Wednesday, April 20, 2011

I and you @ Saya dan awak

Aku rasa geli kalau panggilan untuk kapel adalah I @ You. Nampak macam gedik sangat. Mengada-ngada. Nak-nak kalau si girlfriend tu pun yang jenis gedik.

Gf: You..you..you sayang I banyak mana?
Bf: I sayaaaaang you setinggi Gunung Everest!

Geli tak? Nampak macam tak real kan? Sebab aku sedang membayangkan situasi ni berlaku bila si kapel sedang date di Taman Titiwangsa. Yang si gadis bila tanya soalan ni pada bf sambil gulung-gulung rambut dan si jejaka pula jawab sambil balas mesej kawan dia. Jawab macam acuh tak acuh saja kan?

Tapi beza kalau guna saya, awak. Aku rasa kapel jenis ni sweet dan sopan. Perempuan yang gedik pun nampak macam tak gedik kalau guna saya. Tapi jaranglah kan perempuan gedik guna saya. Mesti guna I.

Gf:Awak. Awak sayang saya banyak mana?
Bf: Saya sayaaaang awak setinggi Gunung Everest.

Situasi sama, tapi intonasi berbeza kan. Dan cuba kita ganti saya, awak ni kepada aku, kau. Macam lagi rock je.

Gf: Ko sayang aku banyak mana?
Bf: Aku sayaaaang ko setinggi Gunung Everest.

Hahahaha. Sweet tak? Comel tak?

Nota tangan: Dulu aku pernah terfikir nak guna aku, ko untuk bf. hahaha.
*Dan terima kasih untuk Zue sebab bagi aku idea untuk entri ni*

4 sen?!:

Chempaka Sari said... Reply Comment

hmm saya awak je sopan dan manis kot. klu terbiasa kau aku nanti da kawin bile gaduh selamber je cakap kau aku huhu.

Sha. N. said... Reply Comment

Azza, ni panggilan mase kapel.. Kalau dah kawen, mestilah automatik pnggl abang!hehehe

Kan nak jadi isteri solehah! Mane bole ckp ak ko dah..heheh

Chempaka Sari said... Reply Comment

tapi aku pun selalu guna aku kau bila gaduh. Harap pas kawen tak lagi.


Sha tolong wat satu entry kenapa kita guna aku kau bile berdoa dgn Allah?

Sha. N. said... Reply Comment

Oh, azza- macam tahu2x je!! ak pn penah terpkir nk buat yg tu!! Nant yek.. bile ak da cukup bhn kajian.sabar.hehe