Thursday, June 10, 2010

Rumah idaman

Cuba teka.

Banglo?
-Nope-

Penthouse?
-Nope-

Kondo?
-Nope-

Semi-D?
-Nope-

Teres?
-Juga nope-

Jadi?
Rumah kayu yang berserambi, bumbung tinggi, tiang tinggi dan berkerawang-kerawang.
Betul! Tak tipu. Aku suka rumah kayu. Rumah Melayu tradisional. Dan mungkin rumah aku (nanti) bukanlah 100 % kayu tapi ala- ala melayu tradisional. Reka dan ubah sikit-sikit. Mungkin fasad dan bahagian tengah daripada kayu, belakang rumah daripada batu.

Rekaan rumah ibu pula, ada banyak tingkap pintu (untuk air-ventilation).
Dan ruang taman di luar rumah yang penuh pokok-pokok bewarna-warni. Ditambah lagi, ada elemen air terjun atau sungai buatan. Mesti cantikkan?

.:. Kesimpulannya, perlu cari duit. No money, no talk.
.:. Gambar adalah ehsan Google Search.

Nota tangan; Suka rumah dalam Suri Bakawali. Untung Suri!





1 sen?!:

Chempaka Sari said... Reply Comment

uwaa...! sekarang umah macam ni sgt mahal wo...memang nak sgt.