Friday, May 22, 2009

My 'Syed'

Bunyi macam 'My Side' kan?

Bahagian 1
.:::. Idea tajuk ni aku dapat ketika aku dalam perjalanan balik ke Kuantan untuk cuti hujung minggu. Kebetulan, masa aku tunggu bas di Greenwood ada seorang lagi yang nak balik Kuantan juga. Mula-mula, kami cuma senyum-senyum dan tanya destinasi masing-masing. Tapi disebabkan terlalu lama menunggu bas yang tak muncul-muncul, kami mula berkenalan sikit-sikit. Dan kebetulan pula, dia adalah pelajar uia dan sebaya dengan aku dan kami duduk bersebelahan dalam bas.

Nak dijadikan cerita, dia bertanya soalan kepadaku tentang apa definisi 'Teman tapi Mesra'. Aku sebenarnya malas nak berfikir, dengan sesaat aku menjawab kawan baik yang sangat rapat.Dan disitulah dia pun bermula cerita tentang hubungan rapat seorang syed,cinta kepada kekasih hati dan sejarah bersama bekas bf. Maka bagi aku,terjadilah entri yang bertajuk ini.

Bahagian 2
.::. My Syed .::.
Takkan ada kaitan dengan cerita di atas lagi. Cuma membuatkan aku berfikir yang rumitnya perasaan ini. Ditambah pula jika melibatkan perasaan kasih, sayang, cinta.
Konflik. Dia sayang kamu, kamu sayang dia tapi........

Kalau kita ikut perjalanan cerita kan lebih senang? Contohnya, jika anda sudah putus atau hubungan retak menanti belah dengan kakashi hati, kenapa perlu gopoh-gapah mahu cari pengganti.Ikut saja aturannya.Ambil masa untuk hidup solo dan single. Tapi, kebanyakan orang akan berkata begini, 'aku tak boleh hidup sorang', 'aku sayang dia lagi' 'sayanglah, kami dah lama kapel'. Susah kan? Inilah yang dikatakan my syed. selalu berada di sisi.(Kononnya)

Bagi aku, 'My side' adalah kasih sayang yang selalu berada di sisi kita dan proses mengenali yang berterusan. Dan jika difikirkan, keluarga, rakan-rakan juga adalah 'my side'.Mereka adalah orang yang sayang kita,mengenali, mengetahui dan memahami kita.
Namun,'My Syed'juga adalah my side.Bukan hanya ketika bercinta, baru berkahwin tetapi untuk selamanya.

Nota tangan; Aku harap 'My Syed'ku adalah Syed.Dan tiada seorang Syed pun yang tercedera atau terluka dalam pembikinan entri ini.

1 sen?!:

qlachan said... Reply Comment

"Bagi aku, 'My side' adalah kasih sayang yang selalu berada di sisi kita dan proses mengenali yang berterusan. Dan jika difikirkan, keluarga, rakan-rakan juga adalah 'my side'.Mereka adalah orang yang sayang kita,mengenali, mengetahui dan memahami kita.
Namun,'My Syed'juga adalah my side.Bukan hanya ketika bercinta, baru berkahwin tetapi untuk selamanya."

~setujuuu sangaattt!!

"Aku harap 'My Syed'ku adalah Syed.Dan tiada seorang Syed pun yang tercedera atau terluka dalam pembikinan entri ini.hehehe"

~ait?memilih nampak? nk teruskan kesinambungan syed/syarifah ek?bagus le...mesti best family tree sha nanti, kan??