Sunday, May 15, 2011

Kawan alam maya

Senang ke nak dapat kawan dalam internet? Jawapan aku Hell No!Susah sangat. Aku tak percaya sangat benda-benda ni. Kalau aku chat dengan orang yang memang totally stranger, aku akan tipu segala apa yang boleh. Dari umur, asal, kerja dan semualah. Sebab aku rasa, dia pun mungkin menipu jugak.

Bukan apa, untuk keselamatan. Sekarang, macam-macam jenis orang ada. Sama jugak dalam facebook. Siapa-siapa pun boleh add kita. Kadang-kadang tak faham jugak aku kenapa random people suka add siapa-siapa yang dia tak kenal. Mungkin untuk tambah bilangan friends dalam list facebook dia. Isyh, tak faham betul! Dalam beribu-ribu friends dia, mungkin cuma 50 orang saja yang selalu komen, like atau chat dengan dia. Yang lain buat koleksi. Jangan salah faham yek! Aku tak kata siapa yang buat ni salah. Ini depends pada orang yang tak kisah bila segala info and profile dia diketahui orang asing. Itu cuma bukan aku.

Ini cuma pendapat aku. Tak salah nak berkawan dalam internet. Sebab memang laman sesawang ni diwujudkan untuk berkawan kan? Contoh, ada orang bertemu jodoh dalam internet. Dari jadi kawan dalam alam maya terus kahwin.Tapi macam aku cakap tadi, nak jumpa yang baik ni bukan senang sebab tak semua orang menggunakan laman sosial ni dengan baik.

Nota tangan: Facebook makin bosan.

1 sen?!:

Chempaka Sari said... Reply Comment

sedang membuang kawan2 facebook mana yang aku ternampak kat wall, pastu aku tak kenal. huhu