Sunday, February 5, 2012

Perempuan jangan jadi lemah boleh tak?

Kepada insan yang bergelar perempuan,

Kalau break up, jangan rasakan dunia ni dah berakhir. Tolonglah pandang ke depan. Sedih, menangis, meratap, meraung semua ni tak berbaloi langsung untuk diri sendiri. Kenapa rasa dunia ni cuma sempurna dengan dia sedangkan kita ada pilihan lain. Semua ni cuma minset. Kalau kita buang jauh-jauh perasaan dan fikiran ni, dah tentu kita boleh hidup sempurna atau lebih sempurna tanpa dia.

Jangan nampak kesian boleh tak? Dalam dunia ni, mempunyai teman lelaki atau putus dengan teman lelaki bukanlah perkara yang terpenting. Banyak lagi perkara yang lebih penting dan bermakna dalam hidup kalau kita fikir secara rasional. Kenapa nak bazirkan hati dan perasaan untuk orang yang bukan untuk kita? Analoginya, kenapa nak simpan gelas yang dah pecah dan tak berguna lagi, padahal kita patut buang saja dalam tong sampah. Nak isi air pun dah tak boleh. Pecah berkecai. Destinasinya memang tong sampah bukan? Atau untuk barang kitar semula. Jadi, masih ada lagi ke orang nak simpan lagi gelas yang dah pecah ni?

Aku tak tahu kalau ada juga yang simpan lagi gelas yang dah pecah berkecai ni. Mungkin orang jenis ni susah nak lepaskan sesuatu. Sebab dia sayang sangat-sangat. Tapi percayalah kalau simpan pun tak berguna, buat semak dan membahayakan sekeliling. Mana tahu,serpihan kaca gelas ni boleh mendatangkan kecedaraan dan luka pada kita.

Dan dunia ini tak akan berakhir walaupun tanpa kehadiran seorang lelaki. Kita hidup untuk diri sendiri. Bukan untuk dia atau siapa-siapa. Putus cinta tak bermakna hidup kosong atau mati. Ini adalah permulaan baru untuk kita jadi lebih baik. Kita berhak hidup dengan gembira dan bahagia. Jangan jadikan kenangan lama merosakkan masa depan. Kenangan cuma untuk dikenang tapi masa depan untuk kita hadapi. Menangis air mata darah sekalipun, itu cuma kenangan. Yang penting masa depan kita.



Nota tangan: Geram tengok perempuan lemah-lembik ni.

7 sen?!:

soooooour said... Reply Comment

4eva alone...senang...lalalala..

Juliet_iRa~" said... Reply Comment

heee..ppuan mmg hatinya lembut...:)

tp bila dah keras...haaaa xda cpe boleh lembutkan kecuali diri sendiri..huu

menangis utk legakan xslh..tp jgn melampau..:)

~SaL IjOu~ said... Reply Comment

positively single~ =)

Botak said... Reply Comment

biasalah tu., zaman termenung, teringat-ingat., lama-lama nanti lupa lah tu..

fadh leyanie said... Reply Comment

perempuan jgn lembik2 nanti kna buli..kumbangkan bnyk lagi..eceh ! :)

Sha. N. said... Reply Comment

@soooooour You are not alone..

@Juliet_iRa~" : Betul tu.. jangan sedih2.

@~SaL IjOu~ : No need to be negative..=)

@Botak : Jangan ambil masa lama sudah..

@fadh leyanie: Ha, betul tu.. berekor-ekor wujud.=p

Juliet_iRa~" said... Reply Comment

hee....oke tak sedih..pdhal bertahun dah kot putus cinta..ahaha ;p

kalau y sekolah tu xyah la bcinta2 ni..buang ms je..kehkeh