Wednesday, September 30, 2009

My mom is the best!!

Pagi ahad hari tu, aku bangun dan dalam hati teringin nak makan sarapan nasi lemak sebelum aku naik bas pukul 10. Kalau dapat makan nasi lemak memang sedap sangatlah. Sambil-sambil aku mengorek kuih dalam balang kuih untuk dibawa balik uia, mak aku tanya sempat nak masak nasi lemak tak? Aku sepantas kilat jawab sempat dengan keterujaan bak kera medapat bunga.hehehe..

Dalam hati, macam tahu-tahu aje mak aku nih yang aku megidam nak makan nasi lemak sebelum balik gombak. Dengan kepakaran memasak mak aku yang dah lama, akhirnya nasi lemak siap dan aku sempat makan +dapat bawa balik bekal lagi. Banyak. Boleh makan tiga kali pusingan dalam bilik.( petang, malam, tangah malam)...hehe

Nota tangan; Sedap..

Tuesday, September 29, 2009

Karya tak fokus

Dah masuk 3 hari aku balik dari cuti.Belek buku nota tadi, terjumpa kertas conteng aku dalam kelas. Macam-macam aku tulis. Nampak sangat tak fokus dalam kelas..Haishhhhh..

Seandainya kau tahu,
aku bukan untukmu,
Biarlah aku sendiri.

Mencari sesuatu yang pasti,
tanpa perlu kau,
Aku masih teguh berdiri,
Kukuh,
Tabah.

Biar dilanda badai ombak,
Pantai setia menemaniku,
Pantai adalah sahabatku,
menemani sepi, memecah sunyi.

Nota tangan; Apakah?

Sunday, September 20, 2009

Selamat Hari-hari Raya!!!

Esok hari raya..
Lusa hari raya...
Tulat hari raya....

Raya kan sebulan???

Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Nota tangan; Ralat la tahun ni, cerita dalam tv pun x besh sangat untuk raye..isyhhh..

Kuih Oh Kuih>>>

Berlalulah sudah ramadan,
sebulan berpuasa,
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira,
anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa,
ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira....
Lalalalalalalalalalalalala....

Pejam celik, dah pun raya.
Mulai esok tiada lagi waktu untuk membuat kuih raya iaitu lebih kurang dalam pukul 12 tengah hari. Semenjak aku cuti lama, inilah kerja aku. Buat kuih raya. Bukan untuk dijual, tapi untuk kami. Kalau tak buat, mak aku akan membebel. Satu hari, satu jenis kuih. Paling koman pun, dua jenis.

Kalau tak buat kuih raya, tak meriahkan raya?? Keluarga aku memang jarang beli kuih raya dari bazar atau mana-manalah. Dari kecil sampai dah boleh buat kuih ni, memang kami buat sendiri. Kadang-kadang je ayah aku beli kerepek atau apa-apa yang bergoreng dari luar.

Sebab tu, bila masuk bulan puasa, ayah aku dah bersiap sedia belikan mak aku semua bahan-bahan seperti tepung, gula dan sebagainya secara pukal...hehhehhe..
Tak kisah lah macam mana persiapan buat biskut@kuih raya yang penting kita gembira dengan kedatangan syawal ini..

Nota tangan; Akan merinduimu....hukhukhukk

Friday, September 11, 2009

Wentworth versi melayu.

Oleh sebab hari nih hari last sebelum ramai yang balik raya, aku dan kakak-kakak roomate lama keluar buka puasa dekat Taman Melati.Makan nasi kukus ayam dara.Kami sampai awal jugaklah dan duduk borak sebelum azan masuk.

Yang bestnya, tup-tup aku jumpa seorang yang iras-iras macam Wenworth Miller(dari side profile). Terkejut sekejap. Nak cerita dekat kakak-kakak ni takut dorang tak kenal pulak. Aku pun senyapkan ajelah.Tapi yang versi melayu ni, tak botak. Dia tak perasan hot atau bajet hensem macam sesetengah lelaki lain. Dari jauh (tak la jauh sangat, cuma depan meja aku je kot, tapi bukan setentang, aku boleh nampak bahagian tepi muke saja). First impression aku, dia jenis yang tidak banyak cakap dan nampak serius. Sebab masa dia makan dengan kawan dia, senyap saja meja diorang. * Sangatlah stalker aku ni* Sambil borak dengan kakak-kakak roomate, aku tengok dia.Dia yang macam bawah ni. hahaha



Sumber: Just Jared
Nota tangan; Baru je cakap dengan Atul pasal Wenworth Miller ni tengah hari tadi.

Thursday, September 3, 2009

9

Selamat Bulan September.........

Nota tangan; Nantilah