Friday, December 31, 2010

Am I ridiculous?

Sedar atau tak, dalam dunia ni banyak benda yang ridiculous!
Ok, dalam erti kata lain, mengarut atau nonsense atau tidak masuk akal.
Contoh:
Cerita mengarut.
Cakap mengarut.
Kerja mengarut.
Orang mengarut. (er, ada ke orang mengarut?)

Betul kan?
Sebab benda-benda ridiculous ni lah yang buat hidup jadi sangat komikal.

Nota tangan; Entry mengarut. Abaikan.

Saturday, November 6, 2010

Mabuk "Coffee House"


Dalam musim-musim perah otak nih, boleh lagi layan drama korea kan? Adeh. Tapi memang drama ni, sangat best. Sungguh sedap.*mashta*

"Coffee House- Page one."

This is not typical Korean drama. This cracks my stomach so much. Twisted storyline and believe me, you will love it if you love me. ha ha ha . Comedy as well as love story. (standardlah genre cerita korea kan). And as usual, i've downloaded the OST. Really love it. (Jawapan standard untuk orang yang gila OST)

Nota tangan; Oh, pening kalau ada watak macam Lee Jin Soo. Selamat menonton.

Saturday, October 30, 2010

Writing is my interest.

Tapi aku ada sindrom M yang melampau-lampau buat masa sekarang. Itu yang jadi blog tak update. Cis betul! Bukan setakat blog, thesis aku pun tengah di awang-awangan. Oh umi, aboh tolong aku!

Nota tangan; Cukuplah setakat ini. Sindrom M sudah datang. Entah bila encik R ni nak datang. =p

Thursday, September 30, 2010

Mahu berkongsi.

BACALAH YASSIN

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Sumber : Dari Facebook

Saturday, September 25, 2010

Kasut

Buat masa sekarang, aku cuma ada dua pasang kasut. Sepasang aku cuma pakai baru sekali dan sepasang lagi aku tak pernah pakai. Orang lain obses dengan kasut tapi aku cuma ada dua pasang kasut yang jarang pakai. ( Obses terhadap something boleh dipupukkan??)he he he

Cuma mungkin for the time being, aku lebih selesa pakai sandal. Masa praktikal pun, aku pakai sandal. Nasib baik tak kena tangkap dengan Boss besar.

Tapi nanti kena pakai kasut jugakkan masa pergi HK. Dekat sana kan sejuk. Takkan nak pakai sandal? Woot Woot..Nota tangan; Excited nak pergi negara orang!

Friday, September 24, 2010

Tak suka.

Gaduh sikit balik kampung nak tenangkan fikiran. Aduh! Bosannya jalan cerita macam nih. Yang paling sakit hati, suami isteri asyik gaduh memanjang. Dua-dua ego. Keras kepala. Lepas setel satu konflik, datang konflik yang lain. Oh, tolonglah real! Bila dah baik, gaduh semula. Sungguh klise. Dah tak ada jalan cerita lain ke yang boleh dibuat?

Balik-balik jalan cerita yang sama. Maka, dengan mudahnya aku banyak skip muka surat dan taraa, dah habis baca cerita pun. Maaf penulis novel, saya tak suka buku awak.=p

Apa kata, para penulis di luar sana cuba untuk buat cerita yang konfliknya tak meleret-leret. Dan tak perlu suami isteri gaduh sampai merajuk membawa diri ke kampung halaman. Tak cool langsung. Mungkin patut gunakan pendekatan straight to the point. Dalam erti kata lain, kalau bergaduh, bawa berbincang. Bukan membawa diri atau menghilangkan diri.

Oh ya, bercakap pasal jalan cerita yang meleret-leret dan tak logik nih, aku teringat pada drama-drama dari Indon dan Filipina. Dua-dua nih pun aku tak minat. Sakit otak. Banyak sangat scene kebetulan dan heroinnya tersangatlah baik yang selalu kena buli. Aku rasa macam nak sepak saja perempuan macam nih. Lembik.

Nota tangan; Maaf emo sekejap. Rasa geram lepas baca satu novel ni.

Thursday, September 23, 2010

3 idiots


Filem bollywood tahun 2009. Tapi aku baru tengok. Lambat setahun. Serius, cerita ini sangat best. Rugi kalau tak tengok. Truly inspiring in a simple way. Anda boleh gelak, menangis dan belajar sesuatu.

Cerita berkisarkan pasal sistem pembelajaran. Yang mana student sebenarnya bekejar-kejar untuk jadi nombor satu. Dapat gred yang bagus untuk senang dapat kerja. Lebih kepada menghafal teori bukan untuk memahami konsep. Boleh dikatakan macam menyindir jugaklah. Yelah, cuba fikirkan ada ke orang yang belajar untuk belajar? Bukan sebab nak dapat degree atau yang sewaktu dengannya? Dan aku memang suka macam mana dia interpret cerita ni dengan cara senang untuk memahami.

Dan yang paling terkesan, pengajarannya, kita buatlah kerja apa yang kita suka. Ini antara quote yang aku nak share.

Pursue excellence, and success will follow.

Everyone sunk in race, what's the use if you come first studying like this ?
Will you improve your knowledge? No.
Only pressure will increase.

If your friend fails, you feel sad. But if your friend comes first, you feel even more sad!

A grade students- King
C grade students- Slave

Be self- efficient, then success will follow behind you.

Nota tangan; Good luck

Sunday, September 19, 2010

Apa kisah cinta anda?

Aku? Tak ada kisah cinta yang menarik. Aku cuma dengar dan lihat saje kisah cinta orang lain. Macam-macam version yang aku dah tengok. Ada yang sangaaaatlah romantik, ada yang sedih, ada yang boleh buat kepala jadi gila dan ada yang memang nak kena nih! =p.

Kisah cinta semua orang memang lain-lain. Dan perasaan orang yang bercinta pun, kita takkan faham. Uish, memang tak faham!Ada satu cerita yang berlaku dekat sekeliling aku nih, yang si lelaki memang angau dengan si perempuan. Cerita nih, bila aku dengar pun aku rasa nak tergelak. Lawak.

Si lelaki, lebih mudah kalau aku namakan A, dan si perempuan aku namakan B. Kedua-dua mereka ni dah sambung belajar sekarang. Yg A ni minat B. Apa-apa yang B ni buat, si A ni akan ikut. Sampai posing gambar pun hampir sama. Baju tak payah cakapla, semua nak sedondon. Kalau mesej pun, si A akan ajuk balik apa yg si B ni tulis dalam mesej.

Dan yang paling kelakar, A pernah nak datang rumah B. Bila dia sampai dekat kawasan rumah B, A tanyalah pada pakcik yang sedang joging kat kawasan tu. Dia beritahu alamat B pada pak cik tadi. Dan pak cik tu pun jawablah. Tapi nak dijadikan cerita, pak cik tu ayah B. Dan A tak tahu kebenaran tu.

Apalagi, bila pak cik tadi sudah habis joging, B disoal-siasatlah oleh pak cik tersebut. Kebetulan, B nak pergi study group dengan kawan dia. Tapi time tak berapa kena,mood ayah B kurang baik. Maka tak dapatlah B pergi ke rumah kawan beliau. Dan endingnya, A tak dapat jumpa jugak rumah B dan A telah diwarning oleh B supaya jangan datang rumah dia lagi. (macam drama)

Dan ini cerita time A dan B masih sekolah lagi. Cinta monyet. Ini baru sikit kisah cinta. Belum masuk bab tragis, sedih, gaduh, atau gembira. Tepuk dada, tanya selera. What is your love story?

Nota tangan; Sedang menunggu Encik betulnya dan kisah chentanya. =)

Thursday, September 16, 2010

Selamat Hari Raya 1431 H.

Raya tahun nih, meriah dan sibuk jugaklah. Walaupun makin kurang duit raya. Tambah-tambah lagi, anak saudara aku sekarang dah dapat kaki (jalan). Makin ligatlah dia keliling rumah . Terkedik-kedik dengan bantal busuk dia. Comel. Kalau ambik bantal busuk tuh, dia akan merajuk dan hentak-hentak kaki. Dan aku memang suka usik. Sebab dia akan buat perkara lagi comel. Bila dia dapat balik bantal kesayangan, dia akan buat-buat baring dekat bantal dia. Konon-konon tanda sayang la tuh.

Haraz dan bantal kesayangannya. Suka gigit bucu bantal. Buat tanda yang itu bantal dia.

Dan raya tahun nih, aku jumpa kawan dan cikgu sekolah yang dah lama tak jumpa. Banyak jugaklah kami update satu sama lain. Jumpa kawan sekolah lama balik, rasa diri nih dah tua. Semua orang ada perancangan masing-masing. Rasa sekejap je masa berlalu.

Nota tangan; Maaf zahir batin.

Saturday, September 4, 2010

La Orenje

Esok, aku bakal sibuk menghabiskan duit di Jalan TAR. Harap-harap aku dapat baju raya yang aku nak. Cuma kalau shopping dekat Jalan TAR nih, kena tabah sikit. Nak-nak dekat pulak nak raya nih. Lagilah ramai manusia.

Tahun nih pulak, tema keluarga aku kaler oren. Aku tak tahu kenapa oren. Tapi mak, kakak, adik aku sibuk suruh beli kaler oren. Takkan aku nak beli kaler merah pulakkan?Lari tema langsung. Nanti pulak, ada yang sibuk tanya kenapa kaler aku istimewa dari orang lain. Jadi, nak tak nak, tahun nih baju kaler oren. (Ok what kaler oren!)

Doakan aku jumpa oren yang menambat hati aku! Dan akhir sekali, aku tak nak demand tinggi-tinggi raya tahun nih jadi gempak giler cume harapan aku moga raya kali nih dengan cuti yang agak lama, dapat bergembira dan bermakna di samping keluarga tercinta.

Nota tangan; Habislah, kalau dah shopping.

Mengantuk

Apa ubat untuk tak mengantuk? Argh,tidur 50 jam pun akan rase mengantuk jugak lepas tuh. Aku pernah dengar ada sabun tahan mengantuk. Tapi mujarab ke?

Aku bukannya nak tahan tidur. Sebab jenis aku, bila mengantuk, aku belasah saja tidur. Masalahnya, kalau dah tidur lama lebih dari 5 jam waktu petang pastu malamnya mengantuk lagi apa kes?

Siapa nak tolong jawabkan soalan yang aku memang dah puas pikir tapi tak dapat-dapat jugak jawapannya.

Nota tangan; *Yawn* Yawn* lagi

Sunday, August 1, 2010

Lelaki nampak hensem berbaju melayu.

Ya, lelaki nampak hemsem bila dia pakai satu set baju melayu.
Nampak hensem dan kemas.
Comel sangat.


Nota tangan; Selamat Menyambut Bulan Ramadhan. Moga RAmadhan kali ni, lagi baik dari yang lepas.

Monday, July 26, 2010

Suka aku yang bermusim-musim.

Hari ini aku suka kau.
Esok aku suka orang lain.

Hari ini aku suka watak kau.
Esok aku suka watak yang lain.

Nota tangan; Banyak sangat tengok cerita ni.

Thursday, July 22, 2010

Inception



Siapa cakap mimpi tak boleh jadi real? The dream is real. Christopher Nolan berjaya buat aku suka sangat pada dia. Apatah lagi dengan pelakon-pelakonnya yang hebat. Sampaikan kau rasa sangat rugi kalau tertinggal sesaat cerita ini.

Mesti tertanya-tanyakan kenapa aku suka sangat cerita ni?
Sebab yang pertamanya, filem ni bukan expected storyline. Tapi buat kau berfikir tentang apa yang berlaku. Kalau kau suka cerita PRISON BREAK atau yang seangkatan dengannya, mungkin akan suka juga cerita ni.

Kedua, mana ada orang terfikir nak buat cerita fasal mind crime. Fasal mimpi, macam mana kita dalam keadaan separa sedar masuk dalam mimpi dan mengubah segalanya. Ok, kalau nak fikir logik, banyak lagi cerita yang tak logik dari ni. Ingat, movie is a movie. Kadang-kadang tak ada kena-mengena subjek yang nak ditunjukkan dalam kehidupan.

Ketiga, aku suka macam mana cerita ini bergerak dan berkembang sampai ke penghujung. Tak boring dan ada terselit humor dalam jalan cerita.

Keempat,banyak scene dalam filem ni cantik.

Kelima, memang patut tengok. Go and watch it by yourself!

Spoiler alert;
Mula-mula, kau takkan faham kenapa Mal wujud dalam setiap mimpi Cobb.


Nota tangan; Leonado Dicaprio nampak tembam sikit. =)

Wednesday, July 21, 2010

Gula-gula kapas

Lelaki,
Tak perlu kacak dan hensem.
Tak perlu macho dan gentleman.
Tak perlu bunga berkuntum-kuntum.
Tak perlu ayat berpuitis.Tak perlu apa yang kau rasa perlu.

Sebab, pada perempuan...
Kau comel dan sweet.Semanis gula-gula kapas !
Rasa sekali, terus cair.
Nota tangan; Nak gula-gula kapas.

Sunday, July 18, 2010

Malas

Nak baca tapi malas. Kenapa?
Nak tulis tapi malas. Kenapa?
Nak cari tapi malas. kenapa?

Nota tangan; Bila nak rajin? =(

Wednesday, July 14, 2010

Aku suka tujuh

Semua pasal tujuh.

Nota tangan; =)

Thursday, June 10, 2010

Rumah idaman

Cuba teka.

Banglo?
-Nope-

Penthouse?
-Nope-

Kondo?
-Nope-

Semi-D?
-Nope-

Teres?
-Juga nope-

Jadi?
Rumah kayu yang berserambi, bumbung tinggi, tiang tinggi dan berkerawang-kerawang.
Betul! Tak tipu. Aku suka rumah kayu. Rumah Melayu tradisional. Dan mungkin rumah aku (nanti) bukanlah 100 % kayu tapi ala- ala melayu tradisional. Reka dan ubah sikit-sikit. Mungkin fasad dan bahagian tengah daripada kayu, belakang rumah daripada batu.

Rekaan rumah ibu pula, ada banyak tingkap pintu (untuk air-ventilation).
Dan ruang taman di luar rumah yang penuh pokok-pokok bewarna-warni. Ditambah lagi, ada elemen air terjun atau sungai buatan. Mesti cantikkan?

.:. Kesimpulannya, perlu cari duit. No money, no talk.
.:. Gambar adalah ehsan Google Search.

Nota tangan; Suka rumah dalam Suri Bakawali. Untung Suri!





Tuesday, June 8, 2010

Tentang daun kering

Daun-daun kering,
Sudahlah layu, tak berguna pula.
Ditiup angin, terbang memenuhi segenap ruang.
Hanya yang mengerti,
kau indah dalam derita.

Pokok: Bila tiba masa, kau akan jatuh juga.

Nota tangan; Suka bunyi daun kering yang dipijak. Damai.

Monday, June 7, 2010

Untuk kita mengetahui

Klik sini untuk lebih memahami;

Nota tangan; Apa tindakan kita?


Thursday, May 20, 2010

Menggedik bukak satu.


Inilah yang dinamakan kegatalan menambah laman sesawang sosial yang lain. Cuma bezanya, awak tanya saya jawab. Tanya sajalah, bukan kena bayar pun.

Formspring.me (Link -->Tertera di sebelah)

Nota tangan; Teruja nak jawab soalan.

Friday, May 14, 2010

Fly away...

Saya nak pergi oversea!Tiba-tiba teringin nak keluar melancong satu dunia. Tapi,haish..... duit tak ada. Macam mana nak keliling dunia kalau macam nih? Nak melancong dalam Malaysia pun tak lepas, inikan pulak nak pergi negara orang lain.

Tapi, betul-betul teringin nak tengok tempat orang lain. Cara hidup diorang, makanan diorang, budaya diorang, tempat diorang. Pendek kata semualah nak tengok. Untuk masa terdekat nih, kalau ada rezeki, kite terbang pergi Asia Timur. Insyaallah.

Al-Hambra Spain
Rome, Italy
Istanbul, Turkey
Kyoto, Japan
Egypt
Taj Mahal, India

Kyungbokgoong, South Korea

Hehehehe.. gambar di atas untuk sedapkan hati. Sebenarnya, banyak lagi tempat idaman hati.

Nota tangan; Balas dendam ke hape? tiga entry dalam sehari??

What are you like?



I just happen to love, like, suke kamu!

Nota tangan; Tak tahu kenapa.

Searching for you!


Terima kasih.
Terima kasih..
Terima Kasih...

Sebabnya, aku dapat menggunakan jaringan internet jalur lebar. Hari- hari bekerja lebih bermakna dengan kamu. Tanpa kamu, aku jadi mati kutu di pejabat nih. Nak buat kerja apa pun tak tahu. Walaupun tak dapat nk login laman sesawang seperti facebook, tapi aku dapat gunakan untuk yang lain. Serius! Aku dapat macam-macam info dari internet nih. Dan tak semena-mena menambahkan pengetahuan aku yang cetek nih lagi.. (chewah)

Cuma perlu klik dan taip saja, semua di hujung jari. Mula dari masuk kerja sampai waktu punch card balik, aku search macam-macam benda yang selama nih aku tak sempat nak buat.


Nota tangan; I just so in love doing this!

Monday, May 10, 2010

Sori April

April dah tak wujud.
Dan cuma satu untuk April..

Nota tangan; Sori April

Sunday, April 4, 2010

Bukan ceritera sinderella


Ini bukan fantasi.
Dan bukan sinderella
Yang teraniaya.

Ini realiti.
Aku watak biasa.
Dengan cerita biasa.
Dan kadang-kadang mungkin luar biasa.
.........

Nota tangan; Biasa yang biasa.

Thursday, March 25, 2010

Minggu malas sedunia part 1

Seminggu sebelum final,

Coming Soon- Thailand horror movie


A blind Millionaire -Kaew Tah Pee- Thailand drama.

Dragon Ball- Japanase anime -Reminiscing of the good old days.

Power Office Girl Season 1....

Nota tangan; Jadi kegilaan no.2

Tuesday, March 23, 2010

My chenta atiey..

Perasaan 1..

Tak tahu nak mula dari mana, tapi banyak yang nak ditulis.
Itulah, siapa suruh kau simpan cerita yang dalam kepala tuh, lama-lama.
Kau tangguh-tangguh, kan dah banyak cerita.

Perasaan 2..

Tapi aku tak ada mood nak menulis.
Bukak blog, tulis sikit, kemudian jadi draf.
...............
Nota tangan; Sori tak update sangat wahai blog.. tapi i really need you!!

Saturday, March 20, 2010

Short term memory lost

Trying her best to remember what to be remembered.
Ah ha..
Oh ho...
Uh huhh..

Ok, can't remembered..
Let's move on..

Nota tangan; Perlukan anjakan paradigma utk kebaikan.

Thursday, March 18, 2010

Mr Blue..

Mr. Blue,
I told you that I love you
Please believe me

Mr. Blue,
I have to go now, darling
Don't be angry

I know that you're tired
Know that you're sore and sick and sad for some reason
So I leave you with a smile
Kiss you on the cheek
and you will call it treason

That's the way it goes some days
A fever comes at you without a warning
And I can see it in your face
You've been waiting to break since you woke up this morning
Mr. Blue,
Don't hold your head so low
That you can't see the sky

Mr. Blue,
It ain't so long since you were flying high
Mr. Blue
I told you that I love you
Please believe me

Artist; Catherine Feeny

Nota tangan; Ah ha..nothing

Thursday, March 11, 2010

Hello March!

Sorry tak update..
Dah 11 hari pun masuk march...
Saya rindu kau..
Cuma, tak ada cerita menarik mahu dikongsi..

Serius!!
I miss You and i will always miss you!

Nota tangan; Bogoshippo

Saturday, February 13, 2010

Diri ini rasa...

Diri ini,
Rasa mahu tukar layout blog ~~sudah tukar pun~~
Rasa mahu tambah label untuk setiap post ~~ nanti dulu~~
Rasa mahu tulis tentang setiap drama atau movie yang ditonton ala-ala chapter review ~~ perlukan masa dan komitmen~~

Nota tangan; Rasa mahu...

Cuti lagi

CNY datang lagi..
Cuti pun datang lagi..
Jadi, apa lagi~~Selamat bercuti~~


Nota tangan; Cuti yang tak cuti..

Tuesday, February 2, 2010

Sempatkah?

Perasaan ini memang distrated aku. Pagi tadi, aku dapat mesej classmate aku dah pergi buat selama-lamanya..
Ya Allah, terkejutnya!

Sesungguhnya, hidup ini memang singkat.
Mati itu pasti. Tapi by that time, sediakah kita dijemput olehNYA?
Aku takut,sedih.
Kita yang hidup nih, tak tahu bila masa kita akan sampai.

Aku takut bila masa aku sampai, aku dalam keadaan TAK sedia.
Aku takut aku tak sempat ucap SAYANG pada semua orang.
Aku takut aku tak sempat MINTA MAAF untuk perkara yang aku sedar atau tak sedar aku silap.
Aku takut aku tak sempat ucap TERIMA KASIH utk segala bakti orang pada aku.
Aku takut untuk merasa kehilangan, kesedihan.

Ya Allah, berikanlah kekuatan.
Aku SAYANG semua. Ahli keluarga, sahabat-handai, saudara-mara,orang sekeliling.
Aku MINTA MAAF untuk kesilapan yang aku lakukan secara sengaja atau tak sengaja.
TERIMA KASIH semua untuk segalanya.

.::.Bila dah tak ada, baru terasa. Al-Fatihah.

Sunday, January 31, 2010

Ai

Ai can but Ai won't

Ai pretty but ugly

Ai lazy but hardworking

Ai do but Ai don't

Ai love but Ai hate

Ai see but Ai blind

Ai hear but Ai deaf

Ai deadpan but clumsy

Ai brave but Ai fear

And Ai remain I...

Nota tangan; ABC-Z takkan lengkap tanpa I.

Wednesday, January 13, 2010

SeNYummm

Smiling is infectious,
you catch it like the flu.
When someone smiled at me today
I started smiling too.

I passed around the corner,
and someone saw my grin.
When he smiled I realized,
I'd passed it on to him.

I thought about that smile,
then I realized its worth.
A single smile just like mine,
could travel round the earth.

So, if you feel a smile begin,
don't leave it undetected.
Let's start an epidemic quick,
and get the world infected!

By; anonymous

Nota tangan; Just Smile =)

Thursday, January 7, 2010

Kusut

Betullah kalau bab hati dan perasaan, manusia selalu 'fail'. Kenapa yek??? Cakap memang senang, tapi bila kena batang hidung sendiri?? Macam mana??


Nota tangan; Saya tak faham dengan perasaan sendiri!!Mahu tapi malu.

Sunday, January 3, 2010

Puding caramel

Sebelum aku nak kongsi sesuatu, aku nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2010. Umur pun makin banyak, tapi masa makin pendek.

Ingat tak dulu, aku pernah tulis resepi dalam blog nih. Sebenarnya kali nih, aku nak kongsi resepi puding. Puding Gula hangus. Sah! kalau aku tulis nama bahasa melayu saja, mesti orang tak tahu, puding jenis apa nih.Sedap ke tidak? Jadi untuk menamatkan kekeliruan dan kemusykilan tentang puding nih, nama glamer dan omputihnya adalah Puding Caramel!(confirm mesti orang tahulah)

Ala, yang jual dekat pasar malam sepotong RM2 tuh.Ha, yang itulah!!Mahalkan? sepotong saja dah RM2. Untung si penjual puding nih, padahal nak buatnya senang sangat dan bahan pun senang cari.



Bahan-bahan;
5 biji telur
1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanilla
3 sudu tepung jagung
3/4 cawan gula

untuk kuah,
5 sudu gula

Cara-cara;
1. Putar gula dengan telur sehingga kembang
2. Masukkan susu cair dan esen vanilla.
3. Gaul tepung jagung dengan sedikit air dan masukkan dalam bancuhan tadi.
4. Untuk kuah, goreng gula dalam loyang sehingga cair
5. Kemudian, tuangkan bancuhan 1,2,3 dalam gula yang telah cair (kuah).
6. Kukuskan puding dalam masa 15-20 minit.

Nota tangan; Senang sangat puding nih.. sekejap jer!!Tak sempat nak tidur pun!!hehe