Sunday, January 16, 2011

The Man From Nowhere


Cerita nih aku rate 4/5. Sebab jalan cerita yang menarik dan laju. No wonderlah filem ni banyak menang award dekat Korea and international.

Filem nih tentang watak Won Bin (Tae Shik) yang misteri dan memang sesuailah dengan tajuk from nowhere tu. Sebab awal-awal cerita kita tak tahu siapa dan apa dia buat. He is the man with few words. Susah betul nak dengar suara seksi beliau. hahaha. Kemudian, ada watak budak perempuan (So Mi) yang datang dari broken family cuba nak rapat dengan Tae Shik. Konflik bermula bila mak So Mi & So Mi kena tangkap dengan geng jual dadah. Dan Tae Shik sedar yang dia patut tolong selamatkan So Mi sebab budak tu telah berjaya masuk dalam kehidupannya yang sebelum ni dia keseorangan.


Wah, it's good to see Won Bin again. Seingat aku cerita pertama yang aku tengok dan jatuh hati pada korea adalah Autumn in My heart. Bilamana semua fan girl suka dekat hero En. Song Seung Hun, aku suka lagi Won Bin dalam cerita tu. (Tapi tak lah pulak aku tak suka hero tu kan). Sesungguhnya aku nak dua-dua. Aku perempuan tamak. hahaha. Dan aku harap Won Bin ada drama baru untuk tahun 2011 instead of dia berlakon movie saja. At least boleh lama aku tengok dia. 16 episod woo. Sedangkan Song Seung Hon pun ada drama baru tahun 2011, My Princess.







Nota tangan: Haaaishhhh..

1 sen?!:

sara said... Reply Comment

Me, tooo!!! Dalam Autumn in My Heart, sy lagi suke Won Bin drpd hero nya. Well, nak wat cam ne?? I've always have this "second leading man syndrome", haha!!