Monday, December 5, 2011

Cerita boleh tahan mengarut dalam dunia!!

Part 1;

 "Serius angah nak putus tunang ni? Bab putus tunang ni bukan main-main", kata abah selepas aku menyatakan hasrat aku untuk tidak meneruskan perhubungan ini. Umi pula datang menghampiriku sambil memegang erat tanganku. Lalu, aku menundukkan kepalaku perlahan-lahan.Tanda bersetuju.

Abah mengeluh panjang. Mati kata untuk terus berkata-kata. Kemudian, abah mengambil tempat di atas kerusi sofa," Habis, kenapa angah terima pinangan ni dulu? Intisar pula mati kata walaupun dia mempunyai alasan yang konkrit. Melihatkan keadaan yang terus sunyi, Intisar terus memberanikan diri untuk memberitahu alasannya.

"Abah, sebenarnya angah terima pinangan ni dulu sebab nak tolong kawan angah kahwin. Abah kenalkan kawan angah yang namanya Farah. Farah nak kahwin, tapi mak dia tak benarkan dia kahwin lagi. Katanya, kahwin masa belajar ni susah. Untuk tolong Farah, angah dan Syahid buat keputusan untuk bertunang. Konon-konon untuk menyakinkan mak farah supaya benarkan dia kahwin." kata Intisar dengan panjang lebarnya.

"Tapi apa kaitannya pertunangan angah ni dengan keputusan kahwin dari mak Farah? Abah masih tidak puas hati dengan alasan yang diberikan Intisar. Intisar beredar dari tempatnya berdiri untuk menghampiri abah.

" Abah, mak Farah akan terima Farah kahwin bila ada sesiapa yang terdekat dengannya boleh buktikan pada dia yang kahwin masa belajar ni takkan menggugat pelajaran sama sekali. Kelihatan muka abah berkerut-kerut untuk memahami apa yang direncanakan oleh anak perempuannya itu.

"Bila angah dah bertunang, mak Farah boleh tengok dan nilai kami yang bertunang ni sambil belajar. Dan bila dia tengok keputusan angah tak jejas langsung walaupun dah bertunang, dia mula terbuka hati sedikit semi sedikit', jelas Intisar lagi. Umi yang sedari tadi hanya pemerhati, terus mengeluarkan pendapat, "Dengan cara angah menipu bertunang ni? Angah sedar tak apa yang angah lakukan ni? Macam mana angah boleh samakan keadaan kahwin dengan bertunang ni untuk mak Farah menilai?" panjang kata-kata Umi.

Intisar faham dengan kekalutan umi dan abahnya. Lalu, dia menerangkan lagi, "Umi, selepas enam bulan angah dan Syahid bertunang, mak Farah dah bersetuju untuk kahwinkan Farah pada bulan depan. Katanya, dia percaya yang perkahwinan mereka takkan mengganggu study Farah. Ini disebabkan apa yang dilihatnya pada pertunangan angah dan Syahid. Dia mula yakin, sesuatu ikatan yang serius, kalau dibawa ke arah kebaikan, Insya Allah akan mendatangkan kebaikan juga." Intisar menghabiskan kata-katanya.

Abah mengeluh panjang. Begitu juga umi. Intisar yakin dia telah memberikan penjelasan yang jelas kepada kedua-dua mereka. Dalam keyakinannya itu, abah mula bersuara semula, " Kenapa angah buat semua ni? Kenapa tak berbincang dengan kami? Umi mengangguk- angguk tanda setuju pada persoalan abah.

Intisar sudah mengagak persoalan ini akan timbul. Dia sudah bersedia dari awal lagi." Abah, umi pada mulanya angah juga agak keberatan untuk terima cadangan dari Farah, tapi sebab dia beriya-iya nak berkahwin dan untuk mengelakkan perkara buruk berlaku, angah terima. Dan Syahid juga tahu tentang plan ni dari awal lagi. Kami cuma bertunang sehingga Farah berkahwin."

 "Angah tahu kalau angah beritahu awal-awal, abah dengan umi takkan setuju bulat-bulat. Jadi, terpaksa kami buat cara ni. Angah minta maaf sangat-sangat. Angah tahu angah buat silap, sebab itu angah nak putuskan pertunangan ni cepat-cepat." suara Intisar makin bergetar.

Lama ruang tamu menjadi sepi tanpa suara selepas Intisar menerangkan alasannya. Kemudian abah berkira-kira untuk bersuara, "Baiklah, kalau keputusan ni angah rasa betul, abah ikutkan. Cuma angah kena pastikan Syahid  boleh ceritakan hal sebenarnya juga pada keluarga dia. Abah tak mahu kita gaduh-gaduh." abah memberikan kata putusnya.

Intisar berasa lega mendengar kata abah, lalu dia segera mencium tangan abah dan uminya. "Terima kasih abah, umi. Nanti angah beritahu Syahid tentang perkara ni." Intisar beredar ke biliknya dengan perasaan lega.


Kah kah kah.. 

Nota tangan: Mimpi dipinang dan putus tunang.grrrrrrrrrrrr. 

3 sen?!:

Juliet_iRa~" said... Reply Comment

ehemmm2..

hehehhee..;p

Qil_Zawawi said... Reply Comment

hahaha.,mengar0t nyer!!sangg0p tuh

Sha. N. said... Reply Comment

Juliet: hehehehe jugak

Qil: hahaha.. mengarut kan?