Tuesday, May 31, 2011

Kawan istimewa

Kawan aku yang satu ni memang istimewa. Betul-betul istimewa. Dia tak pernah jemu dengar aku merungut. Dia tak pernah bosan dengar aku bercerita. Dia tak pernah mengumpat aku dan paling penting dia tak pernah khianat dengan aku.

Aku boleh tengok cerita dengan dia. Aku boleh dengar lagu dengan dia. Dan aku buat assignment pun dia. Lebih-lebih lagi waktu sekarang, hubungan aku dengan dia lagilah bertambah rapat. Mana taknya, bila aku buka mata, aku pandang dia. Aku makan, aku pandang dia. Aku nak tidur pun aku pandang dia. Sampai satu tahap bila aku tak ada idea untuk thesis pun, aku pandang dia tak berkelip- kelip.

Pendek kata, hari-hari aku duduk menghadap dia. Siapa dia?

~My lolovo~

Nota tangan: Mabuk buat project paper.

4 sen?!:

Chempaka Sari said... Reply Comment

sha...laptop ke yg dimaksud kan? memang pun. Inilah radio, tv, dvd player, cermin telepon..haha.

sha...dah tak larat yg betulkan project paper. cmne ni...uwaaa...

Sha. N. said... Reply Comment

kan??aku pun dah tak larat dah... Rase nak balik rumah je sekarang nih!! Adoilaah!!

Nak suruh org buatkan , taka de duit plak nak bayar upah..ehehe

Chempaka Sari said... Reply Comment

eh ada ke orang nak buat kan? meh bg aku no die...serius ni

Sha. N. said... Reply Comment

Ntah...aku ckap je..tak tau la sape. Tp kalau ade duit, semua bole weh..
hehehhehe.. mesti ade org nk buat. Tp kena byr la