Wednesday, January 4, 2012

Kahwin?!

Sekarang kos kahwin pun macam nak beli rumah. Mahal! Serba- serbi mahal. Dari duit hantaran hingga ke kenduri-kendara. Sekarang, tak mainlah buat kenduri kecil-kecilan. Nanti dikata orang pulak. Paling tidak, tumbang lembu seekor. Ingat tumbang lembu seekor tu tak banyak ke? Boleh jamu lebih kurang seribu tetamu.

Lepastu nak sewa pelamin, meja makan pengantin, goodie beg tetamu,  haishhh, banyaklah. Kalau dulu, mungkinlah orang kata belah perempuan lagi banyak guna duit untuk kahwin. Tapi sekarang, belah lelaki pun tak kurang hebat kena keluarkan duit bila majlis jemput menantu. Tak percaya? Kahwinlah.. Cuba try test tengok.

Tapi sebenarnya, banyak cara boleh kurangkan kos secara LOGIKNYA. Contohnya:

Kad Kahwin:
Pilih yang simple tapi menarik. Yang penting murah. Kalau beli mahal pun, orang buang dalam tong sampah jugak. Pilihan aku, kad kahwin sekeping yang ada print depan belakang. =p
Simple dan tak banyak printing colour. Gambar dari google.
Goodie beg:
Sama macam kad kahwin. Pilih yang simple dan murah.

Barang Hantaran:
Banyak-banyakkan tengok majalah pengantin. Dari situ, boleh aplikasi pada hantaran sendiri. Jadi kreatif.

Pelamin:
Pelamin ni aku rasa rugi sangat kalau sewa beratus-ratus ringgit untuk 1-2 hari saja. Tapi aku tahu, pelamin sekarang memang cantik-cantik yang buat rambang mata. Buat sendiri pun idea bagus jugak. Jadi, fikirlah dengan bijak.
Simple dan menarik.  Boleh DIY. Do it yourself. Ini pun google.
Make up @ mak andam:
Belajar tutorial dalam internet. Lepastu try make up sebulan dua sebelum berkahwin. Kalau tak pandai jugak, minta tolong kawan yang pandai make up. Kalau susah jugak, cari tukang make-up yang boleh make-up RM50.

Photographer:
Photographer sekarang mahal macam sewa pelamin. Baik beli kamera DSLR , kemudian suruh ahli keluarga yang ambilkan gambar. Bila beli kamera boleh guna banyak kali. haha

Meja makan beradab:
Makan dalam rumah bersila tak boleh ke? hahaha

Baju pengantin:
Tempah dan design sendiri aku rasa lagi murah dari sewa beratus-ratus. Maksud aku dekat sini, bukan suruh design dengan designer terkenal macam Vera wang , tapi hantar dekat tukang jahit yang selalu kita tempah baju tu. Ok apa?

DJ kahwin:
Tak perlu kot DJ ni bila kenduri. Kalau nak ada lagu, download sendiri mp3 kemudian pasang kuat-kuat dekat radio, biar bergegar satu kampung/ taman perumahan.

Tukang silat, kumpulan kompang:
Kalau bunyi kompang boleh download dari internet dan mainkan dekat radio. Tapi kalau tukang silat, tak ada pun tak apa.

Katering:
Nak tahu sebab apa katering mahal? Sebab orang sekarang dah tak macam dulu, jiran semua sibuk tak boleh nak merewang buat kerja masak-memasak ni. Semua ambil jalan mudah pakai katering. Bayarlah untuk harga 'kesibukan' kita ni.

Logik. Agak-agak berapa boleh jimat?
Try test duduk atas pelamin.  Lebih kurang macam duduk interview kerja. 
Nota tangan: Long way tooo go.

7 sen?!:

capt. keon alhan said... Reply Comment

yg psl meja mkn beradab tu,,,teringat mak abah saya cerita pasal wedding diorang...tak bersanding,,,mkn dlm bersila dlm rumah aje...mcm pndkr*abah saya kata*tp itu zmn dulu2 kan...everything is simple...zmn skrg ni semua org sibuk nak buat grand...

soooooour said... Reply Comment

xyah kahwin...4eva alone..wakakaka!

Anak Wak Mail said... Reply Comment

hrmm..tp kan,,kalau kat kampung saya,,org tak suka pakai katering,,nanti jiran2 kecik hati..jiran2 suka datang tolong2 masak..;)

mcm susah je kawen,,pdhl yg wajib akad nikah je.

fadh leyanie said... Reply Comment

semakin hari semakin tahun barang semua semakin mahal..semuanya pakai duit..
eceh,tudung sama dgn latar tema pelamin :D

Botak said... Reply Comment

kalau semua nak besar-besaran., mahal-mahal belaka., alamatnya ramailah orang membujang sampai ke tua., hahahahaha..

Juliet_iRa~" said... Reply Comment

hee...zmn skarang smua guna duit...xda duit...xdpt la kan..huu

heee malu kot duduk atas pelamin tu..xleh byg lagi..haha

محمد رازيق said... Reply Comment

hehe. itulah pasal. sy pun pikir 2-3 kali bnda2 ni.. hehe.. nak kawin pun risau.. apapun kena stabil dulu b4 kahwin.. free2, jmput singgah blog sha, jmput bc entri HUKUM MANDATORI??