Saturday, January 29, 2011

Terasa worldwide.

Aku tengok trafik yang dekat sebelah ni tunjuk ada orang view dari macam-macam negara. Korea pun ada?Faham ke Bahasa Melayu? Agaknya orang yang view blog aku dari Korea ni, mesti tengah search pasal movie Won Bin kot. Tup-tup keluar blog Bahasa Melayu. Maklumlah kalau taip dekat google memang keluar segala macam benda dan bahasa. Kalau tak cayer, sila google nama samaran anda diFacebook, pasti keluar muka anda di imej.hehehe.

Well, tak tahulah kan kalau orang melayu yang duduk Korea baca blog nih. Mana nak tahu kan?

Nota tangan: Feel free to comment. I can speak, write English and little of Korean. But I'm Malaysian.=p

Monday, January 24, 2011

Ha??

..................

A :Kenapa ko tak de boyfriend?
B :Errrrr..*malas nak jawab*

A :Kenapa? Ko jual mahal ek?
B :Entahlah. Ingat senang ke nak cari boyfriend? Macam jumpa kat tepi jalan pastu terus declare kapel? Kalau dapat macam Wentworth Miller ke,Won Bin ke, KRW ke, Nikhun ke, nak jugak aku.

Nota tangan; kehkehkeh....

Tuesday, January 18, 2011

Laskar Pelangi

Entry untuk waktu sekarang memang banyak pasal movie. Harap maklum. Sebabnya, hari-hari aku menghadap laptop tengok cerita. Bukan buat kerja. Untuk kali ni, cerita dari negara jiran Malaysia, iaitu Indonesia.(hehehe)

Ceritanya mengisahkan sebuah sekolah yang dibina khas untuk budak-budak miskin. Sekolah tu ditubuhkan untuk memberi pendidikan percuma dan membantu taraf kehidupan golongan miskin kat sana. Malangnya, walaupun sekolah free tapi tak mendapat sambutan golongan miskin sebab bagi diorang, baik anak-anak mereka diajar jadi kuli daripada pergi ke sekolah. Dan cuma 10 budak saja yang masuk sekolah tersebut.

Kemudian timbul cerita tentang kisah cinta monyet Ikal, Mahar si ahli seni, Lintang si genius dan yang lain-lain. Keseluruhan jalan cerita memang boleh agak tapi yang penting pengajaran dalam cerita ni. Aku seronok tengok zaman budak-budak diorang. Memang memorable. Part diorang menari ala-ala afrika. Hahaha, lawak. Tak lupa jugak part sedih bilamana, Lintang terpaksa berhenti sekolah untuk menyara keluarga.

"Hidup ini perlu lebih banyak memberi daripada banyak menerima"


Nota tangan; Tunggu cerita Malaysia yang bermakna.

Sunday, January 16, 2011

The Man From Nowhere


Cerita nih aku rate 4/5. Sebab jalan cerita yang menarik dan laju. No wonderlah filem ni banyak menang award dekat Korea and international.

Filem nih tentang watak Won Bin (Tae Shik) yang misteri dan memang sesuailah dengan tajuk from nowhere tu. Sebab awal-awal cerita kita tak tahu siapa dan apa dia buat. He is the man with few words. Susah betul nak dengar suara seksi beliau. hahaha. Kemudian, ada watak budak perempuan (So Mi) yang datang dari broken family cuba nak rapat dengan Tae Shik. Konflik bermula bila mak So Mi & So Mi kena tangkap dengan geng jual dadah. Dan Tae Shik sedar yang dia patut tolong selamatkan So Mi sebab budak tu telah berjaya masuk dalam kehidupannya yang sebelum ni dia keseorangan.


Wah, it's good to see Won Bin again. Seingat aku cerita pertama yang aku tengok dan jatuh hati pada korea adalah Autumn in My heart. Bilamana semua fan girl suka dekat hero En. Song Seung Hun, aku suka lagi Won Bin dalam cerita tu. (Tapi tak lah pulak aku tak suka hero tu kan). Sesungguhnya aku nak dua-dua. Aku perempuan tamak. hahaha. Dan aku harap Won Bin ada drama baru untuk tahun 2011 instead of dia berlakon movie saja. At least boleh lama aku tengok dia. 16 episod woo. Sedangkan Song Seung Hon pun ada drama baru tahun 2011, My Princess.







Nota tangan: Haaaishhhh..

Oh, aku suka makan!

Dekat 10 minit aku fikir makanan kegemaran. Banyak sangat yang pop-up dekat kepala. Last-last yang ni yang keluar.

  • Nasi minyak + Opor daging yang mak aku buat. Satu hari nanti, akan aku pastikan aku pandai buat lauk ni.hehehe
  • Roti manis mak aku buat jugak.Sedap weh.
  • Puding jagung.
  • Puding berkuah.
  • Sambal bilis petai
  • Mee kari
  • Tomyam
  • Sushi
  • Segala jenis kek dan roti
  • Others.hehhe
Nota tangan : Emak akulah yang paling sedap masak. Aku rindu nak balik rumah. Nak makan sedap.

Sunday, January 9, 2011

Sweet, menarek dan simple.

Aduhaii..

Nak tukar layout blog pun kemain payah. Tak boleh terlalu fancy, berbunga-bunga, girly, dan semualah. Masalahnya, banyak layout yang wujud dalam internet nih memang macam tu. Kalaulah aku pandai buat design layout sendiri, dah lama aku buat ikut taste aku.

Huh, akhirnya bila dah berjam-jam depan laptop cari layout, maka terhasillah layout yang nih. Itupun ada lagi aku tak masuk gadget.Nantilah.

Nota tangan; Sudah 10 hari dalam 2011.