Friday, September 24, 2010

Tak suka.

Gaduh sikit balik kampung nak tenangkan fikiran. Aduh! Bosannya jalan cerita macam nih. Yang paling sakit hati, suami isteri asyik gaduh memanjang. Dua-dua ego. Keras kepala. Lepas setel satu konflik, datang konflik yang lain. Oh, tolonglah real! Bila dah baik, gaduh semula. Sungguh klise. Dah tak ada jalan cerita lain ke yang boleh dibuat?

Balik-balik jalan cerita yang sama. Maka, dengan mudahnya aku banyak skip muka surat dan taraa, dah habis baca cerita pun. Maaf penulis novel, saya tak suka buku awak.=p

Apa kata, para penulis di luar sana cuba untuk buat cerita yang konfliknya tak meleret-leret. Dan tak perlu suami isteri gaduh sampai merajuk membawa diri ke kampung halaman. Tak cool langsung. Mungkin patut gunakan pendekatan straight to the point. Dalam erti kata lain, kalau bergaduh, bawa berbincang. Bukan membawa diri atau menghilangkan diri.

Oh ya, bercakap pasal jalan cerita yang meleret-leret dan tak logik nih, aku teringat pada drama-drama dari Indon dan Filipina. Dua-dua nih pun aku tak minat. Sakit otak. Banyak sangat scene kebetulan dan heroinnya tersangatlah baik yang selalu kena buli. Aku rasa macam nak sepak saja perempuan macam nih. Lembik.

Nota tangan; Maaf emo sekejap. Rasa geram lepas baca satu novel ni.

3 sen?!:

qlachan said... Reply Comment

setuju!! cite y sungguh- ohh~~~ meleret2, da basi la cite cmtu

zahni badri said... Reply Comment

dari menunggu orang bt cerita yang best pe kate ko try buat cerita sendirik.mesti ko akan dipuji oleh diri sendiri wiwiwiwi~~~

ChEnta AtiEy said... Reply Comment

hehehe, cik zahni badri, ak malas~~ tak smpai seru lagi. Nant cite ak x siap2x. Asek separuh jalan.