Friday, April 29, 2011

Apa menariknya Perkahwinan Prince William dengan Kate Middleton?

Aku sedang mencari 10 sebab kenapa aku perlu excited nak tengok wedding nih?
1 ............
2 ............
3 ............
4 ............
5 ............
6 ............
7 ............
8 ............
9 ............
10............

Sah memang aku tak excited langsung! Sampai tak tercari sebab kenapa perlu excited. Bukak channel history dan national geographic lagi bagus.
Nota tangan; Tak faham kenapa seluruh dunia excited dengan perkahwinan mereka?!


Friday, April 22, 2011

I'm tv maniac

I watch. Inilah benda yang aku suka buat hari-hari. Duduk depan tv atau duduk depan laptop tengok cerita. Disebabkan aku sekarang jarang duduk rumah semenjak masuk asrama, tv maniac aku kurang sikit dari laptop maniac. Hasil berdepan dengan laptop maniac ni telah berjaya membuat mata aku rabun dan agak sukar melihat papan putih dalam kelas. Terima Kasih pada kecerahan laptop aku yang dah memang tahap minimum sebab berjaya jugak buat nikmat penglihatan aku bekurangan. Antara kegemaran cerita aku adalah seperti average atau typical perempuan yang lain:


Korean

Oh aku suka Korean drama bukan sebab trend, tapi sebab aku dah lama follow cerita-cerita ni dari tingkatan 1 lagi. Sebab cerita diorang berkualiti, tak meleret, bermakna dan paling aku suka OST untuk setiap drama @ movie diorang sangat sedap untuk dengar banyak-banyak kali.* Aku memang hantu OST*


Japanese

Sama macam korea, aku layan dari zaman sekolah lagi. Tapi berbeza dengan korean drama, aku rasa Japanese drama lebih kepada inspirasi, motivation, kemanusiaan dan jugak fantasi. kalau nak love story, Korean drama lagi bagus, tapi kalau nak tengok cerita yang komikal, motivasi, famili, Jepun punyalah yang terbaik.


Cina, HK, Taiwan.

Ha, yang ni pun aku follow dari sekolah rendah lagi. Kan aku dah tulis dekat atas, aku memang tv maniac. Jadi, kebanyakan cerita slot TVB di tv3 dulu aku layan. Bukan setakat yang tv3, ntv7 yang slot cerita cina malam-malam dalam pukul 9.30 pun aku layan. Kalau rtm cerita Cina biasanya pukul 6 atau 7 kalau aku tak silap time dulu-dulu. Contoh cerita yang sangat femes masa aku kecik-kecik dulu, The Good Old Days- yang opening song dia sangat best. Siap dulu aku ikut menanyi ikut lagu tu walaupun tak pandai kantonis. Burning Flames, Healing Hands, Fong Sai Yuk, My fair Princess. Wah, Epiknya! Aku ingat semua ni.


Thailand

Cerita paling femes dulu Soda and Iced tea. Wah, waktu ni lah aku start kenal Tik Jessadaporn Pholdee. Cerita ni memang lawak. Lagi cerita Thailand lain -Phoenix Blood -Aku ingat watak paling menyampah rasa nak bunuh perempuan yang bernama Apatcha. Sebab dia berlakon memang sangat berkesan jadi jahat. Kemudian, ada cerita sedih May Ai Ser Aun yang mana opening song dia pun best.


English

Cerita paling berkesan bagi aku Prison Break. Serius aku suka cerita nih. Plot yang memang sangat twist. Michael Scolfied yang tetap di hati. Dulu, masa matrik aku tak pandai download mendownload nih, aku siap follow cerita ni tiap-taip minggu di mahallah Aisyah. Er, mahallah bermaksud kolej/ asrama. Term yang digunakan oleh Uia. Tapi sebelum aku layan prison break, aku tengok Roswell. Cerita pasal alien-alien. Teringat lagi waktu ni Katherine Heigl muda. Watak pun cuma sampingan saja.


Filipina dan Latin telenovela

Kalau filipina, aku tengok Sanay Wala Nang Wakas, Pangako Sayo, Kahit Kailan, Kay tagal Kang Hinantay. Cerita filipina ni aku tak kisah skip berhari-hari. Sebab aku tak risau, cerita dia masih boleh difahami. Aku tak sanggup nak tengok dan bersabar hari-hari sebab episod dia banyak dan konflik yang mengarut-ngarut. Mesti ada konflik keluarga hero dan heroin. Sejarah silam mak ayah hero-heroin yang berkait. Senang cerita, semua ahli keluarga hero dan heroin akan ada jalan cerita dalam drama ni. Rasa menyampah pun ada. Same goes to Latin drama. Jadi senang cerita, aku bukan kipas-susah-mati cerita filipina dan telenovela latin.


Melayu

What can i say about Malay drama? Err, kalau korang ingat, dulu ada slot Spektra di RTM 1@ 2. Sebab dulu stesen tv swasta mana nak tayang drama melayu. Tapi best jugak cerita waktu tu contoh drama Arus Kehidupan. Kalau tak silap aku, lagu opening drama ni ialah Bila Resah-Anuar Zain. Kemudian, aku suka layan slot cerekarama. Cuma sekarang aku tak layan sangat sebab jarang tengok tv dan tak ada cerita yang betul-betul buat aku falling in love.


Nota tangan: What a memory masa kecik-kecik dulu.

Thursday, April 21, 2011

Aku, Kau dengan Allah

Untuk Cik Chemp,

Kenapa kita guna aku, kau dengan Allah. Hasil carian aku di internet, tak banyak orang post atau bincangkan isu ni. Cuma berdasarkan sedikit info dari sini , dan apa yang aku rasa, aku akan cuba ringkaskan.

Penggunaan aku, kau dengan Allah buat kita terasa dekat dan mesra denganNYA. Taklah pulak kalau guna saya, awak, seseorang rasa jauh dari Allah. Cuma kita dah terbiasa guna aku, kau dengan Allah. Lagi sesuai. Dalam terjemahan Al-quran pun guna aku, kau. Mungkin kalau guna saya, awak akan rasa janggal. Sebab kita biasanya guna saya, awak untuk orang yang baru dikenali.

Bagi aku, guna aku, kau senang nak meluahkan perasaan, menilai diri sendiri, rasa dekat denganNYA sebab pada Dia sajalah tempat kita boleh mengadu apa-apa saja. Dia ada bila-bila masa kita perlukan. Aku nak retweet dari Islamicqoute sebab apa yang ditulis ni memang betul:

Now you are here, reading this. Looking at your screen and no one's looking at you right? Wrong! Allah's looking at you! And also looking after you.




Nota tangan :Sebenarnya apa yang penting kita faham dengan apa yang kita doa dan mintak dari Allah SWT. Tak kisahlah guna I, you atau saya, awak.





Wednesday, April 20, 2011

I and you @ Saya dan awak

Aku rasa geli kalau panggilan untuk kapel adalah I @ You. Nampak macam gedik sangat. Mengada-ngada. Nak-nak kalau si girlfriend tu pun yang jenis gedik.

Gf: You..you..you sayang I banyak mana?
Bf: I sayaaaaang you setinggi Gunung Everest!

Geli tak? Nampak macam tak real kan? Sebab aku sedang membayangkan situasi ni berlaku bila si kapel sedang date di Taman Titiwangsa. Yang si gadis bila tanya soalan ni pada bf sambil gulung-gulung rambut dan si jejaka pula jawab sambil balas mesej kawan dia. Jawab macam acuh tak acuh saja kan?

Tapi beza kalau guna saya, awak. Aku rasa kapel jenis ni sweet dan sopan. Perempuan yang gedik pun nampak macam tak gedik kalau guna saya. Tapi jaranglah kan perempuan gedik guna saya. Mesti guna I.

Gf:Awak. Awak sayang saya banyak mana?
Bf: Saya sayaaaang awak setinggi Gunung Everest.

Situasi sama, tapi intonasi berbeza kan. Dan cuba kita ganti saya, awak ni kepada aku, kau. Macam lagi rock je.

Gf: Ko sayang aku banyak mana?
Bf: Aku sayaaaang ko setinggi Gunung Everest.

Hahahaha. Sweet tak? Comel tak?

Nota tangan: Dulu aku pernah terfikir nak guna aku, ko untuk bf. hahaha.
*Dan terima kasih untuk Zue sebab bagi aku idea untuk entri ni*

Tuesday, April 19, 2011

An average girl


Sha.N
She is an average girl
With the average look
Looking to be good

She is an average girl
With her own thoughts
To see the whole views

She is an average girl
With the average girl attitude
Sometimes act to be cute

She is an average girl
Who believe that stars are not beautiful
Same goes to the moon.

She is an average girl
Who believe to love whatever she has to do
To be able to do whatever she loves
and to live life to the fullest.

Because I AM this average girl.

Nota tangan: Dikarang masa duduk sorang-sorang dalam bilik uia. Sunyi. I miss my home!

Monday, April 18, 2011

REBOUND dalam to watch list

Kepada peminta-peminat couple Zettai kareshi, bulan April ni, start drama terbaru diorang tajuk "REBOUND". Excited tak?

Synopsis seperti berikut;

Aibu Saki will be taking the lead role for the upcoming drama, “Rebound”!

The drama is written by Yukawa Kazuhiko, the same scriptwriter behind the dramas “Joou no Kyoushitsu” and “Magerarenai Onna.” In the past, Yukawa experienced problems with overeating, indulging in cake, and becoming a startling 60 kg (132 lbs) by the sixth grade. When he reached 85 kg, Yukawa became determined to lose weight and successfully lost 35 kg (77 lbs) through diet and exercise. Afterwards, Yukawa became an editor for the fashion magazine, “MODE Kei.”

Aibu will be taking on a very unique role for the drama, as her character, Nobuko, will be an 85 kg (187 lbs) woman who is also addicted to cake and needs to make a “rebound” in her lifestyle. In order to fit the role, the slim actress underwent a special make-up process to help her “gain” the necessary weight. A “fat-suit” was specially designed for Aibu the month prior to shooting, while special make-up was applied to her limbs to add additional meat onto the skinny actress.

“When I imagined myself wearing the special make-up for the first time, I was really excited,” confessed Aibu. “I’ll do my best so that everyone that watches can feel surprised by the transformation and be encouraged (to lose weight).”

The drama, which airs in April, will be the third time since the drama “Zettai Kareshi” that Aibu Saki and actor Hayami Mokomichi will co-star together. “Rebound” will also feature Kuriyama Chiaki, who will play the role of Nobuko’s best friend, Mimura Hitomi.

Aibu Saki also seemed to have a high opinion of the upcoming drama. “Although there are so many ‘original dramas,’ these works are too concerned with being ‘original’,” said the actress, looking enthusiastic about her newest series. “I feel like (this drama) is one worth doing. Please look forward to it.”

Credit : Tokyohive

Sebab musabab aku excited nak tengok cerita ni mestilah kerana diorang ni yang berlakon. Aku suka diorang dalam Zettai Kareshi lagi. Sweet sangat. Night Tenjo(Hayami Mokomichi)yang memang ciri-ciri boyfriend idaman. Dan Izawa Riiko (Aibu Saki) yang comel berlesung pipit.

Kalau siapa-siapa yang tak kenal mereka ni, meh aku tepek 2-3 gambar comel diorang kat sini:

~Scene dalam Zettai Kareshi~

Dan nih gambar diorang sorang-sorang.


~Hayami Mokomichi dan Aibu Saki~

Nota tangan: Cuteness Overload. Dan kalau aku rajin, aku nak buat review cerita nih.=p

Sunday, April 17, 2011

Call of the Country (2010)

Call of the Country

Drama Korea 16 episod.Rate 4/5. Genre: Romantic Comedy. Serius, seronok tengok cerita ni. Aku berani konfirm yang orang akan gelak layan cerita ni. Sebab watak-watak diorang sangat kelakar dan berkesan. Plot jalan cerita pun menarik, senang faham dan tak meleret. Bukan typical love story yang biasa kita tengok. Contoh adegan: Sang hero jeles sangat bila si heroin dengan hero kedua borak + berkomunikasi + keluar sama-sama. Dan menyebabkan hero dan heroin gaduh sampai si heroin merajuk bawa diri, pastu hero kena pujuk. Semua adegan di atas tiada dalam drama ini.

Starring:

Synopsis:
Oh Ha Na is a lowly policewoman who lacks a sense of duty and believes that it is worth bending the rules in order to achieve your aims. She meets and begins to investigate Go Jin Hyuk, an elite intelligence agent, and they clash instantly based on their different morals. Their initial dislike of each other masks their romantic attraction, but this development is hindered by the existence of Choi Eun Seo, Jin Hyuk's first love.
Credit : DramaStyle

Sedikit fasal watak-watak utama dalam cerita ni:

Oh Ha Na : Watak yang lively, kelakar, jenis orang yang " I dont give a damn", sangat jujur dengan perasaan sendiri, suka duit (hahaha), suka makan, perempuan yang kuat dan tabah.

Go Jin Hyuk: Sang hero yang kaya, comel (hahaha) , kuat, dan cerdik.Team leader yang disegani. Dikategorikan sebagai lelaki yang matang dalam perhubungan.

Han Do Hon : Direktor untuk Isong Art Foundation. Hero kedua yang sangat mementingkan fesyen. Kelakar. Mudah jump into his own conclusion. Jenis yang ikut suka hati aku nak fikir apa dan cakap apa. Dan jenis orang yang aku bagi kau sesuatu dengan bersebab.

Er, watak Eun Seo tu, (heroin kedua) malas la nak tulis panjang-panjang, sebab watak dia tak berkembang sangat. Asyik bersikap dingin je.

Nota tangan: Watak paling best, Direktor Han Do Hon. Lawak.

Saturday, April 16, 2011

My final exam




~Last exam di KAED Gallery~ *Teka seat aku yang mana?*=))

Minggu lepas, final exam terakhir aku. Betul-betul akhir. Rasa lain sangat. Masa masuk Gombak dulu aku terfikir, macam manalah perasaan aku bila dah habis belajar. Dan sekarang, aku dah rasa. Walaupun belum betul-betul dah tamat sebab ada thesis nak kena buat lagi, tapi serius aku rasa -bitter-sweet-sad-happy-. Macam lecturer aku cakap, Mixture of feeling. Pertama, memanglah rasa seronok dah habis belajar sebab lepasni dah tak payah nak pergi kelas, nak kena buat assignment, stay up untuk project. Tapi taklah pulak aku nak lalui semua tu untuk kali kedua kan?hehehe. Cuma aku pasti akan rindu kenangan dengan kawan-kawan. Saat kita sama-sama gelak, menangis, tension, buat kerja gila, ponteng kelas, dan banyak benda-benda lain lagi.

Macam-macam benda berlaku sepanjang empat tahun nih. Dari zaman naif first year sampailah heartless fourth year. Kalau ingat semula, time first year bila nak masuk saja studio, aku akan sakit perut. Kawan aku panggil *sindrom sakit perut sha*. hahaha. Yelah, dulu terasa di-psycho bila masuk studio. Dengan kerja studio yang memang tak tahu nak buat macam mana-AUTOCAD-REPORT WRITING-ANALYSIS & FINDING-PHOTOSHOP- Ah, banyaklah kalau nak kira tak pandai time first year dulu. Tapi terpaksa jugak pergi sebab takut fail dan kena aim dengan lecturer. Kalau kena aim masa ni, memang tak selamat hidup dan alamatnya see you in next session.

Bila dah jadi senior sikit, lama-lama aku dah boleh adapt dengan course aku. Cara bekerja dalam satu pasukan,komitmen dengan kerja studio. Jujurnya, memang mengajar aku banyak benda. Dan sekarang cuma tinggal sikit saja lagi aku nak habiskan study aku dengan project paper aka thesis. Moga-moga segalanya dipermudahkan. Amin.



Nota tangan; "We do not remember days; we remember moments." Sob sob sob...

Sunday, April 10, 2011

Jeon Woo Chi


~Seperti biasa; Gambar adalah ihsan Google~


Hah, dalam musim-musim exam ni sempat juga aku layan satu movie korea. Sebenarnya dah lama aku download, tapi baru tengok dua hari lepas. Genre cerita: Aksi, komedi dan fantasi. Dan aku bagi rate 3.5/5

Oleh sebab sekarang sedang final exam, aku malas nak review dan tulis sinopsis. Jadi layankan saja sinopsis english di bawah.Thank you.

SYNOPSIS


The year is 1509 and a magic flute had fallen into the hands of evil goblins. A gang of Taoist wizards then seek the assistance of Cheong Wan (Baek Yun Shik) and Hwadam (Kim Yun Seok) to capture the goblins. After capturing the goblins they are being kept in a jar and each take possession of half of the flute.

Woochi (Kang Dong Won) is one disciple of Cheong Wan who likes to show off and use his skills to bully the king. The angry king then requests Hwadam and the Taoist wizards to track him down. Woochi at the same time is wooing Kyeong Seo (Im Su Jeong).

After arriving at Cheong Wan's house he is later found dead. Woochi and his dog, Choraengi (Yoo Hae Jin) are blamed for the murder and they need to face a 500 year sentence inside a painting. While serving their punishment the goblins escape from the jar and in the year of 2009, they appear in modern Korea to create havoc around the city.

The Taoist wizards then approach Hwadam to recapture the goblins but he is nowhere to be found. Then they head to a local museum where Woochi is being kept inside a painting for help. As a reward for capturing the goblins he will be promoted to be a Taoist master.

Together Woochi and Choraengi start their journey to look for the goblins. They are amazed with the modern technology and lifestyle and get further distracted when Woochi bumps into a woman who is a reincarnation of his previous love 500 years ago.

Will Hwadam appear to capture the goblins? Who will capture the goblins in the end?

Credit:Film asia

Nota tangan: Suka tengok part masa Woo Chi memperkenalkan diri dia pada orang lain.Comel.

Tuesday, April 5, 2011

Nasi ayam penyet


~Gambar di atas adalah ihsan Google~


Adakah anda tahu tentang nasi ayam penyet? Ok, sebenarnya aku pun baru kenal dengan makanan nih tak sampai setahun pun. Ini semua gara-gara kafe Ameenah tercinta yang mewujudkan fenomena nasi ayam penyet. Bagi yang tak tahu atau tak kenal, nasi ayam penyet ni berasal dari Palembang,Indonesia. Makanan dia simple saja. Ada nasi putih, ayam goreng, sambal yang so-hot-spicy, ulam-ulam seperti timun, kobis, tempe, tauhu dan juga sup.

Percaya atau tak, nasi ayam penyet ni dah jadi kegilaan ramai orang. Sana-sini orang jual nasi ayam penyet. Tapi biasanya yang membezakan setiap nasi ayam penyet dengan yang lain ialah resepi sambal dan ayam gorengnya. Kalau tak percaya, boleh Google nasi ayam penyet dan boleh tengok macam-macam jenis resepi yang ada.

Bukan setakat ayam penyet,pecal lele pun dah popular. Hebat bukan penangan makanan mereka dalam hidup kita. Itulah namanya kesan pembangunan*Urbanization and Globalization*. Bila migrasi berlaku, orang-orang yang berhijrah ni akan membawa budaya dan makanan mereka sekaligus. Bila kena dengan selera kita, orang malaysia pun sukaaaaa~weeee~~ Cuma terfikir, apa makanan Malaysia yang popular dekat negara orang lain macam fenomena nasi ayam penyet? Nasi lemak?Roti canai?Mee Goreng Mamak? Nasi kukus ayam dara?hehehe

Eh,eh, nasi kukus ayam dara tu makanan Malaysia ke?Yup, sesetengah kata asal dari Kedah dan ada yang kata dari Kelantan. Tapi tak popular kan?


Nota tangan; Kuman di seberang laut nampak, gajah didepan mata tak nampak. hehehe