Tuesday, March 31, 2009

Ketakstabilan (kebencian+kegeraman= segala kenegatifan)

Apabila emosi tak stabil melanda, mulalah semua perasaan bergaul menjadi satu adunan yang sangatlah tak sedap. Rasa macam kek hangus terbakar yang jadi kek yang tak ada rupa kek dan tak boleh dimakan langsung kerana rasanya yang sangat pahit dan memualkan. (Hiperbola betul)Padahal kek memang sangat cantik dan sedap.

Tak pasal-pasal kek menjadi perumpamaan dalam entri ini.

Sebabnya, sekarang aku geram! Susah betullah nak jangka sifat manusia. Kadang -kadang di luar kemahuan dan logik akal. Dan sebenarnya aku malas nak layan perasaan aku ni. Bukan boleh buat duit pun! Cuma aku geram dengan orang yang tak peka dengan keadaan orang lain. Ikut suka hati kepala, kaki, tangan, dia saja.

Nota tangan; Harap lepas tulis blog yang pendek ni, aku stabil semula.

Saturday, March 28, 2009

Selamat Hari Lahir Abah!!

Hari ini 28/3.

Selamat Hari Lahir abah.
Yang ke 56 tahun.
Selamat Hari Lahir abah.
Semoga sihat dan diberkati sentiasa.
Selamat Hari Lahir abah.
Untuk segala kasih sayang dan ilmu yang dicurahkan.
Selamat Hari Lahir abah.
Dah banyak yang telah abah korbankan.
Selamat hari Lahir abah.
Dari kecil sampai besar, macam-macam abah dah buat.
Selamat Hari Lahir abah.
Abah selalu bawa kami, adik-beradik jalan-jalan. Dari kecil sampai besar. Main saidina sama-sama, main game mario masa orang kecil2 dulu, belikan kereta kontrol(tamiya), bawa kami pergi berkelah,makan-makan dan....huh, banyak yang tak dapat diluahkan.
Selamat Hari Lahir abah.
Dulu, masa orang sekolah rendah, abah sanggup hantar dan ambil lepas kelas.Sanggup datang sekolah asrama dulu tiap-tiap minggu bila orang sangat tertekan dan sedih. Abah sanggup bersusah payah untuk menghantar orang berbatu-batu ke Kuala Lumpur bilamana tiket ke KL dah habis.
Selamat Hari Lahir abah.
Abah membuka peluang dan ruang untuk orang membuat keputusan dan sentiasa menyokongnya.
Selamat Hari Lahir abah.
Abah mendidik supaya orang berdikari dan mempercayai orang.
Selamat Hari Lahir abah.
Abah memberikan segalanya dengan penuh kesederhanaan dan rasional.
Selamat Hari Lahir abah.
Abah tak marah pun bila orang sampai kuantan pukul 1-2 pagi dan ambil orang dekat terminal walhal abah boleh tidur lena sebab nak hantar barang kem lagi esok paginya.
Selamat Hari Lahir abah.
Abah selalu pesan untuk jadi anak yang baik. Nanti walaupun dah kahwin, jangan lupa umi abah.
Selamat Hari Lahir abah.
Selamat Hari Lahir abah.
Selamat Hari Lahir abah.
Selamat Hari Lahir abah.
Selamat Hari Lahir abah.

Orang tak tahu hadiah apa yang terbaik nak bagi kat abah. Tak ada hadiah yang dapat menandingi segala apa yang abah dah buat.Cuma kata-kata ucapan saja yang termampu untuk diluahkan.
Dan Orang dah tak tahu nak tulis apa lagi sebab dah tak boleh nak berfikir.
Terima kasih untuk segalanya.

Orang sayang abah...
umi
dan semua..

Nota tangan; Semoga aku menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada kedua-dua ibu bapaku.Ameen

Thursday, March 26, 2009

Hujan-Sejuk-Payung-Hati


(i)
Hujan.
Sejak kebelakangan ini,
Kadang-kadang petang, kadang-kadang pagi.
(ii)
Sejuk.
Menggigit ke tulang,
Menggetarkan diri.
(iii)
Payung.
Ke sana ke mari.
Biru,hijau,merah,jingga.
Tak kira panas,
Tak kira hujan.
(iv)
Hati.
Gembira, sedih, kecewa, benci,
Tak terlukis,
Tidak dapat diluahkan,
hanya ada dalam hati.


Nota tangan: Jiwa kacau.

Wednesday, March 25, 2009

I want to eat cake!!!!!

Dah lama rasanya tak makan kek. Kalau dulu, aku rajin buat kek sebelum balik asrama. Kek Coklat lembap. Haishhh,rindu pada kek coklat yang aku buat dengan bantuan resepi umi. Walaupun tak profesional sangat tapi kek itu tetap menjadi dan yang penting sedap.Maklumlah, masuk dapur pun bukannya selalu. Tak kisahlah,kemahiran dan kepakaran boleh belajar. Mana tahu, ada rezeki nanti boleh buka kedai kek.(Kuatnya berangan).

Bilalah masa-masa seperti dulu dapat wujud kembali?Ketika zaman muda remaja dan belia...
1. Cuba resepi baru.
Teringat aku dulu waktu sekolah menengah tapi tak ingat tingkatan berapa, aku cuba buat kek yang roll-roll tapi tak jadi, kuih tu jadi leper.(hahahha)Tapi rasa boleh tahan lar.
2. Buat puding gula hangus dengan umi.(Bahasa omputih, caramel)
3. Buat kek coklat dan makan dengan kawan-kawan sebilik.
4. Tiap-tiap petang rabu makan kuih atau kek resepi baru yang umi belajar dari kelas dia dan kalau senang kami boleh cuba.
5. Buat bepang dengan adik-adik ketika waktu boring sangat dan umi tak ada di rumah. Kami menggunakan kesempatan dan bahan yang ada di dapur sepenuhnya.

Sekarang, aku cuma boleh menikmati kek-kek ni di kedai saja. Dan aku dah beli satu semalam untuk hilang rasa teringin. Walaupun rupanya cantik, tapi rasanya tetap tak boleh lawan yang buat di rumah. Dan membazir sikit kek aku semalam kerana semut lebih dulu dapat rasa dari aku. Konon nak makan kek waktu petang tapi sayang,semut lagi pantas dari mulut aku.Alahai la semut, rezeki kau.

Nota tangan;
Kek Yang diKongsi dengan Sang Semut...

Saturday, March 21, 2009

Cara 15

Things to do this week...

1. Studio project (presentation, report)
2. Traffic engineering quiz
3. Assignment Parenting
5. Assignment Regional Planning
4. CAD 3D MAX
6. Report Urban Design

Uishhhhh, a lot of work to do.

Memandangkan banyak kerja yang menunggu dalam senarai,aku nak lupakannya sekejap dan tulis entri ni.

Langkah-langkah menangani stress mengikut caraku(hehhe)
1. Tidur dulu untuk mendapatkan ilham.
2. Makan ikut suka tapi jangan berlebih-lebihan, nanti overdose dan bertambah lemak di sana-sini.
3. Sikat rambut berulang-ulang kali sampai dah tak ada rambut yang gugur di lantai (untuk yang berambut pendek)
4. Ikat rambut ikut style yang disukai (untuk rambut panjang)
5. Atau gabung kedua-dua di atas.(sikat dan ikat)
6. Buka tingkap luas-luas dan pandang langit
7. Dengar lagu dan menyanyi dengan sepuas hati. Maksud puas hati di sini ialah, tak kisahlah piching lari dan suara macam katak panggil hujan asalkan anda bahagia.Tapi ingat, jangan terlalu kuat, nanti mengganggu orang lain dan menyebabkan orang lain juga stress!!
8. Baring di atas katil sampai pusing ke kiri dan ke kanan.
9. Menonton cerita yang disukai sambil menyiapkan assignment walaupun cerita tu dah tengok berulang-ulang kali.
10. Berjalan-jalan ke tempat orang lain untuk menyibukkan diri.
11.Melayari internet dan mencari berita-berita tentang artis yang diminati. Download cerita dia ke, gambar die ke..
12.Buat kerja lain.Contohnya, basuh baju, kemas bilik, sapu sampah,baca novel, baca majalah.
13.Selalu berfikiran positif dan tidak terlalu memaksa diri.
14.Anda adalah anda dan buat cara anda.
15.Jika tersangat la stress, ambil wuduk dan menghadapNYA.Kemudian tidur sajalah..

Nota tangan: Aku nak tidur macam orang normal lain.....ZzZZZZZzzzzzZZZ

Friday, March 20, 2009

Studio....bukan bilikku.....

Minggu ini dipercayai yang aku akan berada di studio sehinggalah hari penamat segala azab kerja-kerja studio. Minggu depan, hari Isnin pembentangan untuk final S.A.P. Tapi tak bermakna selepas hari Isnin itu, hari Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat dan seterusnya aku boleh bersenang -lenang. NA MUNGKIN HEH!! (terpengaruh dengan cerita2 hindustan)

Sebabnya hari Isnin ni hanya pembentangan, report hantar minggu seterusnya. Kira beban tak habis lagi lah.Aduhai.. terpaksa aku melupakan segala keselesaan di bilk untuk hujung minggu ni.

Oh, bilikku...
Aku akan merinduimu,
Keempukkan tilam katilku,
Meja dan kerusi kerjaku,
Perasaan bermalas-malasan,
Gaya bebas guling-gulingan di katil,
Muka comot depan laptop,
Tocangan rambutku mengikut keserabutan minda,
Makan tanpa had,
Tidur tanpa sempadan,
Mandi tanpa halangan,
haishhhhhhh

Nota tangan; Terima Kasih kepada semua pensyarahku kerana memberikan satu kejutan yang waahhhhh... WALLA..

Thursday, March 19, 2009

Mari menonton 2..

Aku masih malas lagi nak menyambung report!!! Tapi aku sangat rajin nak menulis di blog.(hehehe)

Aku memang bahagia....LaLaLaLa..
Walaupun report menimbun-nimbun macam Gunung Everest(sangat la hiperbola).Baru tadi lepas post blog di bawah, aku nak tulis lagi cerita apa yang aku tengok sekarang. Semalam aku tengok Slumdog Millionaire sambil buat report + baca bm + cari bahan untuk regionl planning.

Ceritanya best, tak rugi tengok.


Yang ni cerita jepun.Menangis- nangis aku tengok cerita ni.. Cerita ni fasal, keluarga. Best.


Nota tangan; Tak sabar nak layan cerita korea pulak.Tak pun drama-drama melayu yang cam best...haisshhhhhhhhh...

Mari menonton 1...

Sekarang aku tengah layan cerita Jepun. Tajuknya Hotaru no hikari.




Cerita ni, pasal perempuan yang nama Amemiya yang tak tahu bercinta dan sangat suka duduk di rumah. Bagi dia rumah adalah tempat yang paling best.(Tak ada kaitan antara yang hidup dan mati, tapi macam ada terkait sikiiit saja) Tiba-tiba ada seorang jejaka yang hot di pejabat dia, suka Amemiya. Tapi lelaki ni, lambat sangat bertindak.

Dan seterusnya, tengok lar sendiri.Aku pun tak habis tengok lagi sebab kena download dari youtube..haishhhhh..Yang penting cerita ni memang kelakar..

Nota tangan; Ada masa lagi nak tengok cerita-cerita ni, padahal report bertimbun-timbun tengah tunggu giliran untuk dihantar... KERJA..KERJA...

Wednesday, March 18, 2009

Tak Habis--habis lagi

Memandang aku tak dapat ikut serta untuk mentoring ke-3 hari tu dan da 3 hari pun berlalu, aku nak jugak letak gambar dari mentoring 1 & 2. Walaupun tak banyak dalam simpanan aku.


Lukisan ini ikhlas dari hati. Masa adik-adik ni main modul kenali mentor.


Yang ini ketika main explorace matematik. Alahai kesian kena ikat tapi mentee kumpulan aku yang pertama menghabiskan explorace.


Mereka yang suka bergambar.

Nota tangan; Sebenarnya, aku dah lama nak upload gambar ini, tapi keadaan tak berapa mengizinkan dan tak banyak sangat gambar dalam simpanan aku. Huhhhh, rindu kt diorang

Tuesday, March 17, 2009

Kali Pertama




Sabtu lepas, first time aku main bowling. Main pun disebabkan dah tak ada orang nak main untuk team Kak Hanim. Puas jugak aku cakap tak nak, tapi dia cakap kita main pun untuk suka-suki dan bukan nak lawan sangat. Dan untuk pencapaian pertama ni, aku dah buat 1 strike, dan 3 spare. Selebihnya, masuk longkang.Ok la tu kan?

Walaupun masuk longkang, kami berjaya dapat tempat ke-2.Aku sebenarnya tak kisah dapat apa-apa, sebabnya ni kali pertama aku main.Sungguh tak sangka!! Mungkin lepas ni aku boleh main lagi. Untuk suka-suki...

Nota tangan: Aku suka main. Walaupun kadang-kadang aku takut nak mencuba sesuatu yang baru.

Sunday, March 15, 2009

Perasaan III- Aku sedih, Aku kecewa

Alahai,

Sedihnya la perasaan ini bila tak dapat ikut sekali program dengan adik-adik. Ini semua gara-gara tak sedar bunyi alarm di sebelah. Tup-tup bangun dah pukul 8.30 pagi. Kecewa betul hati.Semalam dah tak sabar nak ikut program ni, tapi alik-alik disebabkan tak terjaga, musnah perasaan keterujaanku.Aku betul-betul nak pergi program ni, sebab nak jumpa lagi dengan adik-adik.

Mereka yang banyak cakap, banyak kerenah, banyak cerita. Seems like they are in their own world! Walaupun sebenarnya banyak kisah sedih dalam kehidupan mereka, tapi yang mereka tahu nak bergembira. And because of this, I really appreciate my life and I wish them to have happy life. Zaman inilah mereka tak payah fikir masalah-masalah yang besar, stress bekerja dan tanggungan mereka. Just be happy with what they do.

Sebab inilah aku sedih. Aku harap sangat aku dah ada kat situ sekarang. Tapi waktu ini aku sedang menghadap laptop menulis blog tantang kekecewaan aku! Tadi bila aku bangun aku harap sangat yang aku cuma bermimpi dan berpeluang lagi ikut serta program ni. Dan aku juga berharap sangat yang program itu tak terjadi lagi pada hari ini! Tak pun masa boleh berputar dan aku akan terjaga awal! Kalaulah........

Memang program ini terkesan bagi aku. Aku memang teruja sangat nak ikut apa-apa aktivit kelab ini walaupun terasa tak sedar diri betul! Tak padan dengan projek studio yang padat nak tambah lagi kerja lain dalam kepala otak aku.Tapi, tak kisahlah, asal aku bahagia dan suka apa yang aku lakukan dan sekurang-kurangnya aku melakukan sesuatu yang baik untuk masyarakat.

Nota tangan; Aku memang sedih sgt!! Dan menambahkan lagi sedih yang ini adalah mentoring terakhir dalam sem ni. Ermm, aku harap akan ada lagi dan i really hope that after this I really can make it anywhere.

Friday, March 13, 2009

Aku Suka Dia....

Aku teringat dia.
Aku ingin melihatnya,
Bercakap dengannya,
Mengetahui tentang dirinya.
Oh, perasaan...perasaan apakah ini?

Aku suka dia.
Dia,
Dia,
Dia,
dan dia...

Nota tangan; Suka tak semestinya cinta tapi cinta adalah suka....I like you dan I love you adalah berbeza...

Perasaan II

Di studio,

1;
Berdiskusi..
Suasana hingar- bingar,
Hilaian gelak ketawa,
Kerja yang tak habis-habis,

ii;
Panas,
Mengantuk,
Lapar,
Letih,

iii;
Lagu yang tak henti-henti berkumandang,
Suara nyanyian silih berganti,
Bersahut-sahutan,
Sumbang atau merdu.

iv;
Tegang atau suka,
Gembira atau derita,
Ya atau tidak,
Ohhhhhhh

Perasaan itu...

Nota tangan; hrmmmmmmm...

Monday, March 9, 2009

Perasaan...

Aku masih di rumah...

Kawan-kawan yang lain semua dah balik kl. Sebabnya tiket balik kl esok sudah habis. Pelik kan? Biasanya tiket balik kl la yang berlambak-lambak sekali di pasaran. Tak faham aku!!! Tapi aku malas nak merugikan cuti aku untuk pulang awal. Kalau tak balik esok pun aku tak kisah, hari Selasa pun boleh lagi. Heheheheh(ponteng kelas pun bukannya selalu)

Tapi, abah tak bagi balik hari selasa. Dia suruh pergi kelas jugak. Sebab dia cakap kalau ponteng sekali, nanti akan jadi amalan. Dan sememangnya betul pun. Mujur setakat ni, aku tak ketara ponteng dan tak pernah ponteng lagi untuk subjek-subjek yang sangat-sangat 'core'. Walaupun mengantuk dan penat lebih-lebih lagi untuk course aku, tapi ku gagahi juga kaki ini untuk melangkah setapak demi setapak ke kelas. Sebabnya aku tahu, yang aku ni pun jenis yang suka ponteng kelas dan kerana itulah aku dah set mind pada awal sem lagi yang aku akan rajin ke kelas dan meminimumkan ponteng.Aku juga selalu beringat supaya jangan set mind yang kita tak mahu pergi kelas esoknya, sebab sah-sah kita akan cari alasan tak pergi kelas dan ternyata tak kan pergi kelas. Percayalah!

Sebenarnya, apa yang menerawang dalam kepala aku ni nak menulis pasal kesedihan dan kekecewaan aku. Tadi malam aku menonton tv dengan adik aku, macam-macam kami tengok. Program yang paling aku menyampah sekali ialah program realiti yang sekarang da sampai musim ke-7. (anda cari lah sendiri, malas nak tulis kat sini). Apa yang aku boleh cakapkan entah apa-apa. hehehhe.. Dan aku terpakasa tengok pun sebab dah terpampang di depan mata aku dan aku tak ada kuasa nak menukar channel disebabkan remote control dikawal ketat oleh adikku yang separuh matang.

Kenapa aku menyampah?
1. Mungkin aku juga jahil dalam hal-hal agama ni, tapi program sebegini mempengaruhi masyarakat terutama Islam ke arah kemungkaran.( Anda fikir-fikirkanlah)
2. Tak membantu apa-apa langsung pada masyarakat tapi mempengaruhi masyarakat.
3. Bagaimana mempengaruhi masyarakat?- Semua muda-mudi nak jadi selebriti dan artis.
Jadi cepat kaya, cepat popular dan feymes.
4. Air mata palsu - Sebabnya, menangis untuk sesuatu yang bagi aku tak patut kita kejarkan.
5. Menambahkan golongan artis di Malaysia sedangkan sepatutnya menggalakkan muda-mudi ni yang kebanyakan lepasan spm cari pengalaman atau kemahiran sebelum mendapat tawaran belajar. Bagi aku, untuk menjadi artis, kita bukan saja perlu ada bakat menyanyi atau berlakon, atau apa-apa sajalah yang sewaktu dengannya tapi perlu ada ilmu di dada.Maksud aku, smbung belajar ke peringkat yang lagi tinggi dan bukan hanya memilki spm. Dan aku tidak mengatakan jika anda memiliki spm saja, anda tidak boleh berjaya, tapi ini adalah untuk anda sendiri. Contohya, jika anda memang minat sangat dengan bidang muzik, apa kata anda belajar tentang muzik ke tahap yang lebih tinggi. Mungkin anda boleh meningkatkan kepakaran dan ilmu dalam bidang ini.
6. Kehidupan yang hipokrit. Artis segera. Kontroversi dan propaganda yang berlebih-lebihan.
7. Artis yang dihasilkan, tak sehebat mana pun. Semuanya bergantung pada undian peminat. Jika mempunyai ramai peminat, anda boleh berjaya tapi jika anda mempunyai bakat yang laur biasa, tapi kurang peminat, belum tentu anda boleh berjaya.

Dan hipokritlah aku jika mengatakan yang aku tak ambil tahu juga pasal benda-benda sebegini.

Kemudian aku menonton perlawanan akhir badminton all england. Aku rasa bukan aku saja yang sedih dan kecewa. Aku rasa semua rakyat Malaysia yang menonton perlawanan tu, sedih dan kecewa sebab Datuk Lee Chong Wei kalah pada Lin Dan.Kalah lagi. Tapi walau apa pun kredit to him.Sebabnya dia dah berusaha dan mungkin bukan rezeki dia lagi. Yang penting, berusaha dan terus berusaha.

Nota tangan;Aku memang suka tengok tv. Tapi bukan semua program aku suka. Dan aku bukanlah seorang yang sempurna untuk menilai kesilapan orang lain.

Saturday, March 7, 2009

Oh, indahnya...

Sekarang aku di rumah

Menonton televisyen,
Menikmati masakan umi,
Melihat gelagat adik-adik,
Melihat abah yang tak habis-habis bekerja,

Dan sungguh
betapa indahnya berada di rumah...
Bahagia.

Nota tangan:
Aku pulang sempena cuti maulidur rasul untuk hanya 4 hari saja.Semalam aku sampai di rumah dalam pukul 1 pagi dan hanya kedinginan malam saja yang menyambut aku kerna semua orang sudah tidur. Cuma abah saja yang menjemput aku di stesen.

Friday, March 6, 2009

Hari yang baik...

Hari ini perasaan aku baik sekali. Pergi kelas CAD macam biasa, tapi aku ada satu perasaan yang tak seronok bila masuk kelas CAD. Rasa macam ketinggalan. Lembap ke aku dalam pelajaran hands-on ni?? Selalu tertinggal walaupun aku tak buka internet, chatting atau apa sajalah yang boleh diaplikasikan dalam internet yang percuma dalam kelas CAD. Hishhhhhh...

Atau salah dia ke yang mengajar macam tu atau memang aku yang tak cekap???
Kemudian, aku ke kelas BM seperti biasa dan seterusnya petang ke kelas regional Planning dan menghadapi Mid-Term. Sesungguhnya aku tak rasa apa-apa walaupun aku bukanlah boleh jawab dengan baik pn kertas tu. Redha dan terima sajalah lagipun aku tak struggle sgt baca regional, semalam cuma tidur dan tidur dan tidur. Konon nak tidur sekejap, alik2 sampai la pagi tadi. Malam pulak, kelas ganti Urban design.

Yang seronoknya dalam kelas ni, aku selalu dengar macam-macam cerita dari lecturer aku ni. Dia memang seorang yang suka bercerita dan membaca mungkin. Kadang-kadang terasa betapa kerdilnya diri ni bila pengetahuan am pun banyak lagi yang tak tahu. Terkial-kial jugak nak memikirkan jawapan pada soalan yang dia tanya. Walaupun selalu dia menyimpang jauh untuk bercerita, tapi mesti ada kaitan dengan subjek tu sikit. Sekurang-kurangnya aku boleh tahu satu, dua perkara daripada aku tak tahu langsung.

Dan malam ni memang mood aku baik sebab kebetulan discussion pun habis awal. Seronok bila tak ada group discussion ni!

Nota tangan; Walaupun sebenarnya aku ada kerja nak buat ni,(assignment CAD) aku tetap nak tulis gak post ni. Sebabnya assignment untuk subjek yang aku kurang cekap ni, lambatlah sikit mood nak buat.