Saturday, April 16, 2011

My final exam




~Last exam di KAED Gallery~ *Teka seat aku yang mana?*=))

Minggu lepas, final exam terakhir aku. Betul-betul akhir. Rasa lain sangat. Masa masuk Gombak dulu aku terfikir, macam manalah perasaan aku bila dah habis belajar. Dan sekarang, aku dah rasa. Walaupun belum betul-betul dah tamat sebab ada thesis nak kena buat lagi, tapi serius aku rasa -bitter-sweet-sad-happy-. Macam lecturer aku cakap, Mixture of feeling. Pertama, memanglah rasa seronok dah habis belajar sebab lepasni dah tak payah nak pergi kelas, nak kena buat assignment, stay up untuk project. Tapi taklah pulak aku nak lalui semua tu untuk kali kedua kan?hehehe. Cuma aku pasti akan rindu kenangan dengan kawan-kawan. Saat kita sama-sama gelak, menangis, tension, buat kerja gila, ponteng kelas, dan banyak benda-benda lain lagi.

Macam-macam benda berlaku sepanjang empat tahun nih. Dari zaman naif first year sampailah heartless fourth year. Kalau ingat semula, time first year bila nak masuk saja studio, aku akan sakit perut. Kawan aku panggil *sindrom sakit perut sha*. hahaha. Yelah, dulu terasa di-psycho bila masuk studio. Dengan kerja studio yang memang tak tahu nak buat macam mana-AUTOCAD-REPORT WRITING-ANALYSIS & FINDING-PHOTOSHOP- Ah, banyaklah kalau nak kira tak pandai time first year dulu. Tapi terpaksa jugak pergi sebab takut fail dan kena aim dengan lecturer. Kalau kena aim masa ni, memang tak selamat hidup dan alamatnya see you in next session.

Bila dah jadi senior sikit, lama-lama aku dah boleh adapt dengan course aku. Cara bekerja dalam satu pasukan,komitmen dengan kerja studio. Jujurnya, memang mengajar aku banyak benda. Dan sekarang cuma tinggal sikit saja lagi aku nak habiskan study aku dengan project paper aka thesis. Moga-moga segalanya dipermudahkan. Amin.



Nota tangan; "We do not remember days; we remember moments." Sob sob sob...

2 sen?!:

zahni badri said... Reply Comment

kenangan!
rindu ngn perkara2 yang da berlaku
tapi nak hadapi balik waktu masuk studio, maaplah tak sanggup den! haha.

n betul, mende2 ni la yang bukak luas mata aku.tq kenangan!

Sha. N. said... Reply Comment

tula..banyak benda belajar.. rindu jugak tapi untuk masuk studio semula, aku pn da tak sanggup! biarpun studio skang dah cantik macam ofis.hahaha