Korean
Oh aku suka Korean drama bukan sebab trend, tapi sebab aku dah lama follow cerita-cerita ni dari tingkatan 1 lagi. Sebab cerita diorang berkualiti, tak meleret, bermakna dan paling aku suka OST untuk setiap drama @ movie diorang sangat sedap untuk dengar banyak-banyak kali.* Aku memang hantu OST*
Japanese
Sama macam korea, aku layan dari zaman sekolah lagi. Tapi berbeza dengan korean drama, aku rasa Japanese drama lebih kepada inspirasi, motivation, kemanusiaan dan jugak fantasi. kalau nak love story, Korean drama lagi bagus, tapi kalau nak tengok cerita yang komikal, motivasi, famili, Jepun punyalah yang terbaik.
Cina, HK, Taiwan.
Ha, yang ni pun aku follow dari sekolah rendah lagi. Kan aku dah tulis dekat atas, aku memang tv maniac. Jadi, kebanyakan cerita slot TVB di tv3 dulu aku layan. Bukan setakat yang tv3, ntv7 yang slot cerita cina malam-malam dalam pukul 9.30 pun aku layan. Kalau rtm cerita Cina biasanya pukul 6 atau 7 kalau aku tak silap time dulu-dulu. Contoh cerita yang sangat femes masa aku kecik-kecik dulu, The Good Old Days- yang opening song dia sangat best. Siap dulu aku ikut menanyi ikut lagu tu walaupun tak pandai kantonis. Burning Flames, Healing Hands, Fong Sai Yuk, My fair Princess. Wah, Epiknya! Aku ingat semua ni.
Thailand
Cerita paling femes dulu Soda and Iced tea. Wah, waktu ni lah aku start kenal Tik Jessadaporn Pholdee. Cerita ni memang lawak. Lagi cerita Thailand lain -Phoenix Blood -Aku ingat watak paling menyampah rasa nak bunuh perempuan yang bernama Apatcha. Sebab dia berlakon memang sangat berkesan jadi jahat. Kemudian, ada cerita sedih May Ai Ser Aun yang mana opening song dia pun best.
English
Cerita paling berkesan bagi aku Prison Break. Serius aku suka cerita nih. Plot yang memang sangat twist. Michael Scolfied yang tetap di hati. Dulu, masa matrik aku tak pandai download mendownload nih, aku siap follow cerita ni tiap-taip minggu di mahallah Aisyah. Er, mahallah bermaksud kolej/ asrama. Term yang digunakan oleh Uia. Tapi sebelum aku layan prison break, aku tengok Roswell. Cerita pasal alien-alien. Teringat lagi waktu ni Katherine Heigl muda. Watak pun cuma sampingan saja.
Filipina dan Latin telenovela
Kalau filipina, aku tengok Sanay Wala Nang Wakas, Pangako Sayo, Kahit Kailan, Kay tagal Kang Hinantay. Cerita filipina ni aku tak kisah skip berhari-hari. Sebab aku tak risau, cerita dia masih boleh difahami. Aku tak sanggup nak tengok dan bersabar hari-hari sebab episod dia banyak dan konflik yang mengarut-ngarut. Mesti ada konflik keluarga hero dan heroin. Sejarah silam mak ayah hero-heroin yang berkait. Senang cerita, semua ahli keluarga hero dan heroin akan ada jalan cerita dalam drama ni. Rasa menyampah pun ada. Same goes to Latin drama. Jadi senang cerita, aku bukan kipas-susah-mati cerita filipina dan telenovela latin.
Melayu
What can i say about Malay drama? Err, kalau korang ingat, dulu ada slot Spektra di RTM 1@ 2. Sebab dulu stesen tv swasta mana nak tayang drama melayu. Tapi best jugak cerita waktu tu contoh drama Arus Kehidupan. Kalau tak silap aku, lagu opening drama ni ialah Bila Resah-Anuar Zain. Kemudian, aku suka layan slot cerekarama. Cuma sekarang aku tak layan sangat sebab jarang tengok tv dan tak ada cerita yang betul-betul buat aku falling in love.
Nota tangan: What a memory masa kecik-kecik dulu.
0 sen?!:
Post a Comment