Saturday, November 26, 2011

I hate luv story

Ini filem hindustanlah. Sebenarnya, dah lama aku tak tengok cerita hindustan. Tapi petang tadi tengah tekan-tekan remote cari channel best,tertekan TV3. Tengok nama team production masa mula-mula cerita main, Wow!! ada Karan Johar. Dalam hati, mesti cerita ni best! Dan ternyata, permulaan cerita ni memang menarik terus buat aku melekat tengok sampai habis.

Nice movie. Cerita dalam cerita. Dialog yang kelakar dan straight to the point. Tak adalah ayat berbunga-bunga hindustan yang rasa nak muntah depan tv. Walaupun agak klise masa nak dekat hujung-hujung. Yang penting aku enjoy.

Sinopsis, Jay pemuda yang benci apa-apa yang berkaitan dengan cinta. Dia tak percaya pasal cinta, orang jatuh cinta dan semua tulah. Bagi dia, benda tu tak wujud. Manakala Simran, gadis yang merasakan dunia dia dah sempurna. Ada kerjaya, tunang yang baik dan keluarga yang memahami. Takdir menemukan mereka berdua. Dari musuh, jadi kawan baik dan seterusnya, Simran jatuh hati pada Jay. Konflik bermula bila Jay tak boleh terima yang Simran suka pada dia sebabnya dia tak percaya pada cinta.

Nota tangan: Nice. 4/5 stars.

7 sen?!:

mR.aSLaN said... Reply Comment

ehem2 ..
sama ah ..
saya lak suka cite2 berkisar tentang kematian ..":-))

Sha. N. said... Reply Comment

Saya tak kisah apa jenis genre cerita pun..Kalau permulaan cerita dah best, konfirm layan..heeeee

Mawar berduri said... Reply Comment

mawar pn dh tgk story ni .. lama dh tersemat di laptop ni..>> keegooan mampu di lunakkan olh perasaan ^_^ <<

Sha. N. said... Reply Comment

Yup, itulah sekeras-keras hati pun, kalau pasal feeling ni memang cair jugak laa..=))

mR.aSLaN said... Reply Comment

mawar ada kat sini?
ooo kamu ikut saya yer?
saja nak stalk apa saya buat..
haa kantoi..kamu suka saya yer? jgnla malu..please kata ya.. ahahhaa...;-))

btw.. saya adalah manusia yang tak suka tgk tv.. jarang sangat2 tgk tv.. tp kalau laptop ni.. sehari suntuk pon saya boleh hadap:-))

Juliet_iRa~" said... Reply Comment

ada ke cte ni kat tv3??

xpnh tgk pon!

sabtu ea..huhu

Sha. N. said... Reply Comment

Juliet: A'ah..last week tayang kat tv3.=p