Saturday, March 21, 2009

Cara 15

Things to do this week...

1. Studio project (presentation, report)
2. Traffic engineering quiz
3. Assignment Parenting
5. Assignment Regional Planning
4. CAD 3D MAX
6. Report Urban Design

Uishhhhh, a lot of work to do.

Memandangkan banyak kerja yang menunggu dalam senarai,aku nak lupakannya sekejap dan tulis entri ni.

Langkah-langkah menangani stress mengikut caraku(hehhe)
1. Tidur dulu untuk mendapatkan ilham.
2. Makan ikut suka tapi jangan berlebih-lebihan, nanti overdose dan bertambah lemak di sana-sini.
3. Sikat rambut berulang-ulang kali sampai dah tak ada rambut yang gugur di lantai (untuk yang berambut pendek)
4. Ikat rambut ikut style yang disukai (untuk rambut panjang)
5. Atau gabung kedua-dua di atas.(sikat dan ikat)
6. Buka tingkap luas-luas dan pandang langit
7. Dengar lagu dan menyanyi dengan sepuas hati. Maksud puas hati di sini ialah, tak kisahlah piching lari dan suara macam katak panggil hujan asalkan anda bahagia.Tapi ingat, jangan terlalu kuat, nanti mengganggu orang lain dan menyebabkan orang lain juga stress!!
8. Baring di atas katil sampai pusing ke kiri dan ke kanan.
9. Menonton cerita yang disukai sambil menyiapkan assignment walaupun cerita tu dah tengok berulang-ulang kali.
10. Berjalan-jalan ke tempat orang lain untuk menyibukkan diri.
11.Melayari internet dan mencari berita-berita tentang artis yang diminati. Download cerita dia ke, gambar die ke..
12.Buat kerja lain.Contohnya, basuh baju, kemas bilik, sapu sampah,baca novel, baca majalah.
13.Selalu berfikiran positif dan tidak terlalu memaksa diri.
14.Anda adalah anda dan buat cara anda.
15.Jika tersangat la stress, ambil wuduk dan menghadapNYA.Kemudian tidur sajalah..

Nota tangan: Aku nak tidur macam orang normal lain.....ZzZZZZZzzzzzZZZ

3 sen?!:

qlachan said... Reply Comment

haha
klaka+cambest je cara2 nk overcome stress dr sha neh.
cam nak try tp bile ek?
tp rasenye the best way nk hadapi stress skang ni ialah T I D U R!!
am i rite?

ChEnta AtiEy said... Reply Comment

Yup...btul sgt.. buat masa sekarang mmg tdur adalah yg paling baik.. Tpi yang cara2 lain boleh juga dipraktikkn...hhuhu

qlachan said... Reply Comment

haha
mesti sonok if ade peluang nk wat sume 14 things yg cik chenta list kan..tp, adakah m a s a uthk kite?