Tuesday, May 31, 2011

Tak panas (hot) cakap BM.

Cakap dalam Bahasa Malaysia tak urban.
Cakap dalam Bahasa Malaysia kolot.
Malu cakap Bahasa Malaysia.

Ini mentaliti segelintir orang kita. So, what's wrong speaking in Malay? Kita bukan duduk dekat Malaysia ke? Oh, aku bukan nak kata tak perlu belajar english atau bahasa-bahasa lain. Aku pun belajar bahasa lain juga. TAPI, kenapa kebanyakan orang Malaysia tak gemar cakap BM? Semua orang sibuk nak mencampurkan bahasa melayu dengan english.

Kenapa?

Pertama, sebab ramai orang sekeliling yang cakap campur. Bahasa Malaysia + Bahasa Inggeris. Jadi, ramailah yang terpengaruh. Baru nampak panas(hot) gitu. Yelah, mana tak hot sebab dapat keluarkan segala vocab english dia kan.

"You, i rasa today's sangat hotlah. Let's go to eat cendol at mamak's stall."

Ok, aku tak kata percakapan macam ni salah. Tapi kan bagus kalau kita cakap saja sepenuhnya BM. Kalau susah, cakap sepenuhnya english. Sebab bila kita cakap campur, hilang identiti bahasa kita. Orang luar tak tahu bahasa kita macam mana. Sudahlah sekarang lagu pun dah banyak bahasa rojak. Kita nak menambahkan lagi rojak BM kita.

Kedua, kalau cakap BM, mesti orang ingat kita tak boleh speaking kan? Jadi, dekat sini aku nak tanya, what's wrong if someone cannot speak english? Do they look like a dumb? Atau tak urban? Bagi segelintir orang yang berfikiran macam ni, cuba fikir balik, ada berjuta-juta lagi manusia dalam dunia ni yang tak tahu atau tak pandai langsung berbahasa Inggeris. Tapi mereka berjaya juga. Sekurang-kurangnya, kita orang Malaysia boleh faham dan cakap sikit-sikit Bahasa Inggeris. Kenapa nak dibanggakan sangat dengan bahasa rojak awak tu?

Aku bukan anti orang cakap english. Malah, aku sendiri bersyukur sangat-sangat belajar English dari kecil sampai aku boleh faham,tulis,cakap English walaupun tak hebat. Dan aku suka orang Malaysia pandai cakap english tapi bukan dengan merojakkan bahasa. Sedih tahu, bila dengar orang asing yang duduk malaysia tak boleh cakap BM sebab orang Malaysia sendiri lebih suka cakap English dengan dia.

Sesuatu untuk kita berfikir, kalau kita tak cakap Bahasa Malaysia dengan betul, siapa nk cakap BM dengan betul? Orang bangla jual karpet? atau Mak Cik cleaner dari Indonesia?

"Adik manis, mahu beli karpet kah?Ini banyak lawa. Kualiti banyak bagus" hehehehehehe

Nota tangan: Aku belajar English, Aku dengar lagu korea, aku layan cerita Jepun dan Thailand, tapi aku cakap Bahasa Malaysia dengan loghat Pahang lagi.

1 sen?!:

Azza Azman said... Reply Comment

sha.... lin selalu perasan yang azza lebih kerap cakap "maaf" dari "sorry"

huhu.

Dan "pengumuman" dan "Announcement"

dan byk lagi...