Kepada sesiapa yang suka cerita sedih dan konflik, cerita ni memang sangat direkemenkan. Jujurnya, aku banyak menangis tengok cerita ni. Memang kena betullah dengan timing rasa nak menangis kan. Ok, what it is all about?
Cerita ni berkisarkan tentang keluarga, dendam, persahabatan dan cinta. Kenapa aku tulis keluarga dulu sebab cerita ni pasal anak yatim yang mencari ibu, dan seorang ibu yang tak mahu bela anak sendiri. Dua orang sahabat karib iaitu Seo Jung Eun dan Han Yoo Kyung. Seo Jung Eun anak yatim dan Yoo Kyung anak angkat. Masing-masing sibuk mencari ibu kandung sendiri. Tapi malangnya, ada insiden masa sekolah yang menyebabkan hubungan baik diorang terputus menyebabkan Yoo Kyung salah faham pada Jung Eun.
Kemudian, diorang terpisah sebab Yoo Kyung pindah sekolah dan tak berhubung antara satu sama lain. Seterusnya, konflik bermula bila Yoo Kyung bekerja di satu tempat yang sama dengan Jung Eun . Gara-gara salah faham zaman sekolah, Yoo Kyung masih berdendam dengan Jung Eun.
Disebabkan betapa bencinya Yoo Kyung pada Jung Eun, dia ambil kesempatan untuk goda watak hero iaitu Young Jo. Walaupun dia tahu Young Jo adalah crush Jung Eun dari zaman sekolah lagi. Adakah Yoo Kyung berjaya goda Young Jo? Atau Jung Eun terima Kang Woo? Dan siapa kang Woo? Saksikanlah Thorn Bird bersama-sama dengan sekotak tisu.
Dibintangi oleh:
Han Hye Jin as Seo Jung Eun
Kim Min Jung as Han Yoo Kyung
Joo Sang Wook as Lee Young Jo
Seo Do young as Choi Kang Woo
Meh aku nak ringkaskan watak dalam drama ni. *Benda yang aku paling suka tulis*
Seo Jung Eun;
- Dibesarkan di rumah anak yatim
- Bercita-cita nak jadi pelakon terkenal untuk cari ibu kandung
- Seorang perempuan tabah dalam hidup.
- Berani untuk reveal status diri walaupun di ambang kejayaan
- Sanggup bekorban untuk jaga emak dan anak orang lain
- Sangat sayang kawan-kawannya
Han Yoo Kyung
- Pendendam
- Berhati keras
- tak kisah apa jadi pada orang sekeliling, asal dendam dia terbalas
- Pandai memanipulasi keadaan
- Pandai bermuka-muka
Seterusnya watak hero pertama dan hero kedua. Malas dah nak tulis, aku letak gambar sajalah supaya fangirl di luar sana boleh tengok kekacakkan hero-hero ni. Sekian.
0 sen?!:
Post a Comment