Thursday, September 30, 2010

Mahu berkongsi.

BACALAH YASSIN

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Sumber : Dari Facebook

Saturday, September 25, 2010

Kasut

Buat masa sekarang, aku cuma ada dua pasang kasut. Sepasang aku cuma pakai baru sekali dan sepasang lagi aku tak pernah pakai. Orang lain obses dengan kasut tapi aku cuma ada dua pasang kasut yang jarang pakai. ( Obses terhadap something boleh dipupukkan??)he he he

Cuma mungkin for the time being, aku lebih selesa pakai sandal. Masa praktikal pun, aku pakai sandal. Nasib baik tak kena tangkap dengan Boss besar.

Tapi nanti kena pakai kasut jugakkan masa pergi HK. Dekat sana kan sejuk. Takkan nak pakai sandal? Woot Woot..Nota tangan; Excited nak pergi negara orang!

Friday, September 24, 2010

Tak suka.

Gaduh sikit balik kampung nak tenangkan fikiran. Aduh! Bosannya jalan cerita macam nih. Yang paling sakit hati, suami isteri asyik gaduh memanjang. Dua-dua ego. Keras kepala. Lepas setel satu konflik, datang konflik yang lain. Oh, tolonglah real! Bila dah baik, gaduh semula. Sungguh klise. Dah tak ada jalan cerita lain ke yang boleh dibuat?

Balik-balik jalan cerita yang sama. Maka, dengan mudahnya aku banyak skip muka surat dan taraa, dah habis baca cerita pun. Maaf penulis novel, saya tak suka buku awak.=p

Apa kata, para penulis di luar sana cuba untuk buat cerita yang konfliknya tak meleret-leret. Dan tak perlu suami isteri gaduh sampai merajuk membawa diri ke kampung halaman. Tak cool langsung. Mungkin patut gunakan pendekatan straight to the point. Dalam erti kata lain, kalau bergaduh, bawa berbincang. Bukan membawa diri atau menghilangkan diri.

Oh ya, bercakap pasal jalan cerita yang meleret-leret dan tak logik nih, aku teringat pada drama-drama dari Indon dan Filipina. Dua-dua nih pun aku tak minat. Sakit otak. Banyak sangat scene kebetulan dan heroinnya tersangatlah baik yang selalu kena buli. Aku rasa macam nak sepak saja perempuan macam nih. Lembik.

Nota tangan; Maaf emo sekejap. Rasa geram lepas baca satu novel ni.

Thursday, September 23, 2010

3 idiots


Filem bollywood tahun 2009. Tapi aku baru tengok. Lambat setahun. Serius, cerita ini sangat best. Rugi kalau tak tengok. Truly inspiring in a simple way. Anda boleh gelak, menangis dan belajar sesuatu.

Cerita berkisarkan pasal sistem pembelajaran. Yang mana student sebenarnya bekejar-kejar untuk jadi nombor satu. Dapat gred yang bagus untuk senang dapat kerja. Lebih kepada menghafal teori bukan untuk memahami konsep. Boleh dikatakan macam menyindir jugaklah. Yelah, cuba fikirkan ada ke orang yang belajar untuk belajar? Bukan sebab nak dapat degree atau yang sewaktu dengannya? Dan aku memang suka macam mana dia interpret cerita ni dengan cara senang untuk memahami.

Dan yang paling terkesan, pengajarannya, kita buatlah kerja apa yang kita suka. Ini antara quote yang aku nak share.

Pursue excellence, and success will follow.

Everyone sunk in race, what's the use if you come first studying like this ?
Will you improve your knowledge? No.
Only pressure will increase.

If your friend fails, you feel sad. But if your friend comes first, you feel even more sad!

A grade students- King
C grade students- Slave

Be self- efficient, then success will follow behind you.

Nota tangan; Good luck

Sunday, September 19, 2010

Apa kisah cinta anda?

Aku? Tak ada kisah cinta yang menarik. Aku cuma dengar dan lihat saje kisah cinta orang lain. Macam-macam version yang aku dah tengok. Ada yang sangaaaatlah romantik, ada yang sedih, ada yang boleh buat kepala jadi gila dan ada yang memang nak kena nih! =p.

Kisah cinta semua orang memang lain-lain. Dan perasaan orang yang bercinta pun, kita takkan faham. Uish, memang tak faham!Ada satu cerita yang berlaku dekat sekeliling aku nih, yang si lelaki memang angau dengan si perempuan. Cerita nih, bila aku dengar pun aku rasa nak tergelak. Lawak.

Si lelaki, lebih mudah kalau aku namakan A, dan si perempuan aku namakan B. Kedua-dua mereka ni dah sambung belajar sekarang. Yg A ni minat B. Apa-apa yang B ni buat, si A ni akan ikut. Sampai posing gambar pun hampir sama. Baju tak payah cakapla, semua nak sedondon. Kalau mesej pun, si A akan ajuk balik apa yg si B ni tulis dalam mesej.

Dan yang paling kelakar, A pernah nak datang rumah B. Bila dia sampai dekat kawasan rumah B, A tanyalah pada pakcik yang sedang joging kat kawasan tu. Dia beritahu alamat B pada pak cik tadi. Dan pak cik tu pun jawablah. Tapi nak dijadikan cerita, pak cik tu ayah B. Dan A tak tahu kebenaran tu.

Apalagi, bila pak cik tadi sudah habis joging, B disoal-siasatlah oleh pak cik tersebut. Kebetulan, B nak pergi study group dengan kawan dia. Tapi time tak berapa kena,mood ayah B kurang baik. Maka tak dapatlah B pergi ke rumah kawan beliau. Dan endingnya, A tak dapat jumpa jugak rumah B dan A telah diwarning oleh B supaya jangan datang rumah dia lagi. (macam drama)

Dan ini cerita time A dan B masih sekolah lagi. Cinta monyet. Ini baru sikit kisah cinta. Belum masuk bab tragis, sedih, gaduh, atau gembira. Tepuk dada, tanya selera. What is your love story?

Nota tangan; Sedang menunggu Encik betulnya dan kisah chentanya. =)

Thursday, September 16, 2010

Selamat Hari Raya 1431 H.

Raya tahun nih, meriah dan sibuk jugaklah. Walaupun makin kurang duit raya. Tambah-tambah lagi, anak saudara aku sekarang dah dapat kaki (jalan). Makin ligatlah dia keliling rumah . Terkedik-kedik dengan bantal busuk dia. Comel. Kalau ambik bantal busuk tuh, dia akan merajuk dan hentak-hentak kaki. Dan aku memang suka usik. Sebab dia akan buat perkara lagi comel. Bila dia dapat balik bantal kesayangan, dia akan buat-buat baring dekat bantal dia. Konon-konon tanda sayang la tuh.

Haraz dan bantal kesayangannya. Suka gigit bucu bantal. Buat tanda yang itu bantal dia.

Dan raya tahun nih, aku jumpa kawan dan cikgu sekolah yang dah lama tak jumpa. Banyak jugaklah kami update satu sama lain. Jumpa kawan sekolah lama balik, rasa diri nih dah tua. Semua orang ada perancangan masing-masing. Rasa sekejap je masa berlalu.

Nota tangan; Maaf zahir batin.

Saturday, September 4, 2010

La Orenje

Esok, aku bakal sibuk menghabiskan duit di Jalan TAR. Harap-harap aku dapat baju raya yang aku nak. Cuma kalau shopping dekat Jalan TAR nih, kena tabah sikit. Nak-nak dekat pulak nak raya nih. Lagilah ramai manusia.

Tahun nih pulak, tema keluarga aku kaler oren. Aku tak tahu kenapa oren. Tapi mak, kakak, adik aku sibuk suruh beli kaler oren. Takkan aku nak beli kaler merah pulakkan?Lari tema langsung. Nanti pulak, ada yang sibuk tanya kenapa kaler aku istimewa dari orang lain. Jadi, nak tak nak, tahun nih baju kaler oren. (Ok what kaler oren!)

Doakan aku jumpa oren yang menambat hati aku! Dan akhir sekali, aku tak nak demand tinggi-tinggi raya tahun nih jadi gempak giler cume harapan aku moga raya kali nih dengan cuti yang agak lama, dapat bergembira dan bermakna di samping keluarga tercinta.

Nota tangan; Habislah, kalau dah shopping.

Mengantuk

Apa ubat untuk tak mengantuk? Argh,tidur 50 jam pun akan rase mengantuk jugak lepas tuh. Aku pernah dengar ada sabun tahan mengantuk. Tapi mujarab ke?

Aku bukannya nak tahan tidur. Sebab jenis aku, bila mengantuk, aku belasah saja tidur. Masalahnya, kalau dah tidur lama lebih dari 5 jam waktu petang pastu malamnya mengantuk lagi apa kes?

Siapa nak tolong jawabkan soalan yang aku memang dah puas pikir tapi tak dapat-dapat jugak jawapannya.

Nota tangan; *Yawn* Yawn* lagi