Tuesday, January 3, 2012

Rindu Michael Scofield.


Michael Scofield, the coolest character ever!

Aku layan drama ni masa umur tak cecah 20 lagi.hahaha. Kalau tak silap tahun 2006, aku baru masuk matrik. Masa ni, 8tv pun baru lagi dan drama ni (season 1) ditayangkan setiap hari isnin pukul 10.30 malam selepas cerita NCIS (wah, aku ingat semua ni).

Dulu tak reti download-mendownload ni, tengok tv pandailah. Lepas makan malam, konfirm aku dengan bf aku,bukan boyfriend tapi bestfriend menapak ke mahallah aisyah sebab 8tv di mahallah aku gambar bergegar-gegar. Maklumlah tv pakai aeriel tak guna astro. Gambar jadi kelabu asap. Sebab nak tengok Michael Scofield dengan high definition, aku pergi mahallah aisyah. Sanggup tunggu dari pukul 9.30 sambil layan NCIS dulu sebelum tengok Prison break.  Nasib ada peneman setia yang tahu kegilaan aku dan sama-sama suka cerita ni.

Aku suka cerita ni sebab jalan cerita dia menarik dan unpredictable. Setiap minggu bila habis je cerita ni mesti akan aku mengeluh "Ahhhhh, apa akan jadi next week ni? Lepastu, baru keluar iklan preview  "Next week on prison break". Curiousity killed the cat. Tapi tak ada seekor kucing pun mati disebabkan curiousity aku ni. :p

Lagi aku suka watak Michael Scofield yang super duper cool dalam cerita ni. Dia pandai mengawal situasi dan sweet. Ini pun crush aku. Sebab Michael Scofield inilah aku jadi peminat no.5 Wenworth Miller. Kenapa 5? Klise la letak peminat no.1. Walaupun kawan aku bising kata dia gay, tapi tak apalah Went, saya suka awak dari jauh. Bolehkan? Saya betul-betul harap awak memang tak gay! Dan kalau ada muka iras-iras awak, saya ok.hahaha.

Oh, bercakap tentang muka iras Went, dulu aku pernah tulis entri pasal ni. Aku pernah jumpa Wentworth versi melayu.   Terkedu sekejap tapi cepat-cepat mengawal perasaan.hahaha. Padahal tak ada apa-apa pun.

Nota tangan: Entri merepek 2012. Tengok wiki Mr. Went akan ada filem pada tahun 2012.*smileeee*

5 sen?!:

Anak Wak Mail said... Reply Comment

Prison Break ni,,dulu aku marathon je tengok cite ni..hehe..tak tengok kat tv..:P

Juliet_iRa~" said... Reply Comment

haha suka juga..suka tgk ncis, suka tgk prison break..heee :)

psss : nt cuba buat ea..hee..akk pon kdg2 mls tp suka cuba bnda baru..:)

محمد رازيق said... Reply Comment

aku pun suka. best tuh prison break. jmput singgah blog bc Dahulu itu..

soooooour said... Reply Comment

layan Glee je..hahaaha..

Sha. N. said... Reply Comment

@Anak Wak Mail Hehehe, ni sebab ikut tv, tak boleh marathon lah..

@ Juliet_iRa~" :nanti kalau ada masa I try.

@ محمد رازيق : Kan? prison break mmg besh

@soooooour : Aku tak layan glee..hehe