Sunday, September 20, 2009

Kuih Oh Kuih>>>

Berlalulah sudah ramadan,
sebulan berpuasa,
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira,
anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa,
ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira....
Lalalalalalalalalalalalala....

Pejam celik, dah pun raya.
Mulai esok tiada lagi waktu untuk membuat kuih raya iaitu lebih kurang dalam pukul 12 tengah hari. Semenjak aku cuti lama, inilah kerja aku. Buat kuih raya. Bukan untuk dijual, tapi untuk kami. Kalau tak buat, mak aku akan membebel. Satu hari, satu jenis kuih. Paling koman pun, dua jenis.

Kalau tak buat kuih raya, tak meriahkan raya?? Keluarga aku memang jarang beli kuih raya dari bazar atau mana-manalah. Dari kecil sampai dah boleh buat kuih ni, memang kami buat sendiri. Kadang-kadang je ayah aku beli kerepek atau apa-apa yang bergoreng dari luar.

Sebab tu, bila masuk bulan puasa, ayah aku dah bersiap sedia belikan mak aku semua bahan-bahan seperti tepung, gula dan sebagainya secara pukal...hehhehhe..
Tak kisah lah macam mana persiapan buat biskut@kuih raya yang penting kita gembira dengan kedatangan syawal ini..

Nota tangan; Akan merinduimu....hukhukhukk

0 sen?!: