Thursday, April 21, 2011

Aku, Kau dengan Allah

Untuk Cik Chemp,

Kenapa kita guna aku, kau dengan Allah. Hasil carian aku di internet, tak banyak orang post atau bincangkan isu ni. Cuma berdasarkan sedikit info dari sini , dan apa yang aku rasa, aku akan cuba ringkaskan.

Penggunaan aku, kau dengan Allah buat kita terasa dekat dan mesra denganNYA. Taklah pulak kalau guna saya, awak, seseorang rasa jauh dari Allah. Cuma kita dah terbiasa guna aku, kau dengan Allah. Lagi sesuai. Dalam terjemahan Al-quran pun guna aku, kau. Mungkin kalau guna saya, awak akan rasa janggal. Sebab kita biasanya guna saya, awak untuk orang yang baru dikenali.

Bagi aku, guna aku, kau senang nak meluahkan perasaan, menilai diri sendiri, rasa dekat denganNYA sebab pada Dia sajalah tempat kita boleh mengadu apa-apa saja. Dia ada bila-bila masa kita perlukan. Aku nak retweet dari Islamicqoute sebab apa yang ditulis ni memang betul:

Now you are here, reading this. Looking at your screen and no one's looking at you right? Wrong! Allah's looking at you! And also looking after you.




Nota tangan :Sebenarnya apa yang penting kita faham dengan apa yang kita doa dan mintak dari Allah SWT. Tak kisahlah guna I, you atau saya, awak.





1 sen?!:

Chempaka Sari said... Reply Comment

oh macam tu.... barulah faham..

mekasih la na... sanggup buat researh untuk aku hehe.


bagus bagus...