Thursday, December 20, 2012

Sebab dorang comel

Si hensem abang long.

Si manis kakak

Si comel adik




Nota hati: Eh, eh, eh, saya tak kahwin lagi. Ini semua anak saudara yang kiut-miut.

Wednesday, December 5, 2012

10 perkara perempuan selalu buat yang ... errr, i just don't get it.

1. Simpan resit atm, resit beli barang giant, jusco, mydin lepas shopping. Dengan harapan, akan tengok semula bila sampai rumah untuk buat kira-kira. Tapi hakikatnya, jadi sampah dalam purse.

2. Diet. Makan-makan lepastu kata nak diet padahal berat ok jer. Kalau boleh nak kurus macam model. *Obses nak jadi kurus*

3. Kalau keluar ramai-ramai dekat shopping mall, mereka akan pergi tandas secara berjemaah. Mengeratkan ukhwah katanyeww..

4. Mereka sangaaaaaaaaaat laaaaaaaaaaaamaaaaaaaaa shopping.  Kalau boleh nak duduk dalam kedai tu sampai buka esok harinya.

5. Perempuan cakap apa yang diorang nak tapi dengan ayat berpusing-pusing. Contoh : "Sedap jugak kalau makan sushi king ni, padahal ayat senangnya " Jom makan sushi king"

6. Bila seseorang perempuan cakap sesuatu benda tu comel, yang lain pun ikut sama "A'aaaaa, comellah kucing tu.''  (padahal  kucing tu kurus kering je.)

7. Pantang jumpa benda-benda yang bercermin. Pintu cermin, cermin mata, tingkap kereta asal bercermin.  Sebab nak cek tudung kelepet ke tak.

8. Sentiasa ada perut untuk dessert. Benda-benda yang comel dan mahal macam macaroon, pavlova, cupcakes, tutti fruti, dan banyak lagi.

9. Baju penuh dalam almari tapi tetap kata tak ada baju nak pakai.

10. Dalam almari,  ada beratus-ratus koleksi tudung dari sekolah sampai universiti tapi tetap tak ada yang matching kaler dengan baju.

Nota hati : Unikkan perempuan ni. hahahaha



10 Most Annoying Songs

1. Aku suka dia  - Ainan Tasneeem.
Aku lihat di sana, mendekatinya, aku suuukaaaaaa dia......... kuih paaaaauuu!!

2. Oppa Gangnam Style -Psy.
Oppa taksenonoh style.

3. I dont need a man - Miss A
Chinca?? pffffftttt

4. Cintamuka buku- Najwa Latif
 Cinta twitter, i follow you, you follow i.

5. Ahmad- Aurora Salwa
Ahmaaaaaaddd, dialah superstaaaaarrr, dialah Ahmad Albab. Harta ini Ahmad Albab yang punya.

6.  That' not my name - The ting tings
That's not my name. Sila ulang 50 kali ... Yes, i know already that's not your name.

7. Friday -Rebecca Black
I don't know were to sit, in front seat or back seat. Urgghhh, this is your big problem?

8. Penakut - Yuna
 Oh, ini tidak adil, tidak adil, tidak adil baginyaaaaaa..  *kes ni boleh di bawa ke mahkamah utk pengadilan*

9.  Jangan ganggu pacarku - Aliff Aziz
Berhentilah rayu pacarku, tagging2x, poking2x.. Rasa nak choking2x bila dengar lagu ni.

10. Baby- Justin Bieber
Baby, baby baby.. ohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh... First time dengar ingat perempuan yang nyanyi. duhh.

Nota hati: Lagu lirik ulang-ulang, suara mendatar,  style gagap gagap  i cannot goooo.. Rasa nak hempas radio bila lagu ni keluar.




Sunday, December 2, 2012

Sindrom hero kedua.

Biasanya aku tengok cerita selalu hero pertama yang menang. Frust sangat. Geram bila heroin pergi pada hero pertama. Yelah, hero pertama  mesti first love dia, banyak kenangan dan bla bla bla. Tapi tapi tapi hero pertamalah yang selalu buat dajal, cemburu buta melampau-lampau, suka sakitkan hati heroin, dan sensitif mengada-ngada.

Kalau dalam cerita heroin mesti jatuh cinta pada BAD BOY? Bad boy yang tak percaya pada kekasih, terlalu mengongkong,cemburu buta serta tak berpendirian.  Paling tak tahan, bila dia percaya bulat-bulat gosip orang lain lebih dari kekasih sendiri. Kalau tak percaya pun, siasatlah dulu bukan terima bulat-bulat. Ini lelaki jenis tak pandai kawal situasi dan emosi.

Tapi kalau hero kedua,  mesti baik dan selalu percaya heroin. Jenis yang lembut, tak garang dan selalu ada bila heroin dalam kesusahan. Kalau aku yang buat cerita aku akan twist heroin pergi pada hero kedua. Baru best dan lain dari yang lain. hahaha..  Sebab aku rasa sakit hati bila heroin pilih hero pertama yang tak semenggah tu.

Yeaahh, Dua-dua hero dalam Autumn tak dapat heroin. Aku suka. *gelak jahat*
Sekian.

Nota hati: Orang kata, kalau jatuh cinta pada dua orang, pilih yang kedua. Sebab kalau kita sayang yang pertama, kita takkan jatuh hati pada orang kedua. 


Saturday, November 24, 2012

Aku tak suka line ....


1. Saya dah follow awak.
So? maknanya aku kena follow balik ke?

2. Thanks for the add ..
Heh? Bila masa aku add?

3. Tengah buat apa tu?
Dengggg, kalau dah tengah online jangan tanya soalan ni.........pandai!

4. lol..
Ye tahu, lol tu laugh out loud. Tapi aku tak suka. Bunyi macam sarkastik dan ketawa tak ikhlas. hahaha

5. dow..
Cantik  dow, lawa dow..  Nak tampar dooowww?

6. Dah makan?
Kalau tak makan lagi, nak belanja kewww?

7. Sihat?
Kalau sakit tak de la melangok depan laptop ye dok?


Nota hati: Rasa nak muntah dengar.

Wednesday, September 26, 2012

4 TAHAP MENDIDIK ANAK MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH SAW.

PERTAMA:
Umur 1-7 tahun. Pada masa ini, Rasulullah SAW menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak berbatas. Biarkan anak-anak bermandik
an kasih sayang pada tahap ini.

KEDUA
Umur 7-14 tahun. Pada masa ini Rasulullah SAW menyuruh kita untuk mula menanamkan DISIPLIN kepada anak-anak dengan mengajar dan menyuruh mereka untuk mengerjakan solat. Bahkan apabila umurnya sudah sepuluh tahun, seorang ayah boleh memukul anaknya jika enggan mengerjakan solat.

Rasulullah SAW bersabda. "Perintahkanlah anak-anak kamu untuk sembahyang pada usia tujuh tahun; dan pukullah mereka kerana meninggalkannya pada usia sepuluh tahun; dan pisahkanlah di antara mereka (anak-anak kamu) di dalam tempat tidur." - Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Berdasarkan pakar-pakar jiwa anak, sememangnya pada umur 7-14 tahun ini masa terbaik untuk menanamkan disiplin dan pembentukan sahsiah seorang anak. Pada fasa inilah seorang ayah akan menjadikan anak itu seorang muslim atau Yahudi, Nasrani dan Majusi seperti yang dikatakan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya bahawa setiap anak yang lahir dalam keadaan suci. Maka, ayah dan ibulah yang akan mencorakkannya.

KETIGA
Umur 14-21 tahun. Pada masa ini orang tua sudah MENUKAR penanaman disiplin dengan cara yang agak KERAS kepada yang RASIONAL. Orang tua sudah semestinya mendidik anak dengan cara menjadikannya sahabat dalam berdiskusi, mengajaknya ikut dalam membincangkan masalah keluarga dan diberikan satu-satu tanggungjawab dalam hal-hal tertentu di rumah. Hal ini penting agar anak berasa dirinya punyai tanggungjawab mengambil berat hal-hal dalam keluarga.

KEEMPAT
Umur lebih 21 tahun. Pada masa ini, orang tua sudah boleh melepaskan anaknya untuk belajar menempuh hidup akan tetapi tetap melihat perkembangannya dan memberikan nasihat serta peringatan-peringatan apabila anak tersalah atau terlupa.

Dalam kehidupan kita sebagai orang Islam, kadang-kadang pendidikan yang diajar oleh Rasulullah SAW itu tidak benar-benar diamalkan, bahkan ramai yang tidak mengamalkannya sama sekali.

Ada orang tua yang terlalu memanjakan anak sehingga umur 14 tahun dan baru mula mengajar dan menyuruhnya solat pada usia mereka 15 tahun sehingga mereka bukan sahaja enggan melakukannya malah marah kepada ibu bapanya. Jika kewajipan yg tertinggi (iaitu solat) yang telah diperintahkan ALLAH SWT Yang Maha Agung diabaikan apatah lagi dengan perintah dan suruhan orang lain termasuk ibu bapanya.

Kesimpulannya, masalah disiplin dan jenayah remaja dan pelajar muslim berkemungkinan terjadi kerana rapuhnya pendidikan iman dan cara didikan yang salah. Sebahagian ibu bapa menafikan hal ini kerana mereka tidak sedar kekerasan dan cara pendidikan yang mereka terapkan kepada anak-anak adalah secara membuta tuli tanpa melihat perkembangan umur anak-anak sehingga anak terasa dizalimi dan seterunya membesar dengan perasaan marah dan dendam kepada ibu bapa.

Sekiranya sebelum ini anda leka....Ianya masih BELUM TERLAMBAT...ajarlah dan ajaklah anak-anak anda untuk SOLAT....kerana ianya kunci bagi segala-galanya permasalah didunia ini...

Sabda Rasulullah SAW : “Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mengerjakannya maka ia menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya ia meruntuhkan agamanya.” - Hadis riwayat Al-Bahari dan Muslim

Dari Abdullah r.a., sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Ditegakkan Islam atas lima perkara: pengakuan syahadah iaitu tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan ALLAH, pengakuan bahawa Nabi Muhammad itu Rasulullah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan fardhu haji dan berpuasa di bulan Ramadhan.” - Hadis Riwayat Muslim

Diadapatasi semula oleh RP.
https://www.facebook.com/rahsiaperkahwinan



Nota hati : Sedih bila ibu bapa tak ambil peduli pasal anak-anak..

Monday, September 17, 2012

Kenapa ek dalam drama melayu...

.....nak menunjukkan hero tu hensem, kaya dan ala-ala eligible bachelor mesti kerja pilot, tak pun pengarah syarikat.  Doktor,cikgu, pensyarah tak kaya ke?

Pilot tu cool meh..
Spoiled brat
.... Heroin perempuan kampung. Perempuan kampung yang baik, pandai masak,boleh urus rumah tangga tapi tak educated. What the heck? Perempuan kampung tak boleh belajar tinggi sampai pergi oversea ke?

Saya adalah calon yang sesuai untuk  jadi isteri awak. *hihihi*
.....Perempuan jahat mesti orang bandar, pergi clubbing, menyeksi 24 jam, make up sekati tebal. Tapi educated, belajar oversea. Hohh? What the what the...
I'm hot and sexy... you know!
....Minah kepoh yang bawak mulut 24 jam. Mengumpat je kerjanya, apa masalah dia entah yang sibuk sangat jaga tepi kain orang. 
Geng gossip.
....Kalau watak tu budak sekolah atau muda, gigih jugak pilih pelakon yang berusia jadi watak muda. Aishh, my brain cannot function well.
Dah tua-tua macam ni pun, nak suruh jadi budak sekolah ke?grrrr
....Kahwin paksa. Belambak sangat cerita tema macam ni sekarang. Boring. Stress aku tengok.

I lock you for the rest of my life.
....Watak perempuan kalau nak tidur, sekati makeup kat muka dah macam opera cina, rambut siap wavy lagi. *Untuk semua drama asia* Tepek bedak nipis-nipis sudah la.Nak tidur pun cantik lagi. pfftt. Fail untuk crew makeup dorang ni.
Saya kena maintain cun walaupun tidur!

Nota hati: Dah tak terfikir dah, kalau ada lagi aku akan tambah.

Sunday, September 9, 2012

Quote men'quote'




Jangan sedih-sedih.

Allah sentiasa ada untuk makhluk ciptaan-NYA



Saturday, September 8, 2012

Bayar PTPTN melalui online

Bagi yang dah habis belajar, mesti sesakkan fikir nak bayar balik hutang ptptn tu. Yelah, nak kena pergi bank isi borang itu ini. Tapi sekarang dah ada cara mudah dan senang tak payah keluar pun. Cuma perlu klik je butang yang berkenaan.

Mula- mula google PTPTN ->  laman web rasmi -> E-Pinjaman -> isi no.IC -> penyata kira-kira pinjaman konvensional -> isi no.IC dan no. Pinjaman (ni kena Call Hotline PTPTN untuk tahu no. pinjaman kita -  03 2080 4455) ->Isi amount bayaran pada kotak  -> Lastly just follow the instruction given.

Senang kan? Nak bayar berapa pun ikut suka hati.

Tapi kena ada Maybank2u atau CIMB click atau apa-apa MEPS yang boleh bayar online la.
Nama pun bayar online kan? Kena la ada kad-kad macam ni.

Nota hati: Selamat membayar hutang. Kalau kita dah berhutang, pandai-pandailah bayar semula yek kawan-kawan.

Friday, June 8, 2012

Dia buat balik perangai.

Aku jenguk, tapi tak tulis,
Aku pantau, tapi tak tulis.
Aku baca blog orang lain, tapi tak komen.
Aku sign in, tapi seminit dua log out semula.

Nota tangan: Enjoy blogging untuk orang lain. 

Wednesday, February 29, 2012

Budak-budak

Oh budak-budak. Mereka ni comel. Tapi lagi comel kalau dengar kata.


Nota tangan: Happy leap year!

Sunday, February 12, 2012

OPEN THREAD


Kalau ada sebarang soalan (tak kisah apa-apa jenis soalan), boleh bertanya di ruang komen. Nanti aku balas. Terima kasih.

Nota tangan:  Motif? Malas nak tulis entri.hahaha *Jujur*

Sunday, February 5, 2012

Perempuan jangan jadi lemah boleh tak?

Kepada insan yang bergelar perempuan,

Kalau break up, jangan rasakan dunia ni dah berakhir. Tolonglah pandang ke depan. Sedih, menangis, meratap, meraung semua ni tak berbaloi langsung untuk diri sendiri. Kenapa rasa dunia ni cuma sempurna dengan dia sedangkan kita ada pilihan lain. Semua ni cuma minset. Kalau kita buang jauh-jauh perasaan dan fikiran ni, dah tentu kita boleh hidup sempurna atau lebih sempurna tanpa dia.

Jangan nampak kesian boleh tak? Dalam dunia ni, mempunyai teman lelaki atau putus dengan teman lelaki bukanlah perkara yang terpenting. Banyak lagi perkara yang lebih penting dan bermakna dalam hidup kalau kita fikir secara rasional. Kenapa nak bazirkan hati dan perasaan untuk orang yang bukan untuk kita? Analoginya, kenapa nak simpan gelas yang dah pecah dan tak berguna lagi, padahal kita patut buang saja dalam tong sampah. Nak isi air pun dah tak boleh. Pecah berkecai. Destinasinya memang tong sampah bukan? Atau untuk barang kitar semula. Jadi, masih ada lagi ke orang nak simpan lagi gelas yang dah pecah ni?

Aku tak tahu kalau ada juga yang simpan lagi gelas yang dah pecah berkecai ni. Mungkin orang jenis ni susah nak lepaskan sesuatu. Sebab dia sayang sangat-sangat. Tapi percayalah kalau simpan pun tak berguna, buat semak dan membahayakan sekeliling. Mana tahu,serpihan kaca gelas ni boleh mendatangkan kecedaraan dan luka pada kita.

Dan dunia ini tak akan berakhir walaupun tanpa kehadiran seorang lelaki. Kita hidup untuk diri sendiri. Bukan untuk dia atau siapa-siapa. Putus cinta tak bermakna hidup kosong atau mati. Ini adalah permulaan baru untuk kita jadi lebih baik. Kita berhak hidup dengan gembira dan bahagia. Jangan jadikan kenangan lama merosakkan masa depan. Kenangan cuma untuk dikenang tapi masa depan untuk kita hadapi. Menangis air mata darah sekalipun, itu cuma kenangan. Yang penting masa depan kita.



Nota tangan: Geram tengok perempuan lemah-lembik ni.

Thursday, January 26, 2012

Bapak aku marah sebut giler

Cantik giler
Besar giler
Lawak giler
Sibuk giler

Aishhh, semualah giler. Pendek kata dalam dunia ni tak ada pun yang tak giler. Kata bapak aku lagi, patutlah dunia sekarang ramai orang giler. Hari-hari dok sebut giler.

Bahasa Malaysia kan cantik. Tapi kita tetap guna bahasa murah macam ni. Tukar giler jadi sangat ok?

Nota tangan: Entri pendek bagi nasihat.



Tuesday, January 24, 2012

BFB, you just lost me.

Surat layang no.1

Dear facebook,

Saya dah bosan dengan awak.

Sekian. Terima kasih.

Ikhlas,
Saya.
Surat layang no.2

Dear boyfriend,

I don't need you.
Sincerely,
Me.

Nota tangan: No no no.

Tuesday, January 17, 2012

Simple Life.



Sumber: Makedreamreal

Saturday, January 14, 2012

Random pictures



Memang random pun. 

Nota tangan: Apa-apalah.

Wednesday, January 4, 2012

Kahwin?!

Sekarang kos kahwin pun macam nak beli rumah. Mahal! Serba- serbi mahal. Dari duit hantaran hingga ke kenduri-kendara. Sekarang, tak mainlah buat kenduri kecil-kecilan. Nanti dikata orang pulak. Paling tidak, tumbang lembu seekor. Ingat tumbang lembu seekor tu tak banyak ke? Boleh jamu lebih kurang seribu tetamu.

Lepastu nak sewa pelamin, meja makan pengantin, goodie beg tetamu,  haishhh, banyaklah. Kalau dulu, mungkinlah orang kata belah perempuan lagi banyak guna duit untuk kahwin. Tapi sekarang, belah lelaki pun tak kurang hebat kena keluarkan duit bila majlis jemput menantu. Tak percaya? Kahwinlah.. Cuba try test tengok.

Tapi sebenarnya, banyak cara boleh kurangkan kos secara LOGIKNYA. Contohnya:

Kad Kahwin:
Pilih yang simple tapi menarik. Yang penting murah. Kalau beli mahal pun, orang buang dalam tong sampah jugak. Pilihan aku, kad kahwin sekeping yang ada print depan belakang. =p
Simple dan tak banyak printing colour. Gambar dari google.
Goodie beg:
Sama macam kad kahwin. Pilih yang simple dan murah.

Barang Hantaran:
Banyak-banyakkan tengok majalah pengantin. Dari situ, boleh aplikasi pada hantaran sendiri. Jadi kreatif.

Pelamin:
Pelamin ni aku rasa rugi sangat kalau sewa beratus-ratus ringgit untuk 1-2 hari saja. Tapi aku tahu, pelamin sekarang memang cantik-cantik yang buat rambang mata. Buat sendiri pun idea bagus jugak. Jadi, fikirlah dengan bijak.
Simple dan menarik.  Boleh DIY. Do it yourself. Ini pun google.
Make up @ mak andam:
Belajar tutorial dalam internet. Lepastu try make up sebulan dua sebelum berkahwin. Kalau tak pandai jugak, minta tolong kawan yang pandai make up. Kalau susah jugak, cari tukang make-up yang boleh make-up RM50.

Photographer:
Photographer sekarang mahal macam sewa pelamin. Baik beli kamera DSLR , kemudian suruh ahli keluarga yang ambilkan gambar. Bila beli kamera boleh guna banyak kali. haha

Meja makan beradab:
Makan dalam rumah bersila tak boleh ke? hahaha

Baju pengantin:
Tempah dan design sendiri aku rasa lagi murah dari sewa beratus-ratus. Maksud aku dekat sini, bukan suruh design dengan designer terkenal macam Vera wang , tapi hantar dekat tukang jahit yang selalu kita tempah baju tu. Ok apa?

DJ kahwin:
Tak perlu kot DJ ni bila kenduri. Kalau nak ada lagu, download sendiri mp3 kemudian pasang kuat-kuat dekat radio, biar bergegar satu kampung/ taman perumahan.

Tukang silat, kumpulan kompang:
Kalau bunyi kompang boleh download dari internet dan mainkan dekat radio. Tapi kalau tukang silat, tak ada pun tak apa.

Katering:
Nak tahu sebab apa katering mahal? Sebab orang sekarang dah tak macam dulu, jiran semua sibuk tak boleh nak merewang buat kerja masak-memasak ni. Semua ambil jalan mudah pakai katering. Bayarlah untuk harga 'kesibukan' kita ni.

Logik. Agak-agak berapa boleh jimat?
Try test duduk atas pelamin.  Lebih kurang macam duduk interview kerja. 
Nota tangan: Long way tooo go.

Tuesday, January 3, 2012

Rindu Michael Scofield.


Michael Scofield, the coolest character ever!

Aku layan drama ni masa umur tak cecah 20 lagi.hahaha. Kalau tak silap tahun 2006, aku baru masuk matrik. Masa ni, 8tv pun baru lagi dan drama ni (season 1) ditayangkan setiap hari isnin pukul 10.30 malam selepas cerita NCIS (wah, aku ingat semua ni).

Dulu tak reti download-mendownload ni, tengok tv pandailah. Lepas makan malam, konfirm aku dengan bf aku,bukan boyfriend tapi bestfriend menapak ke mahallah aisyah sebab 8tv di mahallah aku gambar bergegar-gegar. Maklumlah tv pakai aeriel tak guna astro. Gambar jadi kelabu asap. Sebab nak tengok Michael Scofield dengan high definition, aku pergi mahallah aisyah. Sanggup tunggu dari pukul 9.30 sambil layan NCIS dulu sebelum tengok Prison break.  Nasib ada peneman setia yang tahu kegilaan aku dan sama-sama suka cerita ni.

Aku suka cerita ni sebab jalan cerita dia menarik dan unpredictable. Setiap minggu bila habis je cerita ni mesti akan aku mengeluh "Ahhhhh, apa akan jadi next week ni? Lepastu, baru keluar iklan preview  "Next week on prison break". Curiousity killed the cat. Tapi tak ada seekor kucing pun mati disebabkan curiousity aku ni. :p

Lagi aku suka watak Michael Scofield yang super duper cool dalam cerita ni. Dia pandai mengawal situasi dan sweet. Ini pun crush aku. Sebab Michael Scofield inilah aku jadi peminat no.5 Wenworth Miller. Kenapa 5? Klise la letak peminat no.1. Walaupun kawan aku bising kata dia gay, tapi tak apalah Went, saya suka awak dari jauh. Bolehkan? Saya betul-betul harap awak memang tak gay! Dan kalau ada muka iras-iras awak, saya ok.hahaha.

Oh, bercakap tentang muka iras Went, dulu aku pernah tulis entri pasal ni. Aku pernah jumpa Wentworth versi melayu.   Terkedu sekejap tapi cepat-cepat mengawal perasaan.hahaha. Padahal tak ada apa-apa pun.

Nota tangan: Entri merepek 2012. Tengok wiki Mr. Went akan ada filem pada tahun 2012.*smileeee*