Wednesday, May 20, 2009

Perempuan

Kebetulan tak ada 'mood' dalam kelas hari ini, jadi aku ambil peluang untuk tulis sesuatu bila orang lain sedang khusyuk dalam kelas. Mungkin disebabkan terlalu banyak menonton drama/filem dan membaca novel waktu sem pendek ni, kepala aku jadi bersarang dengan fakta-auta ciptaan sendiri tentang perempuan.

P=Pelik
E=Emosional
R=Rumit
E=Explosion
M=Misteri
P=Protagonis
U=Unik
A=Antagonis
N=Nonsense

Pelik. Kebanyakan perempuan mempunyai tabiat di mana mereka suka menghabiskan masa berjam-jam ketika beli-belah. Mereka akan masuk semua kedai yang ada dalam mall tersebut tanpa membeli apa-apa tetapi untuk 'cuci mata'. Lumrah bagi perempuan untuk melangkah masuk kedai aksesori, tak kiralah aksesori perhiasan diri atau yang aksesori barangan rumah sebab perempuan suka akan barang yang cantik dan menarik.

Emosional. Memang sangat emo!!Aku seorang perempuan pun tak tahan kalau ada perempuan emo tak pasal-pasal. Macam mintak nak kena lempang aje. Lebih-lebih lagi kalau hormon tak stabil. Kadang-kadang boleh marah menangis dengan tiba-tiba. Kalau salah timing bila mood tengah marah, alamatnya kaulah yang akan kena marah balik kalau buat salah.

Rumit.Complicated. Suka memikirkan perkara-perkara yang rumit dan kadang- kadang sukar membuat keputusan. Apa yang boleh aku rungkaikan dari kebanyakan drama dan novel yang ditonton dan dibaca ditambah juga dengan pengalaman dan keadaan sekeliling, perempuan tidak pasti dengan perasaan sendiri. Contohnya seperti perasaan; entahlah, tak tahulah, tak sure lah, saya nak tapi saya tak nak, suka tapi tak sukalah dan sewaktu dengannya. Dalam erti kata lain, perempuan memang suka mengambil kira banyak benda sebelum buat keputusan walaupun kadang-kadang untuk hal yang remeh -temeh seperti di bawah;

A; You rasa baju ni ok tak dengan i? I sukalah dengan baju nih.
B; Erm, you nampak chubby sikitlah kalau pakai baju ni.
A; Really? Tapi i suka baju nih.
B; It's all your choice.
A;...........berfikir........
Secara logiknya, kalau dah suka, beli sajalah!!Tetapi,akhirnya, mestilah si A takkan beli baju tadi kerana aspek kejelitaannya dan kegemukannya diambil kira.

Explosion. Letupan. BOOm. Sekali perempuan meletup, gegar satu dunia. Ini tipu. Mestilah takkan.  Marah-marah perempuan pun, dia akan rasa bersalah dan simpati pada orang yang kena marah tadi. Tidak kira dia jenis sekasar-kasar perempuan. Mesti dia akan ada rasa bersalah jugak.

Misteri. Sukar difahami. Perempuan, misteri dengan cara mereka. Perempuan di dunia ini tidak sama perangai antara satu sama lain. Mungkin ada yang jenis sensitif, manja, lemah-lembut, dan mungkin ada yang kasar dan berhati batu. Sebab itu,cara nak mengorat perempuan berbeza-beza. Ada yang suka didekati secara perlahan-lahan dan ada juga yang suka didekati secara gentleman.

Protagonis. Perempuan boleh jadi musuh anda yang paling dan sangat dibenci. Means Girl. Sebab itu, kalau selalu tengok dalam cerita dan realiti, perempuanlah yang jadi orang ketiga, penuh hasad dengki, busuk hati dan segala-galanyalah. Mulut jahat.

Unik. Perempuan adalah unik. Kerenah, ragam, perangai yang boleh menyebabkan sekelilingnyea pening kepala, sakit hati, gembira, bahagia, sedih dan seterusnya.

Antagonis. Bila sudah ada watak yang sangat dan amat jahat, mestilah wujudnya antagonis. Macam perempuan jugak. Ada side baik dan kurang baik. Dan perempuan memang ada sifat baik yang kalau nak disenaraikan banyak dan perempuan memang dikenali dengan sifat lemah-lembut, baik hati, sopan-santun.

Nonsense. Mengarut. Dan memang pun, perempuan kadang-kadang nonsense dan ridiculuous. Selalu fikir kononnya keputusan yang dia fikir betul akan mendatangkan kebaikan kepada semua orang walhal sebenarnya buat dia dan orang sekeliling dia lagi sakit jiwa. Nonsense betul! Kadang-kadang sanggup berkorban untuk orang lain tapi tak berfikir untuk diri sendiri. Sesetengah kawan lelaki aku cakap yang perempuan ini selalu tak berfikir panjang.Main ikut sedap saja. Lepas tuh, baru sedar apa yang dia buat. Hahaha

Nota tangan; Apalah dalam kelas fikir benda ni. Nampak sangat tak fokus.