Wednesday, December 30, 2009

Nasi Pinggan kaca

Dua tiga hari lagi, 2010 akan masuk dalam kalender hidup aku. Umur pun naik lagi setahun. Praktikal lagi. Semua nih, menunjukkan aku semakin dekat dengan alam bekerja. Tapi betul ke sudah bersedia??~~~~~~~~~

Ok, tinggalkan teka teki tentang masa depan aku nih, jom kite menyenangkan hati pada petang yang indah nan permai ini. Suasana yang seronok untuk bercerita tentang perkara yang bahagia.Tapi, errrr, ada ke perkara bahagia yang berlaku dalam masa terdekat ni? Oh ye, esok aku akan balik!! Mungkin tuh, yang buat aku girang. Sebabnya, aku da bosan makan nasi bungkus tupperware. Nak makan nasi dalam pinggin kaca pulak!! Rindu nak makan masakan rumah. Memang beza makan nasi bungkus dengan nasi pinggan kaca!!




Nota tangan; Terliur bila tengok k.su makan nasi yang dia bawak dari rumah..(ish..apadaaa)

Sunday, December 20, 2009

Setahun bersama...

Sepatutnya aku sibuk menyiapkan report!!!tapi errghhh, tak ada mood. Macam mana nih??Kemudian, IDEA!!

Log in blog dan post dalam nih.

Aku sayang kau Blog. Dekat sinilah aku meluahkan idea aku yang tak berapa bernas nih. Dekat sinilah jugak macam-macam cerita yang aku tulis sepanjang setahun nih dan kebetulan pulak dah nak masuk tahun baru pun.

Tadi pun bila baca semula karya-karya aku yang terkebelakang, terasa pulak kematangan dalam menulis.(Eceh, angkat bakul sendiri nampak). Boleh pulak tertulis macam-macam jenis karya. Betul syok sendiri la kau ni!!

Tapi betullah, menulis blog ni pun adalah salah satu terapi untuk melegakan stress dalam diri. Siapa yang beri nasihat nih???Sendiri mahu fikirlah...



Nota tangan; Ada bakat tak untuk jadi penulis?????hurmmm...

Do I need these??

Dah masuk 2 minggu, aku start sem baru. Banyak juga yang aku 'habiskan'. Ini semua gara-gara keluar. Kawan aku kata, aku ni shopaholic! Tapi, taklah!!!!!! Aku cuma selalu keluar saja. Teman si Jenab la, si Kiah la, beli barang dapur la, beli itu ini.(Banyaknya alasan untuk keluar)
Itu pun jarang-jarang.(Errrr, macam tak boleh terima je ayat ni,rasa macam tiap-tiap minggu saja aku keluar.Erghhh.....)

Oklah,memang betul aku selalu keluar, tapi aku cuma beli barang yang MURAH. Itu yang selalu nampak macam aku banyak shopping.Sebenarnya, berkira-kira jugak aku kalau mahu beli barang yang mahal. Sayang Wehhh....Kadang-kadang bukan guna sangat pun, tapi sebab cantik, TERbeli jugalah...So,Do I need these???

Jalan penyelesaiannya, jangan keluar.Sebab kalau tak keluar, duit takkan keluar jugak. As simple as 123,ABC.



Nota tangan; Jom simpan duit untuk terbang!!

Saturday, December 19, 2009

Sila Berpijak di bumi yang nyata



Aku baru habis baca satu novel nih. Dan terus aku jatuh cinta pada watak lelaki dalam cerita tuh. Aku tahu story is a story and Movie is a movie things.Hanya imaginasi pembikinnya. Tapi,perasaan suka itu takkan dapat lari kan??Memang betullah, bila bab feeling-feeling nih, manusia selalu fail. Senang terpedaya.

Dan tersangat betul, perempuan cari lelaki idaman berdasarkan data requirement dalam checklist yang ada dalam kepala otak mereka. Mestilah ada ciri-ciri begitu, begini, dan bla bla bla bla.Konon, mahu yang kewwl, encem, sedap mata memandang, baik hati, ada sense of humor, bla bla bla.Ha, kan da macam checklist. Dan ini adalah fantasi!

Tapi bila bab realiti, checklist tuh dah tak berapa dipandang walaupun sebelah mata sebabnya kalau dah jatuh cinta,alamatnya semua jadi indah belaka. Dunia kami yang punya.Aku ada dia(wah giler jiwang).

Cuma, dalam hidup nih feeling-feeling juga, tapi kita hidup dalam realiti yang bukan fantasi. Yang bukan seperti cerita dongeng; sinderella, puteri salju atau rapunzel.

Nota tangan;~~ Selamat tahun Baru hijrah~~

Friday, December 11, 2009

Kau Hebat --Aku??

Kita selalu lupa atau jarang ingat dengan apa yang kita ada, tetapi kita selalu ingat apa yang orang lain ada..

Nota tangan; Betulkan??

Tuesday, December 8, 2009

Hatiku


Apa perasaan kau sekarang??
Sama seperti dulukah??
Atau terasa sesuatu?
Apa?? Apa dia??
Tolonglah wahai hati, jangan mainkan perasaanku..


Nota tangan; Bila mahu tulis cerita cuti sem break???

Monday, December 7, 2009

Aku rindu pada kau!!! Sangat!!

Aku rindu mahu menulis dalam blog. Aku baru naik cuti sem, 2 minggu lepas. Balik rumah tak dapat nak online disebabkan broadband tak berbayar. Jadi, aku tak dapatlah nak menulis. Yang pasti, kalau dah namanya cuti, mestilah seronok walaupun tak kemana-mana.

Nota tangan; Mahu sambung cerita cuti...