Tuesday, April 5, 2011

Nasi ayam penyet


~Gambar di atas adalah ihsan Google~


Adakah anda tahu tentang nasi ayam penyet? Ok, sebenarnya aku pun baru kenal dengan makanan nih tak sampai setahun pun. Ini semua gara-gara kafe Ameenah tercinta yang mewujudkan fenomena nasi ayam penyet. Bagi yang tak tahu atau tak kenal, nasi ayam penyet ni berasal dari Palembang,Indonesia. Makanan dia simple saja. Ada nasi putih, ayam goreng, sambal yang so-hot-spicy, ulam-ulam seperti timun, kobis, tempe, tauhu dan juga sup.

Percaya atau tak, nasi ayam penyet ni dah jadi kegilaan ramai orang. Sana-sini orang jual nasi ayam penyet. Tapi biasanya yang membezakan setiap nasi ayam penyet dengan yang lain ialah resepi sambal dan ayam gorengnya. Kalau tak percaya, boleh Google nasi ayam penyet dan boleh tengok macam-macam jenis resepi yang ada.

Bukan setakat ayam penyet,pecal lele pun dah popular. Hebat bukan penangan makanan mereka dalam hidup kita. Itulah namanya kesan pembangunan*Urbanization and Globalization*. Bila migrasi berlaku, orang-orang yang berhijrah ni akan membawa budaya dan makanan mereka sekaligus. Bila kena dengan selera kita, orang malaysia pun sukaaaaa~weeee~~ Cuma terfikir, apa makanan Malaysia yang popular dekat negara orang lain macam fenomena nasi ayam penyet? Nasi lemak?Roti canai?Mee Goreng Mamak? Nasi kukus ayam dara?hehehe

Eh,eh, nasi kukus ayam dara tu makanan Malaysia ke?Yup, sesetengah kata asal dari Kedah dan ada yang kata dari Kelantan. Tapi tak popular kan?


Nota tangan; Kuman di seberang laut nampak, gajah didepan mata tak nampak. hehehe

2 sen?!:

Azza Azman said... Reply Comment

baru nak buat entry nih hehhehe... tapi mals nya nak amik gamabr kat cafe.

Sha. N. said... Reply Comment

hahaha..ak pun google ke sbb mlas nk ambil gambr sendirik.