1. Simpan resit atm, resit beli barang giant, jusco, mydin lepas shopping. Dengan harapan, akan tengok semula bila sampai rumah untuk buat kira-kira. Tapi hakikatnya, jadi sampah dalam purse.
2. Diet. Makan-makan lepastu kata nak diet padahal berat ok jer. Kalau boleh nak kurus macam model. *Obses nak jadi kurus*
3. Kalau keluar ramai-ramai dekat shopping mall, mereka akan pergi tandas secara berjemaah. Mengeratkan ukhwah katanyeww..
4. Mereka sangaaaaaaaaaat laaaaaaaaaaaamaaaaaaaaa shopping. Kalau boleh nak duduk dalam kedai tu sampai buka esok harinya.
5. Perempuan cakap apa yang diorang nak tapi dengan ayat berpusing-pusing. Contoh : "Sedap jugak kalau makan sushi king ni, padahal ayat senangnya " Jom makan sushi king"
6. Bila seseorang perempuan cakap sesuatu benda tu comel, yang lain pun ikut sama "A'aaaaa, comellah kucing tu.'' (padahal kucing tu kurus kering je.)
7. Pantang jumpa benda-benda yang bercermin. Pintu cermin, cermin mata, tingkap kereta asal bercermin. Sebab nak cek tudung kelepet ke tak.
8. Sentiasa ada perut untuk dessert. Benda-benda yang comel dan mahal macam macaroon, pavlova, cupcakes, tutti fruti, dan banyak lagi.
9. Baju penuh dalam almari tapi tetap kata tak ada baju nak pakai.
10. Dalam almari, ada beratus-ratus koleksi tudung dari sekolah sampai universiti tapi tetap tak ada yang matching kaler dengan baju.
Nota hati : Unikkan perempuan ni. hahahaha