Tuesday, January 18, 2011

Laskar Pelangi

Entry untuk waktu sekarang memang banyak pasal movie. Harap maklum. Sebabnya, hari-hari aku menghadap laptop tengok cerita. Bukan buat kerja. Untuk kali ni, cerita dari negara jiran Malaysia, iaitu Indonesia.(hehehe)

Ceritanya mengisahkan sebuah sekolah yang dibina khas untuk budak-budak miskin. Sekolah tu ditubuhkan untuk memberi pendidikan percuma dan membantu taraf kehidupan golongan miskin kat sana. Malangnya, walaupun sekolah free tapi tak mendapat sambutan golongan miskin sebab bagi diorang, baik anak-anak mereka diajar jadi kuli daripada pergi ke sekolah. Dan cuma 10 budak saja yang masuk sekolah tersebut.

Kemudian timbul cerita tentang kisah cinta monyet Ikal, Mahar si ahli seni, Lintang si genius dan yang lain-lain. Keseluruhan jalan cerita memang boleh agak tapi yang penting pengajaran dalam cerita ni. Aku seronok tengok zaman budak-budak diorang. Memang memorable. Part diorang menari ala-ala afrika. Hahaha, lawak. Tak lupa jugak part sedih bilamana, Lintang terpaksa berhenti sekolah untuk menyara keluarga.

"Hidup ini perlu lebih banyak memberi daripada banyak menerima"


Nota tangan; Tunggu cerita Malaysia yang bermakna.

0 sen?!: