Sunday, November 27, 2011

Menarik tentang Shenzhen, China

Pak Cik pun suka naik basikal. Sihat!
Parking basikal di University of Shenzhen

Basikal banyak digunakan oleh penduduk tempatan. Tak kira nak pergi mana pun. Pergi kelas kat kampus pun dorang naik basikal. Tak ada yang sibuk nak bawak kereta dalam kampus. Basikal pun dah memadai. Aku suka environment ni.



Studio Architecture di Univercity of Shenzhen
Ini studio bagi student architecture. Macam ofis kan? Mesti dorang yang belajar dekat sini rasa macam pergi kerja hari-hari.

Window of the World, (WOW, Shenzhen)
Replika bangunan menarik dari seluruh dunia pun ada dekat Shenzhen. Tapi sayang, kami tak sempat pergi. Ambil gambar dari dalam bas jelah.

Mesin pinjaman buku
Salah satu cara untuk menarik minat orang ramai baca buku. Letak mesin pinjam buku kat luar library. Cool idea kan?
Library of Shenzhen
Hebatkan design dia?Futuristik habis. Kalau nak tahu, banyak design bangunan yang pelik dan unik ada si Shenzhen. Mungkin sebab dorang tak ada had dalam design.

Civic Hall / Civic Centre of Shenzhen
Satu lagi design yang futuristik di Shenzhen. Civic Centre pun menarik kan?


Di kiri kanan jalan raya, kita akan nampak banyak rumah pangsa/ apartment/ kondo di Shenzhen. Kebanyakan rumah ni adalah public housing di Shenzhen.

Urban Planning, Land and Resources Commission of Shenzhen Municipality
Taklimat ringkas tentang Shenzhen.
Gambaran 3D planning di Shenzhen pada masa depan. Nice.
Kagum tengok cara mereka nak bangunkan dan majukan Shenzhen. From zero to hero. Dari kampung nelayan yang tak ada apa-apa kepada sesuatu yang baru.


Kalau dekat Malaysia, kiri kanan cuma ada bunga tapi di Song Shan Lake, ada bola besar sebagai hiasan. Cool stuff! Menarik.
Productivity Building di Song Shan Lake. Ini sebenarnya high tech incubator.
Elemen nature di Song Shan Lake.
Song Shan lake ni merupakan High Tech park. Dibangunkan sebagai bandar baru industri. Masa sampai sini, banyak lagi yang tak siap. Masih dalam pembinaan.

Vanke
China Vanke di Da Mei Sha. Ini adalah real estate developer terbesar China dan merupakan mix used building (Apartment, hotel dan ofis). Design bangunan ni berdasarkan character dalam bahasa China. Sangat green building!
Bangunan ni mengurangkan penggunaan air-cond. Dibina tinggi untuk membenarkan angin melalui kawasan lapang dan menyejukkan bangunan. Juga untuk mewujudkan lebih banyak kawasan teduh untuk public.
Banyak guna buluh tempatan untuk hiasan dalaman.
Tingkap dengan jalur hiasan yang automatik. Untuk pencahayaan dan blocking glare. Lebih kurang macam bidailah.
Lantai pejalan kaki yang sangat environmental friendly. Menyerap air hujan untuk greywater system (untuk kegunaan menyejukkan bangunan).

Masa untuk shopping di Dong Meng.

Buah Berangan Dong Meng.
Tempat shopping di Dong Meng

Glemer sekejap masuk blog.heeee


Dong Meng ialah syurga beli-belah bagi orang perempuan. Serius harga barang sangat murah. macam-macam ada. Dari barang elektronik sampailah pakaian. Kita boleh tawar-menawar dengan penjual Cina. Masalahnya, mereka ni tak faham english, nasib ada kalkulator yang jadi perantara. Dia akan tunjuk harga pada kalkulator, kita letak pulak harga yang kita nak. Macam tulah urusniaga di sana.

Beli- belah di Shenzhen ni seronok sebab kita boleh dapat pada harga yang kita nak. Tipsnya, masa awal tawar-menawar tu memang dah letak harga yang paling rendah (Agak-agaklah letak harga rendah). Bila si penjual tak nak bagi, kita pun buat olok-olok pergi dari situ. Dalam 2-3 minit, konfirm mereka akan panggil semula kita dan setuju dengan harga kita. Bagi mereka, kalau ada pembeli masuk kedai, tapi tak beli barang macam bad luck/ bawak bala.

Cuma kena berhati-hati bila beli-belah di Dong Meng. Menurut pemandu pelancong kami, ada sesetengah penjual tipu pelancong dengan wang kertas palsu. Bila dia nak bagi duit baki, mereka akan bagi yang palsu. Kawan aku hampir nak kena tipu, tapi nasib baik kami dah tahu taktik macam mana nak kenal duit betul Yuan. Jadi, kami mintak tukar balik duit baki. Mula-mula dia tak nak bagi, tapi kami ugut nak report polis. Sebab takut bila dengar perkataan polis, jurujual tu pun bagi balik duit yang betul. Mereka ni memang fobia dengar perkataan polis atau undang-undang. Yelah, China kan memang terkenal dengan undang-undang yang dahsyat.

Lagi satu kes popular ialah pukau pembeli di Dong Meng. Ini berlaku bila pembeli tak sedar yang dia dipukau dan berikan duit kepada penjual. Bila sedar, tak ingat apa yang berlaku. Aku rasa kes-kes menipu pelancong ni berlaku sebab tekanan hidup yang tinggi di China. Kebanyakan rakyat mereka memang hidup untuk survive. Bukan untuk jadi kaya. Asal cukup makan, pakai, semua itu dah memadai bagi mereka. Sebab tu, kita nampak sesetengah dari mereka ni garang, tak berperi-kemanusiaan, susah nak senyum dan sombong. Mungkin juga kurangnya ilmu agama dan pengetahuan am/ sivik. Lagi satu, dasar komunis yang diamalkan selama ni memberi kesan dalam hidup mereka.

Sayangnya Shenzhen, China ni tak berapa mesra pelancong dan susah nak berkomunikasi. Masalah besarnya, mereka tak tahu langsung berbahasa Inggeris. Perkataan senang macam iron, restaurant, shop pun mereka tak tahu. Susah nak bercakap walaupun dengan staff hotel. Satu hal lagi, mereka pelik dengan pemakaian tudung. Yang mereka tahu, orang pakai tudung ni dari Pakistan dan tak ada idea langsung Malaysia tu negara mana dalam dunia. Kami secara ringkasnya kaitkan Malaysia dengan Lee Chong Wei. Sekejap saja terus mereka kenal. Hebat betul penangan Lee Chong Wei.

Kalau ada rezeki, aku tak kisah nak pergi lagi Shenzhen sebab semuanya murah dan aku suka cuaca Shenzhen yang redup dan nyaman.

Nota tangan: Sekejap saja setahun yang lalu. Wǒ xiǎng nǐ, peng you!

W yang pening.

Pening bila baca ayat manja dan konon comel ni. Stress tau. Maklumlah aku manusia skema yang membaca mengikut ejaan yang ditulis. Kalau tulis cayum, memang aku baca dan faham cayum.Takkan jadi sayang.

Ada satu lagi trend yang aku rasa euww, geli. Bila penggunaan W secara berleluasa. Sengaja menokok tambah w pada perkataan macam letteww. Apa lettew-lettew? Sekeh kang. Keluar jadi kluwar, sesuai jadi sesuwai dan banyak lagi. Kalau yang tulis penuh, boleh lagi nak baca. Tapi kalau yang pakai singkatan dan tambah w, mahu tak terbelit serebrum aku bila baca tulisan orang macam ni.


Yang ni pulak menambah UNK pada perkataan. Contoh: cayunk, korunk, skrunk, macam nak nampak moden eh? pfft. Penink larh weh. Masa jawab kertas BM dalam UPSR, PMR, SPM pandai yek guna Bahasa Malaysia standard. Tapi bila tulis dalam internet, cikgu BM tengok pun dia menangis. Konfirm 9G. Fail. Ejaan budak tadika pun lagi bagus dari mereka ni.

Nota tangan: Gunalah bahasa yang mudah difahami.

Saturday, November 26, 2011

I hate luv story

Ini filem hindustanlah. Sebenarnya, dah lama aku tak tengok cerita hindustan. Tapi petang tadi tengah tekan-tekan remote cari channel best,tertekan TV3. Tengok nama team production masa mula-mula cerita main, Wow!! ada Karan Johar. Dalam hati, mesti cerita ni best! Dan ternyata, permulaan cerita ni memang menarik terus buat aku melekat tengok sampai habis.

Nice movie. Cerita dalam cerita. Dialog yang kelakar dan straight to the point. Tak adalah ayat berbunga-bunga hindustan yang rasa nak muntah depan tv. Walaupun agak klise masa nak dekat hujung-hujung. Yang penting aku enjoy.

Sinopsis, Jay pemuda yang benci apa-apa yang berkaitan dengan cinta. Dia tak percaya pasal cinta, orang jatuh cinta dan semua tulah. Bagi dia, benda tu tak wujud. Manakala Simran, gadis yang merasakan dunia dia dah sempurna. Ada kerjaya, tunang yang baik dan keluarga yang memahami. Takdir menemukan mereka berdua. Dari musuh, jadi kawan baik dan seterusnya, Simran jatuh hati pada Jay. Konflik bermula bila Jay tak boleh terima yang Simran suka pada dia sebabnya dia tak percaya pada cinta.

Nota tangan: Nice. 4/5 stars.

Friday, November 25, 2011

Sama tapi tak serupa #2

Kali ni, sama tapi tak serupa artis bukan Malaysia.


Beza Rain dengan Peter Ho ialah mata Rain lagi sepet. Sungguh terpancar kesepetan beliau tatkala tersenyum. Haha.


Dari dulu lagi aku rasa mereka ada iras-iras. Mungkin ni kes adik-beradik kembar yang terpisah masa kecil dulu?? haha.


Ada iras terutama tang mata.


Nama pun nak dekat sama. Argghh..


First time tengok Jung So Min terus terfikir Yoon Eun Hye dalam kepala. Well, dorang memang ada iras kan?


Sama! Kato Rosa ni comel macam Vivian Hsu! Tapi Vivian shu ni dah 36 tahun , Kato Rosa pulak 26 tahun.


Nota Tangan: Jenuh nak cari gambar yang sesuai. Nanti kalau ada artis yang aku rasa seiras,aku tepek kemudian.


Thursday, November 24, 2011

Sama tapi tak serupa

Setiap kali jumpa orang baru, orang akan cakap muka aku seiras kenalan mereka. Sampai aku pun dah .... "Ohhh, ramai dah cakap macam tu." Dalam hati, muka aku average look. Memang biasa tengoklah.

Tapi bukan yang ni sebenarnya aku nak cerita. Aku nak kongsi sama tapi tak serupa artis Malaysia dengan artis hollywood.

Ziana Zain.
Dari kecil lagi, aku nampak ZZ ni muka memang seiras JLO.



Christina Suzanne Stockstill
Pelakon baru dari program Pilih Kasih. First time tengok dia, terus terfikir Zooey Deschanel,terutama tang mata. Ada iras-iras. Plus aku suka Chris ni, cantik dan sempoi.
Nota tangan: Dua ni aku rasa betul-betul ada iras.Kalau nak yang lain, sila google. heeee.

Dunia tanpa cita-cita

Dunia tanpa cita-cita,
ibarat terbang tanpa tujuan.

Dunia tanpa cita-cita,
kau lemah dalam perjalanan.

Dunia tanpa cita-cita,
Terkontang-kanting.
Terkapai-kapai mencari matlamat.

Nota tangan : Apa cita-cita anda?


Merepek kali yang ke?!

Laptop tanpa charger bateri ibarat handset tanpa kredit. Dua-dua tak berfungsi.

Keinginan tanpa usaha ibarat angan-angan kosong. Tak bererti.

Tak ada duit tak ada penghidupan.

Sigh.




Sunday, November 20, 2011

Dunia tanpa sesawang.

No facebook,
No twitter,
No blog.

No likes
No tweets
No followers.
How's life?

........

Me? I'll survive.

Saturday, November 12, 2011

Sakit hati siapa yang tahu.

11.11.11

Sedih.

Sunday, November 6, 2011

Cookies try and error


Bahan-bahan:

1 biji telur
1 buku butter
1 cawan gula kastor
3/4 cawan gula perang
3 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil baking power
coklat chip

1. Putar telur dengan butter. Masukkan gula kastor dan kacau.
2. Masukkan gula perang dan kacau lagi.
3. Masukkan coklat chips. (Kalau nak lagi rangup masukkan conflake yang telah dikisar.)
4. Kemudian masukkan tepung gandum yang telah dicampurkan dengan sedikit baking powder.Dan kacaukan.
6. Skopkan menggunakan sudu ke atas dulang pembakar.
7. Akhir sekali, bakar dalam ketuhar 180'C .

Nota tangan: Lebih kurang macam Famous Amos. wahahaha

Wednesday, November 2, 2011

They are beautiful and so are you.

Jennifer Lopez diiktiraf sebagai wanita tercantik oleh Majalah People untuk tahun 2011.


Bagi aku, untuk diiktiraf sebagai paling cantik, tak kot. Ada ramai lagi yang cantik dari dia. Tapi, cantik ni kan subjektif macam orang putih cakap "Beauty is in the eye of the beholder".

Apa yang kau rasa cantik, mungkin tak bagi orang lain. Dan begitu jugak, untuk orang lain. Fitrah manusia memang sukakan pada kecantikan. Yang penting kita perlu pandai menjaga diri dan kebersihan. Nak jadi cantik bukan bermakna perlu memakai make up tebal, mengikut fesyen semasa dan memakai pakaian branded. Malah ada yang sanggup menghabiskan duit buat pembedahan plastik, cucuk botox sana sini. Kalau cantik plastik buat apa kan? Tetap tak ori.

Hakikatnya, cantik dalaman yang penting sebab ia menaikkan seri pada kita. Kalau kita cantik luar tapi dalam kita hodoh dan jahat, yang terlahir pada luaran tetap hodoh jugak . Tapi, kalau kita cantik dalam, pasti kita cantik jugak pada luaran.

Jadi, bersederhanalah dalam menghias diri. Modesty is pretty.

Nota tangan: You are beautiful!