Thursday, August 6, 2009

Hati Berbunga-bunga..

Dua tiga hari nih, aku rasa sangat beremosi.Mahu sangat pulang rumah. Aku call abah, tapi asyik masuk voice mail je.Tapi semalam, abah ada call, lega rasa hati. Gembira tak terkata. Aku nekad, walaupun apa-apa yang berlaku, aku TETAP balik rumah minggu depan. Aku berdoa sangat-sangat yang minggu depan memang tak ada apa-apa. Aku tak boleh bayangkan, aku tak jadi balik minggu depan. Yang aku tahu, memang aku nak balik. Bukan aku stress, tapi memang aku nak balik. Kau pernah rasa perasaan macam ni? Perasaan ni aku tak tahu macam mana nak ceritakan dalam blog ni. Dia bukan sedih, atau stress tapi memang perasaan nak balik. Rindu kot. Dari minggu lepas, aku dah mula menghitung hari ke minggu depan dan memang rasanya sangat lama.

Nota tangan; Lambatnya minggu depan.

2 sen?!:

zahni badri said... Reply Comment

ehh
bukan ke ko nak balik sebab nak buat kuih raya???
ape2 pon jangan lupa bawak tester kuih raya banyak2. bagi aku makan hingga kembung perot heheheh

ChEnta AtiEy said... Reply Comment

Ye la zahni badri..insyallah..kalo ak smpat buat..hehhe