berpusing-pusing macam kipas terbang. Mahu terbanggg.... Mahu itu, mahu ini dan macam-macam tapi final exam dah dekat, poket kosong, tak ulangkaji lagi, tak itu tak ini...Haishhh..

Utamakan apa yang perlu diutamakan.

Nota tangan; Mahu emosi yang stabil selalu dan bergumbira. Tidak stress yang tahap melampau dan tidak sedih yang makan hati. Lalalalallalallallalalala

Terima kasih, Thank You, Kamsahamida,Syukran

Kadang-kadang kita lupa untuk ucapkan terima kasih. Walaupun sekecil zarah bantuan yang diterima, ia tetap bantuan.Hanya ucapan terima kasih yang dapat diberi tanda penghargaan.Tapi, ya mungkin kita terlupa dan tak perasan perkara sekecil ini. Aku pun kadang-kadang macam tu. Tak ingat nak mengungkapkannya.

Dan selepas tu, mesti aku akan berfikir aku dah ucap terima kasih ke belum?? Ataupun aku tak ingat dan lupa terus..hehhe.. Sememangnya dan sebenarnya, ucapan terima kasih ni dapat melembutkan hati dan minda psykologi kepada orang yang menolong. Sekurang-kurangnya kita menghargai dan menerima bantuan dia walaupun dia tak membantu langsung tapi,sebab paling takpun dia cuba untuk menolong.

Nota tangan; Terima kasih untuk semua dan terimalah kasihku ini buat kasih-kasih dan terima terima. Sekian, terima kasih.

Thursday, April 2, 2009

Kegilaan....oh, bahgianya..

Aku gila mahu tengok, baca, beli dan segala yang sewaktu dengannya waktu ini;

1. Cerita korea
2. Prison Break dari season 1 semula sampai season 4
3. Oh, my Kim Rae Won
4. Dari Mata Arisa sebab terpengaruh dengan Atul(nak habiskan cepat-cepat)
5. Buku novel yang baru
6. Kiosk Ameenah ada macam-macam makanan ringan.(senang aku nak makan waktu kemalasan membaca buku)
7. Soalan exam senang dan menyenangkan.
8. Cepat-cepatlah habis exam.
9. Goyang kaki duduk rehat dengan penuh bergaya .(ha ha)
10. Mendownload cerita yang best-best (tapi internet ni sangat lembap lah!)
11. Makan, tidur dengan perasaan ini hari-hari..(Ermmmm)
12. Duit berkepok-kepok jatuh dari langit(hish..Tak logik)
13. Duit aku takkan habis..(Malas nak suruh abah masukkn duit)
14. Membeli belah secara pukal untuk barang yang murah. (Tapi sekarang kekeringan)
15.Dan mahu cepat cuti dan terbang dari sini ke rumah.(Superman, tolong!!)

Nota tangan; Sila abaikan beberapa kegilaaan penulis yang melampau dan tak masuk dek akal!ha ha ha

Wednesday, April 1, 2009

21 kamu, 25 aku..

Aku...
Siapa aku.. bukan kamu...bukan juga dia, mereka,
apatah lagi siapa-siapa..

Ya.. aku...
Akulah pemilik blog ini..

Siapa aku dari kamu.
1. Seorang perempuan yang average.
"Ko ni tipikal perempuan", Nina says.
2. "Sha ni suka jalan-jalan kan? Tiap-tiap minggu keluar",- My kakak-kakak roomate.
3. First impression, seorang yang pendiam dan lurus,- Mira- (seperti biasa)
4. Complicated. Juga Nina yang berkata-kata. Sebabnya, dia suka mengatakan yang aku berfikir lama untuk membuat keputusan.Suka ending yang sedih-sedih. Suka buat cerita tragis. Suka berlakon watak dengan berlebih-lebihan(mengada-ngada)
5. Suka berangan-angan dan duduk termenung sampai boleh tembus dinding- Jimi, Nina, Rihdwan, Salimah dan ramai lagi masa zaman sekolah.
6. "Konon baik, bila dah kenal baru tahu kepala jahat dan gengster"- Teah,Na,Izzah, Zaira,Nou (Geng Kerusi Belakang)
7. Berfikiran Matang- Salimah
8. Degil- abah
9. "Sha ni sengal la"-Ayumi
10. "Sha,sha,sha",- Qilah
11. "Ko ni hard core gak ek"- Pejo
12. Suka memerhati.- Kak Nad, Nina
13. Suka fikir benda yang jauh ke depan- Nina.
14. Suka buat bising dan banyak cakap-kakak dan adik aku
15. "Ko ni psycho lah"- Im
16. Kuat tidur dan tengok tv,-umi
17. Kadang-kadang tak tahu malu- Liza
18. Gila-gila-Farhana
19. Baik- Diba
20. Antara peduli dan tak peduli-Umi
21. Lembut- Err, aku tak ingat siapa gerangan yang melontarkan sifat ini kepadaku

heheheh...Banyak lagi tapi aku dah tak boleh nak berfikir.

Siapa aku dari aku.
1. Seorang perempuan yang biasa-biasa. Suka tengok cerita korea, Suka sangat dengan Kim rae Won, Wentworth Miller, dan Arjun Rampal. Kalau melayu, Aaron Aziz...(Am I really a typical girl?)
2.Memang. Aku suka berjalan-jalan dan keluar beli belah. Tapi aku juga seorang yang suka menghabiskan masa di rumah atau bilik juga.
3. Sebenarnya, peramah. Aku tak boleh jadi seorng yang pendiam.
4. Complicated?? Erm, mungkin aku memang mengambil masa dalam buat keputusan bak kata Qila juga, tapi aku tak lah serumit mana. Simple dan kadang-kadang messy. Aku suka kelihatan sebegitu..(ahaks)..
5. Suka berfikir sesuatu sambil memandang tajam pada satu arah. Itu yang kadang-kadang orang salah faham kata aku berangan. Dan mungkin ada satu, dua masa yang betul aku berangan..(hahahha)
6. Nak buat macam mana, ekspresi wajah aku nampak baik.. Aku bukan hipokrit nak tunjuk muka perempuan ala-ala ayu dan manja...(eiiii).. dan memang aku suka senyum. Aku akui, aku memang nakal,tapi sebab orang nmpak aku baik, hilanglah kenakalan aku..(hehhe)..
7. Aku rasa, aku tak lah berfikiran matang sangat. Mungkin disebabkan aku memerhati sekeliling, pemikiran aku nampak matang disebabkan pengamatan aku dan rasional. Banyak juga yang aku rasa aku fikir separa matang.
8. Memang degil. Aku suka ikut cara aku. Suka berkeras. Tapi bukan semua pun aku boleh ikut kepala sendiri..
9. Aku boleh jadi seorang yang sangat 'mengong-mengong'.
10. Aku suka bila Qila kata "Sha,Sha,Sha..." Dan aku memang aku...Sha, Sha, Sha... always aku..
11. Aku senang nak menangis. Senang sangat nak mengeluarkan air mata. Tapi aku tak suka tunjuk depan orang melainkan dah tak boleh nak tipu dan sorok lagi.
12. Yang ni, aku baru perasan aku ada tabiat memerhati walaupun sebenarnya aku tak tahu pun yang aku ni Pemerhati(dulu)
13. Kadang-kadang aku suka fikir benda yang kedepan. Contoh natijah dan keadaan akan datang.
14. Aku suka kacau adik dengan kakak aku. Kadang-kadang umi aku pun. Saja. Kalau diorang tengah study lagilah aku suka kacau dengan tak ada tujuan.
15. Entah.. Mungkin kot, aku kadang-kadang suka buat orang rasa terpsycho..(Hahah)..
16. Memang aku tv maniac.. Sebab tu, aku suka menghabiskan masa di rumah dengan menonton tv dan zzzzz...
17. Kalau datang waktu otak tengah tak betul memang aku boleh jadi tak tahu malu.. Tapi aku rasa aku seorang yang pemalu jugak tapi bukan yang agak -agak dan sangat pemalu.
18. Memang seorang yang gila-gila. Tak suka yang skema-skema. Suka buat peraturan sendiri.(ikut suka diri sendiri)
19. Baik...Erm, baik la jugak..(angkat bakul sendiri)
20. Aku memang seorang yang peduli dan tak peduli. Jenis yang tak kisah dan sangat last minute.
21. Lembut... Sikit kot, aku tak suka marah orang depan orang lain dan tak suka menjerit bila nak marah.
22. Suka memendam rasa. Kadang-kadang tak suka kongsi masalah dengan orang lain sebab sangat mengambil masa untuk mempercayai orang itu menyimpan rahsia.
23. Suka dengar masalah orang lain.(pendengar yang baik)..Chewahh
24. Suka mengeluarkan pendapat sendiri dan tak kisah kalau orang lain tak mahu terima.
25. Seorang yang cool dan sempoi(perasan)

Nota tangan: Macam balas dendam jer enti ni.. Panjang berjela..untuk yang membaca terima kasih sebab bersabar dengan karangan yang panjang lebar ini.hehe