Tuesday, May 31, 2011

Kawan istimewa

Kawan aku yang satu ni memang istimewa. Betul-betul istimewa. Dia tak pernah jemu dengar aku merungut. Dia tak pernah bosan dengar aku bercerita. Dia tak pernah mengumpat aku dan paling penting dia tak pernah khianat dengan aku.

Aku boleh tengok cerita dengan dia. Aku boleh dengar lagu dengan dia. Dan aku buat assignment pun dia. Lebih-lebih lagi waktu sekarang, hubungan aku dengan dia lagilah bertambah rapat. Mana taknya, bila aku buka mata, aku pandang dia. Aku makan, aku pandang dia. Aku nak tidur pun aku pandang dia. Sampai satu tahap bila aku tak ada idea untuk thesis pun, aku pandang dia tak berkelip- kelip.

Pendek kata, hari-hari aku duduk menghadap dia. Siapa dia?

~My lolovo~

Nota tangan: Mabuk buat project paper.

Tak panas (hot) cakap BM.

Cakap dalam Bahasa Malaysia tak urban.
Cakap dalam Bahasa Malaysia kolot.
Malu cakap Bahasa Malaysia.

Ini mentaliti segelintir orang kita. So, what's wrong speaking in Malay? Kita bukan duduk dekat Malaysia ke? Oh, aku bukan nak kata tak perlu belajar english atau bahasa-bahasa lain. Aku pun belajar bahasa lain juga. TAPI, kenapa kebanyakan orang Malaysia tak gemar cakap BM? Semua orang sibuk nak mencampurkan bahasa melayu dengan english.

Kenapa?

Pertama, sebab ramai orang sekeliling yang cakap campur. Bahasa Malaysia + Bahasa Inggeris. Jadi, ramailah yang terpengaruh. Baru nampak panas(hot) gitu. Yelah, mana tak hot sebab dapat keluarkan segala vocab english dia kan.

"You, i rasa today's sangat hotlah. Let's go to eat cendol at mamak's stall."

Ok, aku tak kata percakapan macam ni salah. Tapi kan bagus kalau kita cakap saja sepenuhnya BM. Kalau susah, cakap sepenuhnya english. Sebab bila kita cakap campur, hilang identiti bahasa kita. Orang luar tak tahu bahasa kita macam mana. Sudahlah sekarang lagu pun dah banyak bahasa rojak. Kita nak menambahkan lagi rojak BM kita.

Kedua, kalau cakap BM, mesti orang ingat kita tak boleh speaking kan? Jadi, dekat sini aku nak tanya, what's wrong if someone cannot speak english? Do they look like a dumb? Atau tak urban? Bagi segelintir orang yang berfikiran macam ni, cuba fikir balik, ada berjuta-juta lagi manusia dalam dunia ni yang tak tahu atau tak pandai langsung berbahasa Inggeris. Tapi mereka berjaya juga. Sekurang-kurangnya, kita orang Malaysia boleh faham dan cakap sikit-sikit Bahasa Inggeris. Kenapa nak dibanggakan sangat dengan bahasa rojak awak tu?

Aku bukan anti orang cakap english. Malah, aku sendiri bersyukur sangat-sangat belajar English dari kecil sampai aku boleh faham,tulis,cakap English walaupun tak hebat. Dan aku suka orang Malaysia pandai cakap english tapi bukan dengan merojakkan bahasa. Sedih tahu, bila dengar orang asing yang duduk malaysia tak boleh cakap BM sebab orang Malaysia sendiri lebih suka cakap English dengan dia.

Sesuatu untuk kita berfikir, kalau kita tak cakap Bahasa Malaysia dengan betul, siapa nk cakap BM dengan betul? Orang bangla jual karpet? atau Mak Cik cleaner dari Indonesia?

"Adik manis, mahu beli karpet kah?Ini banyak lawa. Kualiti banyak bagus" hehehehehehe

Nota tangan: Aku belajar English, Aku dengar lagu korea, aku layan cerita Jepun dan Thailand, tapi aku cakap Bahasa Malaysia dengan loghat Pahang lagi.

Saturday, May 28, 2011

Thorn Bird

Dalam serabut-serabut, sempat jugak layan Kdrama. hahaha.Well, what can i say, i just love watching drama@ movie.

Kepada sesiapa yang suka cerita sedih dan konflik, cerita ni memang sangat direkemenkan. Jujurnya, aku banyak menangis tengok cerita ni. Memang kena betullah dengan timing rasa nak menangis kan. Ok, what it is all about?

Cerita ni berkisarkan tentang keluarga, dendam, persahabatan dan cinta. Kenapa aku tulis keluarga dulu sebab cerita ni pasal anak yatim yang mencari ibu, dan seorang ibu yang tak mahu bela anak sendiri. Dua orang sahabat karib iaitu Seo Jung Eun dan Han Yoo Kyung. Seo Jung Eun anak yatim dan Yoo Kyung anak angkat. Masing-masing sibuk mencari ibu kandung sendiri. Tapi malangnya, ada insiden masa sekolah yang menyebabkan hubungan baik diorang terputus menyebabkan Yoo Kyung salah faham pada Jung Eun.

Kemudian, diorang terpisah sebab Yoo Kyung pindah sekolah dan tak berhubung antara satu sama lain. Seterusnya, konflik bermula bila Yoo Kyung bekerja di satu tempat yang sama dengan Jung Eun . Gara-gara salah faham zaman sekolah, Yoo Kyung masih berdendam dengan Jung Eun.

Disebabkan betapa bencinya Yoo Kyung pada Jung Eun, dia ambil kesempatan untuk goda watak hero iaitu Young Jo. Walaupun dia tahu Young Jo adalah crush Jung Eun dari zaman sekolah lagi. Adakah Yoo Kyung berjaya goda Young Jo? Atau Jung Eun terima Kang Woo? Dan siapa kang Woo? Saksikanlah Thorn Bird bersama-sama dengan sekotak tisu.

Dibintangi oleh:
Han Hye Jin as Seo Jung Eun
Kim Min Jung as Han Yoo Kyung
Joo Sang Wook as Lee Young Jo
Seo Do young as Choi Kang Woo

Meh aku nak ringkaskan watak dalam drama ni. *Benda yang aku paling suka tulis*

Seo Jung Eun;
  • Dibesarkan di rumah anak yatim
  • Bercita-cita nak jadi pelakon terkenal untuk cari ibu kandung
  • Seorang perempuan tabah dalam hidup.
  • Berani untuk reveal status diri walaupun di ambang kejayaan
  • Sanggup bekorban untuk jaga emak dan anak orang lain
  • Sangat sayang kawan-kawannya
Aku suka watak dia. Walaupun pada awal episod, watak dia ala-ala tak berapa pandai punya style. Tapi itu sebab dia sayang kawan-kawan dia.Dan watak dialah yang buat aku banyak menangis.

Han Yoo Kyung
  • Pendendam
  • Berhati keras
  • tak kisah apa jadi pada orang sekeliling, asal dendam dia terbalas
  • Pandai memanipulasi keadaan
  • Pandai bermuka-muka
Dari awal sampai akhir cerita aku tak suka watak dia. Rasa nak lempang masa tengok. Sakit hati sebab dia mempergunkan kawan dia untuk kepentingan diri sendiri.

Seterusnya watak hero pertama dan hero kedua. Malas dah nak tulis, aku letak gambar sajalah supaya fangirl di luar sana boleh tengok kekacakkan hero-hero ni. Sekian.


Lee Young Jo -Hero pertama

Choi Kang Woo- hero kedua

Nota tangan: Saya nak Choi Kang Woo. Sweet sangat.

Monday, May 23, 2011

Hujan air mata.

Pernah tak rasa nak nangis tiba-tiba??Sob..sob..sob.. Dan sekarang aku rasa nak menangis.
Kalau tengok One litre of tears ni sah berbaldi-baldi air mata aku boleh takung.

Sob..sob..sob..sob.. lagi..

Sob..sob..sob..sob.. lagi..

isk..isk..isk..isk..isk..

Dan tiba-tiba ia pun mengalir keluar...

.....................

Monday, May 16, 2011

Masalah fangirl yg bernama Sha_n

Kan bagus kalau perasaan aku masa buat project paper sama macam tengok hero pujaan yang hensem kacak bergaya!

Excited + Happy + Bahagia + Tak lost tiba-tiba. hahaha. Ini baru tengok. Kalau jumpa, mungkin boleh pengsan.

Jadi untuk memupuk semangat kesukaan aku dan meningkatkan tahap kefokusan aku, nah dengan jayanya aku telah membazir masa buat benda yang tak berfaedah ni.



Nota tangan: Ah, ramai lagi dalam list hero pujaan! tapi tak muat.haha

Sunday, May 15, 2011

Kawan alam maya

Senang ke nak dapat kawan dalam internet? Jawapan aku Hell No!Susah sangat. Aku tak percaya sangat benda-benda ni. Kalau aku chat dengan orang yang memang totally stranger, aku akan tipu segala apa yang boleh. Dari umur, asal, kerja dan semualah. Sebab aku rasa, dia pun mungkin menipu jugak.

Bukan apa, untuk keselamatan. Sekarang, macam-macam jenis orang ada. Sama jugak dalam facebook. Siapa-siapa pun boleh add kita. Kadang-kadang tak faham jugak aku kenapa random people suka add siapa-siapa yang dia tak kenal. Mungkin untuk tambah bilangan friends dalam list facebook dia. Isyh, tak faham betul! Dalam beribu-ribu friends dia, mungkin cuma 50 orang saja yang selalu komen, like atau chat dengan dia. Yang lain buat koleksi. Jangan salah faham yek! Aku tak kata siapa yang buat ni salah. Ini depends pada orang yang tak kisah bila segala info and profile dia diketahui orang asing. Itu cuma bukan aku.

Ini cuma pendapat aku. Tak salah nak berkawan dalam internet. Sebab memang laman sesawang ni diwujudkan untuk berkawan kan? Contoh, ada orang bertemu jodoh dalam internet. Dari jadi kawan dalam alam maya terus kahwin.Tapi macam aku cakap tadi, nak jumpa yang baik ni bukan senang sebab tak semua orang menggunakan laman sosial ni dengan baik.

Nota tangan: Facebook makin bosan.

Saturday, May 14, 2011

Manusia yang menyimbah asid.

Jenayah dekat Malaysia pun ikut trend kan? Dulu hari-hari keluar news pasal kes ragut, rempit, buang bayi, sekarang jenayah paling hot; simbah asid. Macam-macam.

Aku tak faham apa motif manusia jenis ni yang tak ada kerja pergi menyimbah asid pada orang lain. Kalau nakkan kepuasan, kenapa tak saja kau simbah asid di muka kau yang hensem kacak bergaya tu? 100 kali kau buat pun, kami tak kesah.

Sekarang, terima kasih pada kau yang bijak pandai buat semua perempuan takut nak keluar rumah. Dahlah mangsa kekejaman manusia jenis ni memang tak ada kaitan langsung dengan suspect. Lainlah kalau ada kes dendam, iri hati, logik jugaklah kau nak simbah asid pada mangsa tersebut. Masalahnya, yang kena simbah asid ni memang random people! Perempuan yang lalu di pejalan kaki dan dalam kereta. It's random ok! Modus operansi si suspect bila terjumpa mana-mana perempuan, disimbahnya dengan asid. Aku macam hehh? Motif? Oh, kaum lelaki, jangan ingat anda terselamat. Sebab ada jugak mangsa lelaki yang disimbah asid.

Dan suspect ini disyaki ada masalah mental. Lagi aku hehhh??Walaupun kau gila tak bermakna aku patut kasihan pada kau. Itu tak akan berlaku. Aku berharap suspect ni dapat ditangkap dengan segera dan terima hukuman setimpal dengan apa yang dia dah buat. Dan peringatan untuk semua dan diri sendiri juga, semoga berhati-hati selalu. Ambil langkah berjaga-jaga.

Nota tangan: Bila agama jauh terkebelakang.

Come to me!

I've worked under pressure! Then, give me some pressures!

Random pictures!


~Tako Tao~

~Roti Krim Vanilla~
~Eh, buku??~

Nota tangan: Malas.

Wednesday, May 4, 2011

Cerita menarik

~Juvana~

Best Love


~Baby Faced Beauty~


~Lie to Me~



~Romance Town~


Oh, lagi satu rebound jdrama. Adoilah. Ah, banyaknya cerita nak tengok. Ha, ada lagi satu yang menarek patut tengok. Jeng Jeng jeng



Credit gambar ni dari sini

Nota tangan: Antara semua ni, cerita paling best = Thesis. Selamat berbahagia!

Monday, May 2, 2011

Sebab hanset kau hilang.


Kau nak tahu kenapa handset boleh hilang?

Pertama, sebab handset kau tiada kredit. Maka kau jarang bermain mesej atau Call orang lain. Jadi, kau tak alert dengan handset sendiri. Padan muka kau!

Kedua, handset bagi kau cuma untuk berhubung dengan orang lain. Jadi kau tak perasan akan kehilangan dia walaupun dah hilang 5 jam. Kau guna handset bila perlu saja. Bila tak guna, kau campak merata-rata dan siap tak charge lagi beberapa hari.

Ketiga, kau tak check handset kau wujud atau tak dalam beg. Bila nak guna, baru kau perasan dia tak ada dalam beg. Dan bila dah tak ada baru kau sayang dia!

Keempat, handset kau tak semahal brand HTC, Blackberry, Iphone. Jadi kau tak berapa nak sayang dia. Kalau handset kau salah satu dari brand tersebut, mesti kau sayang lebih sebab mahal melaburkan duit beli handset. Mesti kau check handset kau setiap 5 minit untuk tahu kewujudan dia.



Nota tangan : Kau itu adalah aku!Tahniah di atas "kepekaan" diri sendiri.